Selepas empat tahun tidak mengetengahkan wakil dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe, Lubnan akhirnya menobatkan juara terbarunya, Yasmina Zaytoun sebagai Miss Lebonan 2022, semalam.
Yasmina yang merupakan seorang pelajar jurusan kewartawanan mengenepikan rakan seperjuangan Maya Abou El-Hassan di kedudukan Naib Juara. Manakala, tiga lagi peserta lain yang menduduki kedudukan Top 5 Miss Lebonan 2022 ialah Jacintha Rashed, Lara Hraoui dan Dalal Hoballah.
Yasmina, 20 sedang melanjutkan pengajian di Notre Dame University di Louaize dan pada masa yang sama memiliki sebuah platform pendidikan atas talian bernama @WithYasminaShow.
Menerusi platform atas talian ini, gadis yang berasal dari itu berasal dari perkampungan Kfarchouba ini akan menemuramah personaliti media dan sukan tentang topik-topik terkini termasuklah personaliti politik, Paula Yacoubian sebelum ini.
Setelah dinobatkan sebagai juara, Yasmina dimahkotakan dengan tiara berasaskan mutiara oleh Miss Lebanon terdahulu, Maya Reaidy yang pernah mewakili Lubnan pada tahun 2018. Maya sekaligus merupakan juara paling lama memegang gelaran Miss Lebanon dalam sejarah penganjurannya.
Dengan kemenangan ini, Yasmina Zaytoun membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai $100,000 dan berpeluang untuk bertanding sama ada di pertandingan ratu cantik Miss Universe atau Miss World.
Lubnan merupakan di antara negara di kawasan Timur Tengah yang sering menghantar wakil ke pertandingan Miss Universe.
Ads
Namun, disebabkan krisis politik dan pergolakan negara seperti kelumpuhan ekonomi, pandemik Covid-19 dan letupan di Beirut yang dihadapi beberapa tahun kebelakangan ini, organisasi Miss Lebonan telah memilih untuk tidak menghantar penyertaan sejak 2018.
Menerusi pertandingan Miss Lebanon 2022, seramai 17 orang peserta daripada bandaraya berbeza negara telah mencuba nasib menyerlah diri sebagai peserta ratu cantik di hadapan figura berpengaruh Lubnan. Apa yang membuatkan edisi ini lebih sentimental adalah apabila panel jurinya berpendapat penganjuran Miss Lebanon kali ini bukan sekadar untuk memilih wakil.
Namun ia dianjurkan untuk menyampaikan mesej positif bahawa Lubnan dan rakyatnya akan bangkit semula seperti dahulu kala.
Ads
Kata penyanyi, Nancy Ajram yang menjadi penghibur pada malam tersebut, “Sokonglah Lubnan semasa ia naik dan turun. Tiada peraturan atau cara tertentu untuk mencintai negara anda. Saya cintakannya hingga ke akhir hayat.”
Nampaknya, satu-persatu negara telah memahkotakan juara masing-masing. Agaknya, bila pula giliran organisasi dari Malaysia ya?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2002 menjadi tahun bersejarah bagi Rusia dalam arena ratu cantik antarabangsa. Mana tidaknya, tahun itu wakilnya di pentas Miss Universe, Oksana Federova berjaya menjadi pemenang bagi pertandingan tersebut.
Oksana yang berusia 25 tahun ketika memenangi mahkota yang diimpikan ramai wanita seluruh dunia itu walau bagaimanapun hanya sempat menjadi Miss Universe selama empat bulan sebelum kemenangannya ditarik balik.
Miss Universe Panama, Justin Pasek yang merupakan pemenang tempat kedua menjadi penggantinya sebagai Miss Universe 2002. Walaupun begitu, Justin tidak popular seperti Oksana. Sehingga kini ratu cantik dari Rusia itu masih dianggap sebagai Miss Universe 2002 dan insiden yang mana kemenangannya ditarik balik menjadi tanda tanya.
Menurut pemilik francais Miss Universe ketika itu, Donald Trump seperti kenyataan yang disiarkan oleh CNN berkata, “Kami fikir dia sangat cantik dan sangat baik, tetapi dia tidak dapat memenuhi tugasnya oleh itu, kami tidak mempunyai pilihan selain memecatnya.”
Menggayakan gaun putih Gucci by Tom Ford sebagai gaun petangnya. Kredit foto: Instagram Oksana Federova
Biarpun banyak gosip liar yang disebarkan apabila kemenangannya ditarik balik, Oksana berpegang bahawa dia tidak dipecat sebaliknya dia meletakkan jawatan. Menerusi temu bual bersama Miss Universe 2005, Natalie Glebova, Oksana berkongsi kisah mengapa gelarannya sebagai Miss Universe 2002 ditarik balik.
Beliau sebenarnya bertindak mengikut kata hatinya untuk menamatkan kontrak kerana ingin meneruskan pengajiannya dalam bidang undang-undang. Setelah empat bulan menghabiskan waktu sebagai Miss Universe, dia mula memikirkan apakah kehidupan selepas itu.
Kredit foto: Instagram Oksana Federova
Keputusannya untuk tidak meneruskan gelaran sebagai Miss Universe memberikan seribu satu makna. Dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat kedoktoran dan bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Undang-Undang Awam. Dia seterusnya mengajar di Saint Petersburg University of the Ministry of Interior of Russia.
