Nampaknya demam ‘bubble tea’ atau boba masih belum reda, malah makin ‘mengganas.’
Umum semua tahu, Mochi atau kek beras Jepun, adalah salah satu makanan kegemaran dan tradisional Jepun.
Sekarang bayangkan Mochi ditransformasikan kepada minuman .
Pelik? No, korang kena cuba dulu baru tahu. Terbaru, jenama minuman yang popular dengan grafik beruang iaitu Daboba telah melancarkan 5 perisa baru berasaskan soya.
Bayangkan minuman korang ada Roll Mochi dan dikelilingi dengan cheese foam. Fuhhh…Wow, interesting!
Remaja sendiri mencuba Daboba Mochi Soya baru-baru ini. Seriously, it’s not bad at all!
Ads
Psst! Mochi Soya ni ada 5 perisa seperti:
1. Mochi Pearl Peanut Soya
2. Roasted Brown Sugar Pearl Peanut Soya
Ads
3. Brown Sugar Pearl Soya
4. Honey Golden Pearl Soya
Ads
5. Roasted Brown Sugar Pearl Soya
Penggemar Daboba kini boleh ‘menikmati’ aroma manis minuman Mochi Pearl Peanut Soya, Roasted Brown Sugar Pearl Peanut Soya, Brown Sugar Pearl Soya, Honey Golden Pearl Soya dan Roasted Brown Sugar Pearl Soya di mana sahaja mereka pergi mulai 10 Julai 2020.
So apa tunggu lagi, cepat tag lah member korang yang suka sangat minum bubble tea ni 😋 Siapa yang kena tag, dia lah yang kena belanja 😏
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, DJ terkenal, Alan Walker membuat pengumuman mengejutkan melalui media sosial mengenai penundaan konsertnya yang bakal berlangsung di Sunway Lagoon pada 22 Jun ini.
Alan melalui aplikasi Instagram berkata, dia terpaksa menundakan konsert ini kepada tarikh lain atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan walaupun telah banyak persiapan yang telah dilakukan untuk konsert kali ini.
Kredit: Instagram Alan Walker
“Kepada peminat, rakan-rakan dan Walkers Malaysia yang dikasihi! Beberapa minggu yang lalu, pasukan saya telah bekerja keras untuk menyusun pertunjukan Walkerworld terbesar kami hingga kini di Kuala Lumpur, Malaysia untuk Sabtu ini”
“Lawatan saya ke KL beberapa minggu lalu untuk mempromosikan pertunjukan ini, di mana saya juga berpeluang bertemu dengan ramai daripada anda, telah membuatkan kami lebih teruja untuk pertunjukan yang akan datang ini”
Kredit: Instagram Alan Walker
“Namun, dengan dukacita saya perlu memaklumkan bahawa disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dijangka, tidak diingini, dan sangat malang yang sepenuhnya di luar kawalan saya dan pasukan saya. Kami terpaksa menangguhkan pertunjukan Walkerworld kami di Malaysia pada Sabtu, 22 Jun ini, hingga tarikh yang akan ditentukan pada penghujung tahun ini,” katanya.
Alan turut meminta maaf kerana pengumuman ini dibuat pada saat akhir iaitu sehari sebelum hari konsert yang patutnya berlangsung pada Sabtu, esok.
Kredit: Instagram Alan Walker
“Saya sangat minta maaf kerana pengumuman ini dibuat pada minit-minit terakhir dan kerana mengecewakan anda semua, tetapi saya berjanji untuk memenuhi komitmen kami kepada setiap orang yang telah membeli tiket untuk pertunjukan ini dan telah dengan sabar menantikan kedatangan Walkerworld di Malaysia”
Jelasnya, dia akan kembali semula dengan pertunjukkan lebih baik pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Dalam pada itu, bagi peminat yang sudah membeli tiket juga boleh mendapatkan duit bayaran balik tiket dari penganjur, Megatix sekiranya mereka tidak mahu menunggu tarikh yang akan dimaklumkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, anak kepada biduanita negara, Siti Aafiyah meraih perhatian ramai apabila berjaya meraih Gold Award dalam acara Euroasia Youth Music Festival 2025 yang diadakan di Sunway University, Selangor.
