Miss Universe Itali 2022 Mewah Ditaja Jenama Terkenal, Bakal Peraga 2 Gaun Roberto Cavalli

Share

Debaran pertandingan Miss Universe 2022 semakin terasa apabila kebanyakan wakil negara yang bertanding kini telahpun berada di New Orleans, Amerika Syarikat bagi sesi pendaftaran.

Tidak dinafikan, edisi ke-71 ini merupakan salah satu edisi paling kompetitif apabila ia menampilkan ramai peserta yang bukan sahaja jelita tetapi juga berjaya serta telah melakukan persiapan rapi bagi berdepan saingan lain.

Salah satu wakil yang kini diberikan perhatian adalah Miss Universe Itali 2022, Virginia Stablum.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Sebagai Model Antarabangsa, Virginia Stablum Dinobat Miss Universe Italy 2022 – REMAJA

Lama rasanya kita tidak mendengar sebarang ‘hype’ dikaitkan dengan wakil dari Itali di pentas Miss Universe.

Kali terakhir Itali memperolehi kedudukan di peringkat separuh akhir adalah pada tahun 2014 menerusi Valentina Bonariva (Top 15). Sebelum itu pula, Itali berjaya mencapai kedudukan Top 10 pada tahun 2008 menerusi Claudia Ferraris.

Justeru, apa yang membuatkan Virginia Stablum istimewa di mata pemerhati ratu cantik sedunia?

Pada ketinggian 175cm, Virginia memiliki pakej rupa paras persis Naib Juara Miss Universe 2018 dari Afrika Selatan iaitu Dr. Tamaryn Green.

Naib juara Miss Universe 2018. Dr Tamaryn Green.
Virginia Stablum bersama mahkota Miss Universe Italy 2022.

Graduan jurusan Sains Komunikasi daripada University of Verona ini juga merupakan seorang model antarabangsa yang telah merantau ke banyak negara seperti Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat atas dasar tugasan kerja.

Tidak hairanlah apabila Virginia khabarnya menerima sokongan daripada pelbagai penaja di Itali yang ingin melihatnya mengembalikan zaman kegemilangan Itali dan lebih utama, zaman kegemilangan negara-negara dari benua Eropah di Miss Universe.

Salah satu tajaan yang sah diterima oleh Virginia hadir daripada pereka fesyen haute couture Itali terkenal, Roberto Cavalli!

Roberto Cavalli.

Menerusi hantaran di Instagram Virginia dan di Instagram Miss Universe Itali, mereka mengesahkan bahawa Cavalli akan menyediakan dua rekaan gaun istimewa untuk Virginia sarungkan pada pusingan preliminary

dan pada malam finale.

“Saya amat berbesar hati untuk membawa ciptaan ‘Made In Italy’ di pentas antarabangsa dan menunjukkan kepada Universe apa yang boleh dicapai oleh negara kami. Terima kasih Roberto Cavalli dan Fausto Puglisi (pereka fesyen di Roberto Cavalli sejak tahun 2020) kerana memberi kepercayaan kepada saya.

“Terima kasih juga Miss Universe Itali kerana merealisasikan impian saya ini,” catat Virginia.

Menariknya, Roberto Cavalli bukanlah satu-satu jenama fesyen dari Itali yang dipakai oleh Virginia sepanjang berada di New Orleans, Amerika Syarikat.

Terbaru, dia menyarungkan persalinan jenama Tezenis, Wendy Kei, Moon Boot dan Miu Miu daripada koleksi musim sejuk 2022 lalu menerima pujian daripada pelbagai pihak.

Jenama Miu Miu.

Jenama Nadine Merabi
Jenama High Society.

Virginia turut ditaja oleh jenama fesyen terkenal dari benua Eropah seperti Nadine Merabi (United Kingdom), Mach & Mach (Georgia) dan High Society (Denmark).

Fuh, seorang fesyenista habis!

Dengan persiapan serapi ini, tidak mustahil mahkota Miss Universe akan kembali ke tangan negara dari benua Eropah pada tahun ini setelah kali terakhir dimenangi oleh Perancis pada tahun 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Bernilai Lebih RM26 Juta, Mahkota Baharu Bakal Digayakan Pemenang Miss Universe 2022 – REMAJA

FOTO: Instagram Virginia Stablum.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN