
Ramai yang mengeluh kerana stok hand sanitizer semakin berkurang dan susah untuk didapati sekarang. Jika ada pun, segelintir individu mengambil kesempatan menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal.
Walau bagaimanapun, sebuah portal di media sosial telah melaporkan bahawa kedai MR. DIY ada menjual hand sanitizer keluaran jenama mereka sendiri, malah beberapa jenis pocket hand sanitizer untuk memudahkan kegunaan pengguna.


Korang boleh dapatkan tiga jenis pocket hand sanitizer termasuklah daripada jenama MR. DIY, Lifebuoy dan Defend-V. Dijual dengan harga serendah RM3.90, RM5.00 dan Rm8.90 sudah pasti ia jauh lebih murah daripada pembelian secara online mahu pun mengikut harga pasaran sekarang.

Namun begitu, pembelian adalah tertakluk kepada stok yang ada. Jadi, korang bolehlah cari sekarang dan kalau ada, janganlah borong sampai habis pula. Ingat sikit dekat orang belakang ya. Hiks!
Sumber: Penang Foodie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenis Darah-Darah Yang Perempuan Wajib Ambil Tahu

Dah jadi tanggungjawab seorang perempuan untuk mereka tahu hal-hal yang berkaitan dengan kaum wanita, lebih-lebih lagi mengenai darah wanita.
Kami pasti masih ramai yang keliru dan mungkin tidak tahu tentang perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa datangnya ‘darah-darah’ tersebut.
Berikut merupakan perkongsian dari elhumawy tentang huraian ringkas mengenai darah wanita. Jangan ambil mudah, semoga pekongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.
1. Darah haid

Hukum haid
a. Haram dan tidak sah solat sama ada solat fardhu/sunat (termasuk solat jenazah). Tidak perlu diqadha’
b. Haram dan tidak sah melakukan sujud tilawah
c. Haram dan tidak sah melakukan sujud syukur
d. Haram dan tidak sah melakukan tawaf sama ada tawaf fardhu/sunast
e. Haram dan tidak sah puasa fardhu/sunat. Namun, puasa di bulan Ramadan wajib diqaha’
f. Haram iktikaf/duduk di dalam masjid
g. Haram masuk/lalu (tanpa berhenti/duduk) dalam masjid jika bimbang mengotori masjid
h. Haram membaca al-Quran dengan niat sebagai bacaan al-Quran
i. Haram menyentuh mushaf
j. Haram dan tak sah mandi wajid serta berwudhuk sebelum darah berhenti (suci)
k. Haram disetubuhi suami walaupun berlapik
l. Haram digauli (berseronok-seronok) oleh suami antara pusat hingga lutut tanpa berlapik
m. Haram bagi suami menceraikan isteri ketika sedang haid. Namun, talak tersebut jatuh/sah
2. Darah nifas

Sekurang-kurang nifas adalah satu lahzah (sedetik), sebanyak-banyak nifas adalah 60 hari 60 malam dan kebiasaannya adalah 40 hari.
Hukum nifas
Ulamak telah sepakat tentang hukum nifas adalah sama dengan semua hukum yang berkaitan darah haid.
3. Darah istihadhah

Darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas. Ia merupakan darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung rahim yang dikenali sebagai ‘azil.
Hukum istihadhah
Darah ini tidak mewajibkan mandi, wajib bersolat dan berpuasa
Perempuan istihadhah hendaklah melakukan perkara-perkara tersebut sekirannya nak bersolat:
– Membasuh darah tersebut
– Memakai pad dan seumpamanya
– Segera untuk berwudhuk. Disyaratkan wudhuk tersebut dilakukan setiap kali solat fardhu, dilakukan selepas waktu solat itu masuk dan muwalat (berturut-turut)
– Wajib segera bersolat selepas perkara-perkara di atas dilaksanakan
4. Darah tolq

Hukum tolq
Tidak dianggap nifas tetapi ia adalah darah kotor. Solat diwajibkan ke atasnya semasa meneran atau melahirkan anak iaitu sebelum bayi keluar sempurna sekalipun dirinya berdarah. Oleh itu, solat tersebut wajib diqadha’ sekiranya tidak dapat mengerjakannya ketika itu.
Diharap perkongsian ilmu ini dapat memberi pencerahan khususnya untuk golongan wanita memahami situasi yang pernah atau bakal mereka lalui. Untuk kaum lelaki pula, tak salah kalau korang pun ambil tahu tentang perkara ini. Satu hari nanti pun korang akan berkahwin kan?
Sama-samalah kita menuntut ilmu untuk kebaikan bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
PETA Tak Terkesan Dengan ‘Gaun Singa’ Kylie Jenner, Sebaliknya Memuji Inovasi Rekaan Schiaparelli!