Menerusi sebuah perkongsian video di Instagram milik penyanyi nombor satu tanah air itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa terharu dan bangga selepas anak sulungnya berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada Jun akan datang.
“Alhamdulillah, baru-baru ini Aafiyah menyertai ‘2025 EuroAsia Youth Music Festival ‘ di Sunway University untuk Kuala Lumpur Preliminary Round,” tulisnya menerusi perkongsian berkenaan.
Kredit foto: Instagram @ctdkKredit foto: Instagram @ctdk
“Di bawah bimbingan Teacher Illy @illypianoacademy, Aafiyah berjaya mendapatkan Gold Award dan layak ke pusingan Final pada bulan Jun nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu turut berterima kasih atas jasa guru yang mengajar Aafiyah sekaligus mendoakan puterinya agar sentiasa terus melakar kejayaan.
“Ini adalah moment yang sempat ibu abadikan buat semua. Berdebar jugak ibu bila Aafiyah nak mulakan persembahan, tapi ibu percaya Aafiyah boleh lakukan,” ujarnya.
“Terima kasih Teacher Illy tak jemu jemu melatih Aafiyah. Semoga Aafiyah terus berjaya sayang. Amin ya Rabb,” tambahnya.
Kredit foto: Instagram @ctdkKredit foto: Instagram @ctdk
Sementara itu, lagu persembahan yang dimainkan oleh Aafiyah sehingga berjaya melayakkan dirinya ke peringkat seterusnya adalah bertajuk ‘The Elephant Herd’ oleh June June Armstrong
Sekadar info, Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Siti Aafiyah pada Jun 2017 dan anak kedua, Muhammad Afwa pada Ogos 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Doyoung daripada kumpulan popular K-Pop, NCT, sekali lagi menyentuh hati para peminat apabila membuktikan keprihatinannya terhadap isu kebajikan dengan menyumbangkan dana berjumlah 100 juta Korea Won bagi menyokong golongan belia Korea Selatan yang sedang membuat persiapan untuk hidup berdikari. Sumbangan tersebut telah disalurkan melalui World Vision, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang aktif dalam bidang bantuan dan pembangunan.
Menurut World Vision dalam satu kenyataan, sumbangan itu bertujuan membantu golongan muda yang keluar daripada sistem perlindungan dan masih memerlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan secara berdikari. Keputusan Doyoung atau nama sebenarnya Kim Doyoung (30) ini dibuat berlandaskan empati terhadap cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan belia selepas perlindungan undang-undang mereka tamat.
Pada masa yang sama, dana berkenaan akan digunakan dengan kerjasama 13 agensi sokongan berdikari di seluruh negara bagi membantu seramai 21 orang belia yang memerlukan. Antara bentuk bantuan yang disediakan termasuk kos perumahan dan perbelanjaan kecemasan sara hidup bagi memastikan mereka dapat mengekalkan kehidupan harian yang stabil.
Sementara itu, Doyoung turut meluahkan harapannya agar sumbangan tersebut dapat memberi makna kepada mereka yang sedang berusaha membina masa depan.
“Saya mahu menjadi sedikit bantuan kepada setiap orang yang mempunyai impian,” katanya.
“Saya juga akan sentiasa terus bermimpi tanpa henti, sekarang dan selamanya,” jelasnya ringkas mencerminkan prinsip hidup dan semangat positif yang sentiasa dipegang oleh beliau.
Lebih menarik lagi, sumbangan ini dibuat ketika Doyoung yang kini sedang menjalani perkhidmatan latihan wajib ketenteraan. Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Korea, Cho Myung Hwan juga menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu isyarat keikhlasan yang amat dihargai.
“Walaupun sedang berkhidmat dalam tentera, Doyoung tetap menyampaikan perasaan ikhlasnya kepada kami melalui sumbangan ini. Kami amat berterima kasih atas sokongan tulus beliau,” kata Cho.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Doyoung tampil menghulurkan bantuan. Pada Oktober lalu, beliau turut menyumbangkan 100 juta Korea Won kepada World Vision bagi menyokong pembinaan sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Kampung Bugondo, Uganda, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai selebriti yang konsisten dalam kerja-kerja kemanusiaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.