Mohon Dijauhkan! 5 Jenis Rakan Sekerja Menjengkelkan Di Pejabat

Share

 

Kami ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada korang yang telahpun memasuki alam pekerjaan.

 

Mesti ada banyak perbezaan kalau nak bandingkan zaman belajar dan zaman bekerja, kan?

Orang kata bila sudah masuk zaman bekerja, kita tak perlu lagi risau dengan assignment, duit poket tak cukup, dipaksa untuk menyertai aktiviti kokurikulum dan sebagainya.

Namun, ada satu perkara yang masih sama: kita pasti akan mempunyai sekurang-kurang SEORANG rakan sekerja yang menjengkelkan!

Kalau korang bernasib baik, korang bolehlah sekepala dengan satu pejabat. Tapi kalau tak bernasib baik, mesti akan ada salah seorang daripada 5 jenis rakan sekerja ini yang terpaksa korang hadap pada setiap hari.

 

01

Si Minta Swipe

Kalau sekali dua dia terlambat dan mintakan kita swipe atau punch kad pekerja dia, okay juga.

Kalau dah setiap hari kita kena coverline apabila dia terlambat atau ‘mengular’ di luar, silap hari bukan kita jadi ‘ular’ depan dia nanti.

 

02

Si Menggatal

Nasib baik pekerja di Malaysia sudah ada akta gangguan seksual di tempat kerja. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa gangguan percakapan separa lucah, amang seksual dan menggatal pun boleh dikira sebagai kesalahan berat.

Oleh itu, kita selalu merelakan ‘lawak lucah’ yang disebut oleh si gatal ni walaupun kita tak selesa dengan percakapan sebegini. Respect lah sikit isteri orang bruh!

 

03

Si EL

Pantang betul dengan perangai si ‘Emergency Leave’ ini. Batuk sikit, EL. Sakit kaki, EL. Kalau sakit yang dihadapi tu memang memerlukan rawatan doktor dan dia perlu berehat ATAS nasihat doktor, tak apa juga.

Ini tak, alih-alih kita yang kena cover kerja dia. Lagi menjengkelkan bila kita sendiri tak dibenarkan mengambil EL bila kita benar-benar sakit kerana kerja overloaded. Ishh!

 

04

Si Jilat

Setiap pejabat mesti ada ‘kaki penjilat’. Kalau tiada, boleh tahu syarikat korang ada vacancy tak? Hehe.

Si jilat selalunya sudah ‘menjiwai’ karakternya sejak zaman belajar lagi Mula-mula bermulut manis, lepas tu jadi ‘Yes Man’. Kalau dia dah sampai tahap mengutuk kita di belakang kepada bos, itu bermakna si jilat dah sampai ke tahap kritikal.

 

05

Si Aircond

Zaman sekarang sudah tak pakai kipas lagi, mereka aircond-kan terus bos. Baru beku hati beb

.

Apa beza antara si jilat dengan si aircond? Si jilat selalunya akan datang kepada bos pada setiap hari tanpa apa-apa sebab penting. Si aircond akan tunggu masa paling sesuai untuk naikkan suhu pada tahap full blast. Kiranya mereka lebih strategik.

*

Bukanlah nak kata kita ni pekerja paling innocent dan mithali sangat. Kadang-kadang kita pun ‘mengular’ juga kan.

Tapi sebaiknya sebagai pekerja, lakukanlah kerja kita secara ikhlas. Dengan rezeki itu juga, kita bawa balik makanan dan barangan baru ke rumah kan.

Apa-apa pun, Selamat Hari Pekerja!

IKLAN