“More To Come..”Sean Lee Arah Filem Pendek Pertama, 261 Sundays

Share

 

Buat pertama kalinya, pelakon dan pengacara Sean Lee Jia Ern telah mengarahkan sebuah filem pendek untuk tayangan di YouTube bertajuk 261 Sundays.

Segalanya bermula sejak Disember tahun lalu apabila pengacara I Can See Your Voice itu  memuat naik sebuah poster acah (teaser) di akaun Instagram secara ‘suka-suka’. Ia berjaya menarik perhatian rakan dunia seni lain yang memberi semangat kepadanya untuk meneruskan projek tersebut.

Tidak lama kemudian, Sean membawa idea tersebut ke fasa seterusnya, berjumpa dan membincangkan usaha sama menjayakan filem pendek ini.

Kata Sean semasa dihubungi oleh REMAJA, “261 Sundays dilancarkan pada 25 Disember dan ia mengisahkan tentang cinta dan kehilangan.

“Apa yang menariknya tentang projek ini, ia dihasilkan dengan kerjasama rakan-rakan yang Sean teringin cetuskan kolaborasi bersama-sama selama ini.”

“Sean boleh katakan, 261 Sundays ini merupakan filem pendek dengan bajet rendah, namun Sean tetap berpuas hati dan berharap agar diberi peluang untuk menghasilkan sebuah karya yang lebih besar dan baik selepas ini. More to come,” katanya yang memilih pelakon utamanya, Baydoucet kerana berpendapat dia mempunyai karakter dan imej yang menarik untuk diketengahkan.

Dalam penghasilan 261 Sundays juga, Sean perlu berdepan dengan beberapa cabaran lain seperti faktor masa dan komitmen.

“Untuk membahagiaan masa itu memang mencabar kerana Sean masih mempunyai komitmen untuk job lain. Sukar tapi ia tidak mematahkan semangat Sean, malah Sean bersyukur kerana memperoleh pengalaman baru di hadapan dan di belakang kamera.”

“Sepanjang bergiat dalam penggambaran drama selama ini, Sean banyak belajar dari segi workflow dan ia sedikit sebanyak membantu memberikan panduan sebagai pengarah kali pertama.

“Syukur, 261 Sundays mendapat tajaan daripada Eco Setia Park yang banyak memberi bantuan daripada segi tajaan lokasi dan sebagainya. Walaupun ini merupakan projek arahan pertama Sean, namun mereka sudah memberi kepercayaan untuk menaja filem ini,” jelasnya lagi.

So tunggu apa lagi guys, pergi tengok cepat & berikan like kepada Sean LJE!

Dalam perkembangan lain, Sean bakal menjalani penggambaran musim keempat I Can See Your Voice dan drama Sweet Dreams musim kedua pada awal Januari hadapan.

 

IKLAN