Pada Jumaat lalu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan satu perkongsian di Instagram pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand.
Ia sekaligus telah menjadi bualan hangat dan mengundang kecaman masyarakat. Malah, ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail turut terkesan dengan apa yang berlaku.
Terbaharu menerusi hantaran di entri tersebut, pelakon filem terkenal Munafik itu memohon agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang dan bersabar menghadapi dugaan dan ujian dalam perhubungan mereka.
Ads
“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik” katanya.
Beserta coretan ringkas tersebut, Syamsul turut memuat naik foto pernikahannya dengan dengan Puteri Sarah dan Ira Kazar.
Ads
Menjengah ke ruangan komen pula sudah mula dibanjiri pelbagai coretan rata-rata warganet termasuk rakan artis.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menerusi dua buah episod terbaru pada minggu keenam tayangan, drama bersiri penuh aksi dan emosi Thariq Ridzuwan: His Treasure terus mengikat perhatian penonton dengan jalan cerita yang semakin rancak.
Episod minggu ini bukan hanya menampilkan detik penuh romantis, ia juga merangkumi rahsia terbongkar, pengkhianatan dan fitnah yang akhirnya mula terlerai.
Semua faktor ini membuatkan setiap watak teruji di persimpangan antara cinta, dendam dan kebenaran.
Episod 11: Rahsia Terbongkar, Nyawa Jadi Taruhan
Paada episod ini, Radwa (Qasrina Karim) terkejut apabila mengetahui Farez (Evertts Gomes), lelaki yang selama ini membuat hidupnya kucar-kacir kembali semula dengan niat mahu merampasnya daripada Thariq (Meerqeen). Perkara itu membuatkan Radwa semakin resah dan keliru dengan keadaan sekeliling.
Pada masa yang sama, Fatih masih koma di hospital. Zizy yang datang melawat sebenarnya menyimpan niat jahat untuk membunuh Fatih, namun gerak-geri mencurigakan itu sempat dihidu. Lantas, Radwa segera menghubungi Thariq untuk kembali ke hospital.
Thariq yang pada waktu yang sama sedang bersemuka dengan Farez akhirnya memilih untuk meninggalkan musuhnya itu demi menyelamatkan Fatih.
Usai tiba di hospital, percubaan Farez untuk menembak Thariq gagal. Namun, Radwa kekal kecewa apabila Thariq tidak mempercayai kata-katanya mengenai Zizy.
Akhirnya, Thariq mendedahkan siapakah diri Farez yang sebenarnya dan membongkar semua rahsia hitam. Hal itu, membuat Radwa semakin terkejut apabila mengetahui Farez tidak pernah berhenti mengekori hidupnya.
Sementara itu, Zizy pula bertukat panik apabila percubaannya untuk membunuh Fatih hampir terbongkar sepenuhnya.
Episod 12: Fitnah Terlerai, Kebenaran Terungkai
Radwa akhirnya mengetahui dirinya sedang hamil.
Demi menjaga perasaan Thariq yang masih dihimpit badai fitnah, Radwa memilih untuk menyimpan rahsia itu buat sementara waktu. Dalam diam, Thariq bersama Holy Dragon terus berjuang mencari sinar kebenaran untuk membersihkan namanya daripada tuduhan Raudhah.
Episod 12 ini juga membuktikan usaha Holy Dragon membuahkan hasil apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkar hakikat sebenar bahawa Thariq hanyalah mangsa serangan, bukan pelaku.
Berbekalkan bukti itu, Thariq berdepan keluarga Radwa untuk meleraikan kekeliruan. Namun, Rozita tetap berdegil dan mempercayai kata-kata Raudhah yang penuh tipu daya.
Dalam detik menegangkan itu, Kevin (Thompson Goh) muncul bersama seorang lelaki berselubung kepala. Identitinya terbongkar apabila Razi (Jay Iskandar) hadir dalam keadaan lemah dan ketakutan.
Setelah ditunjukkan bukti, dia akhirnya mengaku bahawa dialah yang sebenarnya mengandungkan Raudhah. Sementara itu, Radwa melepaskan amarahnya kepada Farez di sebuah restoran.
Dalam pada itu, Zizy mengejutkan ramai dengan sidang akhbar bagi mengakui dirinya pernah menjadi sekutu sindiket Gajah Hitam. Apa yang lebih mengejutkan, dia menamakan Farez sebagai ketua sebenar, sekaligus meruntuhkan permainan kotor yang cuba menjatuhkan Thariq.
Pendedahan itu membuat Farez gelabah dan cuba melarikan diri, manakala Zizy redha apabila dirinya ditahan.
Radwa pulang ke rumah dengan jiwa bercampur-baur, hanya untuk mendapati Thariq setia menantinya. Saat itu, rahsia yang disimpannya terlerai bila mengetahui Radwa mengandung. Senyuman bahagia Thariq terukir, seakan badai sudah berlalu dan ia digantikan dengan harapan baru.
Adakah bayang-bayang gelap yang belum terlerai benar-benar telah meningggalkan Thariq dan Radwa?
Ramai merasakan Farezi tidak akan duduk diam walaupun setelah melarikan diri dan Raudhah pula pasti merencana langkah seterusnya.
Thariq dan Radwa mungkin menikmati ketenangan seketika namun masih ada ujianlebih besar sedang menunggu.
Hendak tahu apa yang bakal terjadi? Nantikan episod-episod Thariq Ridzuwan: His Treasure seterusnya pada setiap hari Rabu dan Khamis di Astro One, Astro Ria (saluran 104) dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ahli kumpulan popular One Direction, Liam Payne, 31 ditemui maut di perkarangan sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina selepas dipercayai terjatuh dari aras tiga bangunan tersebut.
Menurut laporan media akhbar tempatan Argentina La Nacion dan Clarin, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan dari kawasan hotel yang terletak di kawasan kejiranan Palermo itu mengenai insiden melibatkan seorang lelaki agresif; berkemungkinan berada dalam pengaruh dadah dan alkohol.
Pegawai kecemasan yang hadir ke lokasi kejadian dalam kenderaan ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi Inggeris tersebut selepas menemuinya di kawasan patio hotel.
Liam meninggalkan seorang cahaya mata lelaki, Bear yang kini berusia 7 tahun hasil perkongsian bersama penyanyi dan juri program realiti nyanyian, Cheryl Cole.
Liam meniti populariti pada usia remaja bersama kumpulan One Direction di samping Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlimson setelah mereka menamatkan saingan dalam program realiti, X-Factor UK pada tahun 2010 di kedudukan ketiga.
Biarpun One Direction menjadi fenomena sedunia, ahli kumpulannya memutuskan untuk berpecah secara rasmi pada tahun 2016 apabila masing-masing ingin membawa haluan sebagai artis solo.
Sumber: Reuters
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal K-Pop, BTS baru-baru ini mencipta kembali nostalgia bersama para peminat (ARMY) apabila ketujuh-tujuh ahli akhirnya kembali bersatu menerusi sebuah siaran langsung di aplikasi Weverse disertakan dengan pengumuman yang cukup mengejutkan.
Menurut ketua kumpulan, RM atau Kim Namjoon (31), BTS bakal melancarkan album penuh pada musim bunga tahun 2026 di mana ia sekaligus akan menjadi album berkumpulan pertama BTS selepas hampir empat tahun berehat atas komitmen wajib ketenteraan sebelum ini.
“Mulai bulan Julai, kami akan berkumpul dan bekerja bersungguh-sungguh untuk fokus menghasilkan muzik. Album kami mungkin akan dikeluarkan pada musim bunga akan datang. Jadi awak tidak perlu menunggu hingga bulan Julai atau Ogos,” kata RM.
Pada masa yang sama, BTS turut berkongsi tentang perancangan untuk mengadakan konsert jelajah dunia seiring dengan pelancaran album baharu tersebut.
“Kami juga akan menemui para ARMY di seluruh dunia, jadi nantikan,” jelasnya lagi.
Tambah RM, kumpulan itu akan terlibat proses penghasilan album bermula di Amerika Syarikat Selain itu, beliau menyatakan bahawa mereka akan lebih aktif berkomunikasi bersama peminat melalui aplikasi Weverse dan platform media sosial yang lain.
Sementara itu, ahli termuda BTS, Jungkook turut berkongsi keterujaannya dengan menyatakan bahawa kali ini mereka akan kembali kepada tema asal mereka dan bekerja secara kolektif sebagai satu kumpulan serta akan menyiapkan album agar para penggemar tidak perlu menunggu terlalu lama.
Sekadar info, BTS juga berkongsi perkembangan individu masing-masing seperti J-hope yang sempat mengadakan jelajah solo bertajuk ‘Hope on the Street’ dan Jin yang melancarkan konsert solo ‘Run-Seokjin: Episode Tour’ yang berlangsung baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!