Single KUASA yang dihasilkan oleh ALYPH manakala liriknya ditulis oleh Joe bersama ALYPH ini sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat Joe.
Selain daripada melancarkan video muzik ONZ, penulis juga sebenarnya tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan dalam lirik yang ditulis oleh gabungan duo ini. Dan mengapa judul yang diberi adalah kuasa?
Jom lihat 4 moral yang pada hemat kami amat penting dan membawakan pengajaran utama dalam Kuasa.
This is not your average-joe music video.
01
Hanya dengan bayangan saja
Kita kurang gunakan akal
Cita-cita nak ke hujung dunia
Hanya nak mencari kuasa
Seawal lirik pertama lagu Kuasa ini lagi, Azlan telahpun menangkap perhatian kami dengan bait-bait lirik yang bercakap tentang realiti dunia ini.
Ads
Ramai orang yang kini bercakap dan bertindak tanpa menggunakan akal. Contoh terbaik dapat dilihat pada beberapa pemimpin negara yang berkuasa di Barat. Hanya demi memegang tampuk kepimpinan, segala logik akal ditolak ke tepi atas nama untuk merealisasikan bayangan masing-masing.
Padahal perkara yang dibayangkan itu hanyalah agenda peribadi masing-masing.
02
Pulangkan dakwat dan pena
Tulis dan ukir sejarah benar jangan kau berhenti memahat
Bak kata orang, sejarah tidak pernah menipu dan mungkin sekali boleh berulang.
Jadi daripada kita perlu bergantung harap kepada seseorang untuk meneruskan kehidupan, mengapa tidak kita membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Be independent!
Sekiranya harimau mati meninggalkan belang, kalian pula bagaimana? Apakah sumbangan dan kejayaan yang boleh korang tinggalkan untuk kebaikan sejagat?
Ads
03
Kalau ku bebas kenapa masih memburuh
Kesenangan, kekeyangan ratah bunga kewangan
Pada pandangan penulis, bait verse ini punya kaitan dengan situasi dunia sekarang yang dimonopoli oleh pemikiran kapitalis. Sehebat mana impian kita untuk menjadi kaya-raya, kita akan masih akan berdepan dengan dilema membayar hutang tertunggak. Itu belum masuk bunga lagi tu.
Yes, cash is king dan ia boleh di-translate sebagai mempunyai kuasa. Siapa yang berkuasa kan selalunya berduit, begitu juga sebaliknya. Namun bila kita terlalu taksub dengan wang Ringgit sehingga tersasar arah kehidupan, itulah masa kita sebenarnya akan berdepan dengan masalah.
Ads
04
Dan bila kebenaran mencuci semua fitnah
Lengkaplah mukadimah
Dan bila yang ditindas akhirnya bertakhta
Mereka kan merasa kuasa
Dalam dunia yang penuh dengan ancaman khabar angin tidak betul yang mampu untuk meruntuhkan imej serta kredibiliti seseorang, sememangnya mudah untuk kita bergelar pemangsa dan mangsa.
Semudah satu klik saja di media sosial, orang di sekeliling terus memandang serong kepada kita; mangsa fitnah.
Akan tiba satu waktu di mana yang difitnah akan kembali menyampaikan kebenaran. The truth always prevails, hanya masa yang menjadi penentu.
*
Jadi, berapa rating yang ingin korang berikan kepada KUASA?
Bagi yang belum menontonnya, give it some love.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berjaya mencuri perhatian para peminat K-Pop di seluruh dunia selepas beliau secara peribadi telah mengemukakan permohonan untuk menambah tarikh konsert di Mexico bagi jelajah dunia BTS.
Memetik laporan AllKpop, pada 26 Januari lalu, Sheinbaum mendedahkan bahawa beliau telah menghantar surat kepada Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, bagi meminta persembahan tambahan BTS di Mexico sebagai sebahagian daripada jadual jelajah dunia kumpulan tersebut.
“Sebuah kumpulan K-Pop yang popular di seluruh dunia, BTS, akan mengadakan konsert di Mexico pada bulan Mei. Namun, saya dengar ramai anak muda tidak dapat mendapatkan tiket,” katanya dalam sebuah sidang media.
Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan sambutan luar biasa yang diterima apabila sekitar 150,000 tiket dilaporkan sudah terjual di Mexico, namun lebih daripada satu juta orang masih menginginkan tempat duduk.
“Dengan tiga konsert yang sudah disahkan di Mexico City, saya menyampaikan permintaan diplomatik yang sopan kepada Presiden Korea, agar BTS dapat lebih kerap berkunjung ke Mexico,” jelasnya lagi.
Lebih menarik lagi, Sheinbaum turut berharap permintaan tersebut mendapat maklum balas positif, atau sekurang-kurangnya diberi kebenaran untuk siaran skrin agar lebih ramai peminat dapat menikmati persembahan BTS walaupun tidak berada di area konsert yang bakal berlangsung.
Tambah beliau, usaha ini penting bagi memastikan lebih ramai anak muda berpeluang menyaksikan kumpulan itu yang kini sedang menikmati populariti luar biasa di seluruh dunia, khususnya di Mexico.
Sementara itu, BTS dilaporkan bakal memulakan jelajah dunia mereka pada 9 April di arena utama Stadium Goyang sebelum meneruskan siri persembahan di beberapa benua termasuk Asia, Amerika Utara, Eropah, Amerika Selatan dan Oceania.
Dengan jumlah keseluruhan 79 persembahan yang dirancang, peminat kini menantikan sama ada Mexico akan menjadi antara destinasi yang menerima tambahan tarikh konsert seperti yang dimohon Presiden Sheinbaum, sekaligus menjadikan jelajah ini antara yang terbesar, lebih meriah dan paling dinanti-nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara selebriti yang menyambut birthday pada bulan ini adalah Fattah Amin, Izara Aishah, Jungkook BTS, Fazura dan Key SHINee.
Jom kita lihat bagaimana agaknya personaliti individu yang lahir pada bulan September.
1. Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
2. Sangat cermat, teliti dan teratur
3. Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
4. Pendiam tapi pandai bercakap
Jungkook lahir pada 1 September
5. Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
6. Sangat prihatin, amanah, setia dan jujur
7. Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Pasangan sejoli berkongsi bulan kelahiran yang sama
8. Sangat sensitif yang tidak diketahui
9. Orang yang banyak berfikir
10. Otak bijak dan mudah belajar
11. Suka mencari maklumat
Izara Aishah lahir pada 28 September
12. Pandai mendorong diri sendiri
13. Mudah memahami orang lain
14. Suka sukan, hiburan dan melancong
15. Kurang menunjukkan perasaannya
16. Terluka hatinya sangat lama disimpan
17. Terlalu memilih pasangan
18. Bersistematik
19. Kawal diri daripada suka mengkritik
Namun begitu, kami nak jelaskan disini bahawa ia adalah sekadar pemerhatian daripada kajian yang telah dibuat dengan melihat kepada orang sekeliling. Jadi, tak semestinya 100 peratus betul ya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dapat bayangkan selebriti Korea menyebut, “Oh Mak Kau” ?
Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada video promosi saluran atas talian, Netflix untuk mempromosikan K-drama terbaru mereka, Vagabond kepada penonton di Malaysia.
Sebelum ini, pelakon Hollywood Neoh Centineo dan Odiseas Georgiadis pernah melakukan video berkonsep seakan sama untuk mempromosikan filem The Perfect Date. Kali ini, tiba giliran pelakon Korea Selatan pula.
Pasangan serasi, Bae Suzy dan Lee Seung-gi yang merupakan teraju utama drama Vagabond diminta untuk meneka maksud beberapa slang percakapan berbahasa Malaysia.
“Jom tengok siapa yang dapat pelajari Bahasa Malaysia dengan lebih pantas!” kata Seung-gi sebelum bermula.
Antaranya slang yang perlu mereka teka maksudnya termasuklah ‘Oh Mak Kau’, ‘Alamak’, ‘Fuyoh’, ‘Power’ dan ‘Member’.
Kami ingatkan game seperti ini mudah untuk Suzy dan Seung-gi memandangkan mereka agak familiar dengan peminat di rantau ASEAN. Tetapi tidak! Hehe..
Ada jawapan yang mereka dapat agak, ada yang tersasar.
Cer tengok video yang dikongsikan oleh Netflix Malaysia di bawah. Serius comel!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.