Kekal anggun pada usia 44 tahun. Kredit foto: Instagram Oksana Federova
Selain bergelar pendidik, Oksana juga aktif dalam bidang seni terutamanya di dalam bidang pengacaraan, nyanyian, peserta rancangan realiti dan juga artis alih suara. Kini pada usia 44 tahun, wanita yang masih lagi mengekalkan keanggunannya ni bahagia bersama suami dan dua orang anaknya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak mahu memiliki bentuk tubuh yang ideal bukan? Namun harus diingatkan bahawa tubuh yang ideal bukanlah menjadi terlalu kurus, sebaliknya ukuran berat anda di dalam linkungan BMI (Indek Tubuh Normal) iaitu di antara 18.5 ke 24.9. Nak kurus bukan bererti harus menahan lapar sebaliknya jaga pola pemakanan dengan berhemah dan nikmati makanan yang memberikan nilai positif kepada tubuh.
Jangan Tidur Selepas Makan
Setiap kali selepas makan malam pasti anda akan berasa mengantuk dan terus tidur. Sebaiknya, makan tiga jam sebelum waktu tidur untuk mengelakkan kalori yang anda makan disimpan dalam bentuk lemak kerana tidak digunakan. Kalau boleh cuba amalkan makan malam sebelum jam 8 malam dan nikmati makanan yang tidak terlalu berat dan berkabohidrat tinggi.
Hati-Hati Menikmati Pencuci Mulut
Bukanlah tak boleh makan pencuci mulut seperti kek yang manis. Namun hadkan pengambilan kek dan kuih muih manis sebagai pencuci mulut bagi mengelakkan pertambahan kalori, mungkin boleh menikmatinya seminggu sekali dalam hidangan yang kecil. Sebaiknya gantikan dengan buah-buahan segar yang lebih berkhasiat.
Buah-buahan lebih bagus berbanding manisan seperti kek dan kuih. Kredit gambar : Jaya Grocer, The Starling
Peka Dengan Kandungan Makanan
Jangan malas untuk membaca label kandungan makanan yang anda beli. Dari situlah anda boleh tahu jumlah gula garam dan juga bahan kimia yang dicampurkan. Kadang-kadang produk makanan yang dilabel sebagai kurang manis sebenarnya mengandungi lebih banyak dari kandungan gula makanan yang tidak dilabel sebagai kurang manis. Hati-hati dengan kandungan makanan anda ya!
Minum Air Kosong Selalu
Sebelum menjamu selera, minum segelas air kosong. Tip ini membuatkan anda berasa lebih kenyang dan makan dalam portion yang lebih kecil. Pastikan anda minum lapan gelas air sehari untuk tubuh yang seihat terhidrat.
Air kosong lebih bagus berbanding air berperisa. Kredit gambar: Evian
5. Berhati-hati Dengan Jus. Bukan Semua Bagus.
Kebanyakan jus buah yang anda nikmati dan beli di restoran atau kedai sudah dicampur dengan gula yang banyak. Sebaik-baiknya nikmatilah jus buah tanpa gula berbanding telah diproses dan dicampur pelbagai jenis bahan. Kandungan vitamin dan mineral lebih terjamin.
***P/S – Kalau diet sahaja pun tak berkesan, kena bersenam juga. Biar keluar peluh demi kesihatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Era pertandingan Miss Universe di mana wakil dari rantau Asia Tenggara mendominasi pemilihan senarai Top 16 dan Top 20 telahpun berakhir setelah Anne Jakrajutatip mengambil alih tampuk kepimpinannya.
Menerusi pentas akhir Miss Universe yang sedang berlangsung dari New Orleans, Amerika Syarikat; hanya sebuah negara sahaja yang menyertai senarai 16 wakil terbaik dan negara tersebut ialah Laos!
Miss Universe Laos 2022, Payengxa Lor.
Laos boleh dianggap sebagai di antara negara yang baru menceburkan diri di pentas Universe. Penganjuran sulung Miss Universe Laos adalah pada tahun 2017 dan ia dimenangi oleh Souphaphone Somvichith.
Pada tahun 2018 pula, Laos telah mencipta sejarah di pentas Miss Universe apabila wakilnya, On-anong Homsombath memenangi kategori Kostum Nasional Terbaik.
Edisi 2022 ini pastinya memberi kenangan manis buat Laos setelah wakilnya, Payengxa Lor terpilih sebagai 16 peserta terbaik sebentar tadi.
Gadis berusia 21 tahun ini mendapat sokongan yang cukup memberansangkan daripada rakyat di negaranya.
Berdasarkan akaun Facebook Miss Universe Predictions yang sering melaporkan perkembangan serta berita terbaru mengenai pertandingan Miss Universe, Laos disebut sebagai salah seorang wakil yang menerima undian terbanyak setakat 10 Januari 2023 iaitu sebanyak 168,000 poin.
Biarpun Colombia telah diumumkan sebagai wakil yang menerima undian terbanyak daripada peminat lalu melangkah masuk ke Top 16, REMAJA pasti undian yang diterima oleh Laos tidak jauh ketinggalan di belakang.
Sokongan yang diterimanya ini juga besar kemungkinan kerana dia merupakan wanita berketurunan Hmong pertama untuk memenangi sesebuah pertandingan ratu cantik di negaranya.
Penonton Tinggalkan Lokasi Selepas Top 16 Diumumkan
Biarpun REMAJA gembira bagi pihak Payengza Lor dari Laos, kami seperti rata-rata peminat ratu cantik terkejut dengan ketiadaan negara-negara Asia Tenggara dalam senarai Top 16.
Ini termasuklah negara kegemaran ramai seperti Filipina, Thailand dan Indonesia. Negara yang berjaya menembusi Top 20 pada tahun lalu, Singapura juga gagal mendapat kedudukan pada tahun ini.
Bagi wakil negara iaitu Lesley Cheam pula, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong Malaysia. Lesley juga gembira dengan kejayaan tiga rakan baiknya yang menempah kedudukan Top 16 termasuklah Laos, Haiti dan Kanada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.