Penyanyi, model, dan personaliti televisyen, Dewi Liana Seriestha, kini memegang watikah pelantikan sebagai Ikon Alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027.

Pelantikan ini merupakan salah satu usaha ASWARA untuk mengetengahkan role model terbaik yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada pelajar serta generasi muda yang mempunyai minat dalam bidang seni, budaya, warisan, dan digital.

#GirlPower Miss World Malaysia, Dewi Liana Seriestha Dilantik Sebagai Ikon Alumni ASWARA, Sedia Jadi Inspirasi Generasi Muda

Dari Miss World ke Pentas Global

Bagi Dewi, perjalanan kariernya memang penuh pencapaian. Sebelum ini, beliau dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2014 dan mewakili negara di pentas Miss World 2014, di mana beliau mencipta sejarah sebagai wanita Malaysia pertama memenangi gelaran Miss World Talent 2014, sekali gus mengharumkan nama negara melalui bakat vokalnya.

Dewi dikenali dengan kemampuan vokal mantap, mampu menyanyikan genre klasik, opera, pop, balada, jazz dan R&B. Beliau juga aktif dalam persembahan pentas, projek seni kreatif, dan sering mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa sambil mempromosikan seni dan budaya negara di peringkat global.

#GirlPower Miss World Malaysia, Dewi Liana Seriestha Dilantik Sebagai Ikon Alumni ASWARA, Sedia Jadi Inspirasi Generasi Muda

Ads

Akademik Cemerlang

Tidak hanya cemerlang dalam dunia hiburan, Dewi juga menamatkan pengajian Master in Creative Arts di ASWARA pada Disember 2025.

Dalam satu temu bual, Dewi berkongsi rasa syukur atas pelantikan ini:

“Saya amat berbesar hati dengan pelantikan ini. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi contoh yang baik kepada pelajar serta generasi muda yang meminati bidang seni dan budaya,” katanya.

Ads

#GirlPower Miss World Malaysia, Dewi Liana Seriestha Dilantik Sebagai Ikon Alumni ASWARA, Sedia Jadi Inspirasi Generasi Muda

Amanah & Tanggungjawab

Menurutnya, amanah sebagai Ikon Alumni memerlukan komitmen menjaga nama baik institusi dan menjadi teladan positif:

“Antara tanggungjawab yang digariskan ialah sentiasa menjaga imej diri yang bersih dan kemas, mematuhi perundangan negara serta tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan bahan terlarang.

Ads

“Saya melihat perkara ini sebagai komitmen berterusan untuk mengekalkan disiplin diri dan integriti sebagai anak seni,’ tambahnya lagi.

#GirlPower Miss World Malaysia, Dewi Liana Seriestha Dilantik Sebagai Ikon Alumni ASWARA, Sedia Jadi Inspirasi Generasi Muda

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TVS

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads