Mira Filzah Tepati Ramalan, Bintang Paling Popular 2019

Share

 

Seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, Mira Filzah nyata mempunyai kelebihan pada malam ini setelah pelakon manis tersebut diangkat sebagai Bintang Paling Popular 2019.

 

Berlangsung di Putrajaya Convention Centre, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 telah mengiktiraf Mira sebagai penerima anugerah tertingginya dengan undian sebanyak 6,320,463.

Foto: BH Online

Sebelum menerima anugerah daripada penyanyi, Aisyah di kemuncak acara sebentar tadi, Mira terlebih dahulu dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dan Pelakon Filem Wanita Popular.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki ini kepada Allah SWT. Anugerah ini adalah untuk emak abah, Meeracle Legacy, Mira Biru. Terima kasih juga kepada pihak media yang tidak putus-putus menyokong kerjaya Mira sepanjang 4 ke 5 tahun ini.

“Ini adalah untuk kita semua,” ucapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Stail Lain Dari lain Di ABPBH-32, Siapa Paling Lit?

Foto: BH Online

Mira membuktikan popularitinya pada tahun ini setelah hamper kesemua projek drama lakonannya ‘menjadi’. Ia bermula sejak tayangan filem Rise: Ini Kalilah, Sangkar, drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda, dan terbaru drama Sweet Dreams.

Selain hebat di hadapan kamera, Mira juga perlahan-lahan menjadi ikutan peminat fesyen berhijab di Malaysia setelah gaya tudung dan pemakaiannya mudah diterima terutamanya oleh remaja perempuan.

 

Kemenangan ini melayakkan Mira untuk membawa pulang hadiah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000 berserta trofi.

IKLAN