Untuk koleksi terbaru Resort 20/21 pereka fesyen Alia Bastamam menampilkan sebuah koleksi yang diinspirasikan dari keindahan alam semula jadi. Garisan laut dan langit membentuk latar matahari terbenam yang sangat cantik.
Gradien warna yang terjadi tatkala matahari sedang terbenam menimbulkan suasana dan rasa yang cukup magis lantas menembus jiwa yang bebas mengembara dan berimaginasi tanpa perlu mengembara.
Menurut Alia, “Koleksi ini adalah tentang membawa estetik resort jenama ini ke hadapan. Tapi bagaimana kita dapat bersiap cantik dan bergaya di kala masa sebegini?
Ads
“Saya memastikan rekaan yang dihasilkan sangat ringan dan bebas agar menampilkan gaya yang tidak keterlaluan dengan impak yang maksimum. Semuanya beralun cantik dengan selesa tanpa siluet yang membataskan pergerakan.”
Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 dalam balutan busana Alia Bastamam.
Rona yang diterapkan untuk koleksi kali ini juga berkisarkan ombre warna tropical yang lembut dan menenangkan.
Ads
Menarik dalam kempen ini, kelibat Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 turut kelihatan memperagakan sebahagian busana yang direka bersama model-model lain.
Mungkinkah Alia Bastamam akan mereka busana Francisca di pentas Miss Universe nanti?
Ads
Gaun rona biru rekaan Alia Bastamam untuk Miss Universe Malaysia 2013. Sumber gambar via International Business Times
Sebelum ini Alia pernah mereka busana gaun petang khas untuk Miss Universe Malaysia 2013 yang memperagakan busana tersebut di Rusia selaku tuan rumah Miss Universe Ketika itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno diserang ‘anxiety’ sebelum sesi sidang media bersama barisan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Menurut pelantun lagu popular Sutera itu, dia tidak dapat menjelaskan insiden itu dengan terperinci kerana di luar kawalannya.
“Apa yang saya boleh katakan, kita tidak tahu apa yang boleh berlaku kepada tubuh kita. Mungkin kepenatan, tetapi, saya tidak fikir keletihan sebagai alasan untuk kita sebagai artis.
“Apabila Allah kata hendak jadi, maka jadilah perkara itu,” katanya kepada Remaja.
Pada masa yang sama, Naib juara AJL38 itu sempat berkongsi rasa bangga kerana dapat berada sebaris dengan dua idolanya iaitu Amir Jahari dan Aina Abdul.
“Amir dan Aina adalah idola saya. Saya bangga dapat berada bersama mereka. Ini kali pertama saya berada di AJL dan akhirnya menyandang gelaran naib juara.
“Kalau ada rezeki lagi selepas ini, saya nak sertai AJL lagi di edisi seterusnya,” tuturnya lagi.
Untuk info, Lagu Sutera ciptaan Aisha dan MFMF menduduki tepat kedua AJL38 membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.
Untuk kategori persembahan terbaik, Aisha meraih wang tunai RM12,000 dan trofi. Aisha menewaskan pesaing terdekatnya, Shiha Zikir yang mempertaruhkan lagu Kalam pada AJL 38.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi anak Malaysia yang membanggakan diri dan negaranya.
Shobitha Kalaiselvan yang berasal dari Lembah Klang ini seharusnya berbangga dengan pencapaiannya apabila dia terpilih untuk memegang watak Lelia di dalam siri televisyen popular US, Gotham.
Shiva yang menetap di New York dalam posting di Instagram telah meluahkan rasa syukurnya terhadap peluang yang diterima olehnya ini.
“Saya tidak tahu nak cakap apa, saya hanya boleh senyum saja. Terima kasih kerana selalu berada bersama saya dan menyokong karier saya. I am a lucky gal!“, kata Shiva
Katanya lagi, dia selalu membayangkan impian untuk melakonkan watak superhero atau super villain.
Watak yang dibawakan oleh Shiva ini juga bukan sekadar watak tempelan. Bagi peminat siri Batman, pastinya korang tahu tentang latar belakang Lelia.
Beliau merupakan ketua kepada kontinjen perempuan di dalam League of Shadows, skuad yang setia kepada pasukannya. Dalam di dalam siri Gotham yang boleh ditonton di saluran Fox ini, Lelia melakukan kemunculan pada episod A Dark Knight: One of My Three Soups.