Siapa sangka, persatuan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) dan usahawanita selebriti, Kylie Jenner boleh berganding bagi dan saling memberikan sokongan!
Susulan pertunjukan fesyen adibusana Schiaparelli untuk musim panas 2023 yang digembar-gemburkan pada Isnin lalu hinggalah ke hari ini, dunia fesyen seakan ‘panas’ dengan kritikan yang diterima oleh rumah fesyen tersebut.
Ini setelah Schiaparelli mengenegahkan beberapa persalinan gaun yang lengkap dengan aksesori kepala haiwan pada bahagian bahu dan perut demi menampilkan kelainan.


Ramai warganet pada asalnya skeptikal mengapa haiwan perlu menjadi mangsa semata-mata untuk fesyen? Begitulah impak betapa realistik kepala-kepala haiwan seperti singa, harimau salji dan musang yang digunakan oleh Schiaparelli bagi koleksi ini.
Kylie, 25 turut terkena tempias kritikan di media sosial apabila beliau dijemput untuk duduk di barisan hadapan pentas dengan menyarungkan gaun baldu hitam dengan ‘kepala singa’ pada bahu kanan. Gaun yang sama dipakai oleh model, Irina Shayk sewaktu berjalan di pentas peragaan terbabit.


Kritikan yang hadir daripada warganet memaksa pihak Schiaparelli untuk menjelaskan bahawa ‘kepala haiwan’ yang digunakan sebenarnya diperbuat dengan tangan daripada bahan foam. Ia kemudian diukir, dihiasi dengan kain berbulu (wool) dan faux fur sebelum dicat agar kelihatan serealistik mungkin.
Biarpun sudahpun diberi penjelasan, masih ramai yang mengutuk mesej memburu haiwan demi menggunakan bahagian badannya sebagai aksesori pakaian dan dekorasi. Mereka juga meminta agar PETA mengambil tindakan menentang koleksi Schiaparelli ini.
Menariknya, PETA tampil mempertahankan koleksi tersebut apabila ia beranggapan aksesori ‘kepala haiwan’ Schiaparelli itu sebagai ciptaan yang cukup inovatif.
Presiden PETA, Ingrid Newkirk berkata, “Gaun yang dipakai oleh Kylie (Jenner), Naomi (Campbell) dan Irina (Shayk) meraikan keindahan haiwan liar dan ia memberikan mesej untuk tidak meneruskan misi pemburuan singa dan serigala hanya demi memuaskan ego manusia.”
Tambah Ingrid lagi,” Kepala haiwan tiga dimensi ini amat inovatif dan menegakkan mesej ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.’ (Merujuk kepada penciptaan kepala haiwan daripada bahan sedia ada dan bukannya memburu kepala haiwan sebenar).
“Kami menggalakkan semua pihak terus bebas 100 peratus daripada sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan dan mencegah penderitaan haiwan,” catatnya.
*
Haa! Lain pula pendapat PETA dalam isu ini and we have to say, it IS refreshing.
Terdahulu, PETA menerusi ahli-ahlinya terkenal dengan perbuatan ‘hijack’ sewaktu pertunjukan fesyen demi menyampaikan mesej menentang penggunaan kulit serta bulu haiwan dalam koleksi rekaan jenama antarabangsa.

Antaranya termasuklah semasa pertunjukan fesyen Oscar de la Renta di mana tiga orang ahli PETA berbogel di sebalik kain rentang berbunyi, “Kami lebih rela berbogel daripada memakai bulu haiwan.”
Acara Oscar de la Renta sekali lagi menjadi ‘mangsa hijack’ apabila ahli PETA mengangkat sepanduk ‘Fur Shame’ sewaktu pertunjukan fesyen berlangsung.
Dan beberapa jenama fesyen lain juga terkena tempiah kempen aktivis PETA termasuklah Valentino (2002), Versace (2002), Jean Paul Gaultier (2002), Julien Macdonald (2003) dan Burberry (2006).
Akhirnya, setelah berbelas-belas tahun, jenama-jenama ini mengambil tindakan untuk ‘mengharamkan’ penggunaan bulu haiwan sebenar dalam koleksi mereka selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral Trend “Liquid Hair” , Ini Cara Dapatkan Rambut Berkilau & Sihat Secara Natural

Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ini ramai selebriti dan influencer mengayakan fesyen rambut yang lurus, berkilat dan nampak lebih sihat.
Untuk info, fesyen rambut ultra-glamour ini dikenali sebagai ‘liquid hair’ dan kini menjadi trend terbaru di dunia kecantikan. Malah, trend rambut berkilat bak air mengalir ini menjadi viral di media sosial.

Nama pun ‘Liquid hair’ jadi mestilah rambut kena kelihatan licin, lembut dan sangat berkilat seperti memantulkan cahaya.
ARTIKEL BERKAITAN : Rajin Warna Dan Luruskan Rambut Lebih Berisiko Hidap Kanser Payudara
Menurut penggaya rambut popular di kota London iaitu Hollie Rose Clarke, melalui temubual bersama Allure. Beliau mencadangkan untuk ke salun untuk mendapatkan rawatan keratin profesional, rawatan melicinkan yang membantu menghilangkan keriting, bertahan sehingga 12 minggu.
Chris Appleton, orang yang sering menggayakan rambut Kim Kardashian, Jennifer Lopez, dan Dua Lipa, nampaknya telah berjaya menjayakan ‘Liquid hair’ untuk pelanggan selebritinya. Dalam catatan Instagram pada bulan April, dia mendedahkan bahawa selfie berambut berkilat Kim adalah foto bintang yang paling disukainya di halamannya. Appleton berkongsi semula imej itu dan bertanya kepada pengikutnya apa yang mereka gemari tentangnya, sambil menyatakan bahawa “bagi saya, ia adalah bersinar.”
Hmm…tapi apa kata kita cuba dulu tip dan petua mengunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. 5 tips mudah dan murah untuk korang cuba bagi dapatkan rambut ‘Liquid hair’.
Mayonis
Jadikan mayonis sebagai perapi rambut.
- Caranya letakkan mayonis organic pada rambut kering.
- Pada anda yang mempunyai kulit rambut berminyak, jangan sapukan pada kulit rambut anda dan pastikan kena pada hujung rambut anda.
- Amaun mayonis yang digunakan bergantung pada panjang dan ketebalan rambut.
- Rambut berminyak dan kelemumur memerlukan kurang mayonis manakala rambut kering memerlukan kuantiti banyak.
- Selepas mayonis disapukan, tutup rambut dengan tuala atau plastic dan biarkan selama 1 jam. Bilas rambut , letakkan syampu dan keringnya.
Telur
- Pecahkan 2- 4 biji telur ( ikut tebal rambut ) di dalam mangkuk. Asingkan putih dan kuning telur. ( gunakan kuning telur )
- Letakkan 4-5 sudu minyak zaitun ke dalam mangkuk berisi telur kuning dan pukul rata.
- Basahkan rambut dengan air dan sapukan campuran minyak zaitun dan telur tadi pada rambut anda.
- Biarkan 6-7 minit dan bilas dengan air. Jangan gunakan air panas kerana nanti ada telur goreng pula pada rambut anda.
Yogurt
- Sikat rambut terlebih dahulu. Gunakan plain yogurt sebagai perapi rambut.
- Pastikan yogurt yang digunakan tidak berperisa.
- Sapukan yogurt pada rambut dan ikatkan rambut kepada ponytail atau bun.
- Biarkan selama 30 minit atau yogurt mengeras sedikit. Kemudian bilaskan ia dengan air dan syampu rambut seperti biasa.
Aloevera dan madu
- Campurkan perapi rambut biasa, gel aloevera dan juga madu. Aloe vera merupakan perapi rambut terbaik dan akan memberikan sinar pada rambut. Mereka yang berambut hitam pekat perlu berhati-hati apabila menggunakan madu pada rambut kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi cerah.
- Apabila campuran perapi dilumurkan pada rambut anda, urutkan pada rambut sekitar 10 minit dan bilas serta syampu seperti biasa.
Cuka
- Syampukan rambut seperti biasa dan bilas dengan air sejuk untuk membuat sisa syampu di kepala.
- Campurkan 2 cawan cuka dan 1 cawan air ke dalam bekas, dan bilaskan rambut dengan campuran tadi. Biarkan campuran pada rambut selama 15 minit.
- Kemudian bilaskan dengan air hingga bau cuka hilang. Sikat rambut, hasilnya rambut korang lebih sihat, tidak berserabut dan mudah untuk diuruskan.
BACA LAGI : Guna Bahan Alami Rawat Masalah Rambut Gugur, Mudah & Jimat Kos
Tapi, kena rajin dan konsisten lah. Kalau malas nak susah-susah pergi salon rambut saja…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