Shiva merupakan graduan dalam jurusan kewangan dari Indiana University pada tahun 2006 dan pernah bekerja sebagai pegawai pelaburan di Milwaukee, US dan London.
Dia kemudiannya mengambil jurusan postgraduate dalam bidang lakonan di Columbia University, New York dan pernah menerbitkan dua nukilan teater bersama syarikatnya, Next in Line Productions.
Di Malaysia pula, Shiva pernah berlakon di pentas teater After Juliet dan Malaysian Girls di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPaC)
Congrats girl! Tak sabar untuk menantikan kemunculan Lelia dalam episod seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mengeluh rambut mereka sudah panjang gara-gara semua kedai gunting rambut tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Walaupun sebelum ini perniagaan perkhidmatan gunting rambut telah dibenarkan beroperasi sekiranya mengikut piawaian yang ditetapkan, namun rakyat Malaysia membantah sekerasnya dan ada juga pengusaha perkhidmatan ini tidak mahu mengambil risiko membuka premis mereka dalam situasi pandemik seperti sekarang.
Justeru itu, kenyataan tersebut telah ditarik balik dan sehingga kini, tidak ada mana-mana kedai gunting rambut yang dibenarkan beroperasi.
Mungkin korang sudah rimas dengan keadaan rambut yang semakin panjang hari demi hari, namun jangan risau kerana di laman YouTube banyak berkongsi video tentang bagaimana untuk menggunting rambut sendiri.
Paling penting, kenalah berani ambil risiko ya. Hiks!
Ala, cari potongan yang simple sahaja, tak perlulah nak bergaya sakan. Cukup sekadar untuk tidak rimas berambut panjang sementara menunggu kedai gunting rambut mula beroperasi.
Jom kita lihat antara video-video yang boleh dijadikan rujukan untuk memotong rambut sendiri.
1. Cara potong rambut bercabang
Rambut yang sering diwarnakan atau selalu menggunakan pengering rambut kadangkala boleh menyebabkan ia menjadi pecah-pecah atau bercabang. Video YouTube ini memberikan tip bagaimana korang ingin memotong rambut yang mempunyai masalah seperti ini.
Caranya mudah sekali, ambil sedikit belahan rambut dan gulungkan sehingga bawah. Rambut yang bercabang tidak akan bergulung dan akan terkeluar daripada gulungan tersebut. Jadi, potong mana-mana rambut yang kelihatan bercabang dan tidak sihat itu.
2. Cara potong rambut layer panjang
Seorang hairdresser memberikan tip bagaimana untuk korang yang memiliki rambut layer panjang untuk memotong rambut sendiri. Hasilnya sudah tentu tidak sama seperti tukang gunting rambut profesional, namun sekiranya dalam keadaan terdesak, korang bolehlah cuba seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut.
3. Cara potongan rambut A-Line Bob
Kalau rasa-rasa nak buat potongan rambut berbeza sedikit, korang boleh cuba style A-Line Bob cut. Nampak macam mudah. Pertama sekali, ambil bahagian rambut di hadapan sebelah kanan dan kiri, kemudian ikatkan. Selebihnya, ikat rambut di bahagian belakang mengikut aras pendek mana yang korang nak potong. Langkah seterusnya korang boleh refer dalam video.
Ada sebuah lagi video yang kami jumpa di Facebook menunjukkan cara gunting rambut yang sangat mudah.
Wanita muslimah yang nak gunting rambut wajib try❗MEMANG BERHASIL❗Siapa kenal cik dini memang tahu la cik dini ni dulu GUNTING RAMBUT ORANG… So rambut sendiri kena ke kedai… Alahaiii susah nau2 la… Sebab da pakai tudung kan… Dan cik dini sgt2 cerewet bab gunting rambut ni… Nak di jadi kan cerita tadi ternampak video ni… So cik dini minta tolong umi buatkan…Perghhh selepas buat memang cantikkk gilerr… Jadi macam layer tinggi taw… Kalau rambut tebal memang cantik giler…tapi kalau rambut nipis jgn gunting terlalu tinggi nanti rambut nampak nipis nau2… Ce try…cik dini da try memang menjadi 😊😊Maaf tak dapat tunjuk rambut baru iolss sbb aurat kan… 😆
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.