Tiada angin tiada ribut. Tiba-tiba cuti Awal Muharram pada hari ini ‘dilanda’ sebuah isu yang berkait dengan pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah.
Bukan isu Mira ingin mendirikan rumah tangga ya, tetapi isu ‘cultural appropriation’ apabila Mira menyarungkan pakaian tradisi masyarakat India untuk kempen terbarunya.
Untuk pengetahuan, Mira menyarungkan Lehnga daripada Cassandra Collection untuk penggambaran gambar sebuah kempen kolaborasi di antara Lavue Lens dan Mira Filzah yang akan dilancarkan pada 31 Ogos ini.
Seorang pemilik akaun Twitter secara tiba-tiba menyentuh topik ini dan menganggap Mira ‘mencedok’ budaya masyarakat India dan mengaut keuntungan daripadanya.
Dalam ciapan terbaru pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu, Mira mengambil langkah awal memohon maaf sekiranya tindakannya menyarungkan Sari disalah anggap oleh mana-mana pihak.
Kata Mira, “Isu ini telah menjadi semakin besar dan saya tidak rugi apa-apa untuk menjadi pihak yang terlebih dahulu memohon maaf. Dan saya ikhlas meminta maaf jika telah menyakitkan perasaan sesiapa.”
Ads
The issue is getting bigger and I’ve got nothing to lose to be the first one to apologise. And I’m sincerely apologise if I hurt anyone. https://t.co/NYTQp5UAIo
REMAJA mendapatkan penerangan seseorang yang lebih pakar dalam topik ‘cultural appropriation’, iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam, Faizal Hamid.
Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam, Faizal Hamid.
Menurut beliau, terma ‘appropriation’ mahupun ‘homage’ dan ‘re-interpretation’ ini sememangnya merupakan terma yang dipopularkan pada zaman millenial, malah dijadikan pula trend masa kini.
Ia dipopularkan oleh masyarakat Barat terutamanya di Amerika Syarikat yang sememangnya sensitif apabila menyentuh cara pemakaian mirip komuniti berkulit gelap di sana.
“Selama 15 tahun yang lalu, media massa dan media internet telah berkembang dengan cukup pantas untuk kita didedahkan kepada pelbagai perkara terutamanya dalam sektor kreatif.
Ads
“Tak kiralah dalam dunia fesyen, muzik, seni, seni bina dan sebagainya, pencipta rekaan pastinya pernah menjadikan budaya sebagai satu bentuk sampling atau terma popularnya, ‘appropriation’ mengikut intepretasi sendiri.
‘So we cannot help but to put our personal stamp on it. Walaupun seolah-olah kita mengambil elemen budaya sesebuah masyarakat seperti pemakaian, selagi kita menghormati dan tidak melanggar norma serta sosio budaya masyarakat (seperti mencerca budaya sesebuah masyarakat), saya rasa tiada salahnya.
“Selagi ia diintepretasikan dengan penuh hormat dan tertib, imaginasi kreatif dengan menggunakan elemen kebudayaan sebagai inspirasi adalah merupakan satu bentuk penghormatan serta penghargaan terhadap budaya dan warisan tersebut, InsyaAllah,” jelas beliau penuh terperinci.
*
Ads
REMAJA merasakan bahawa isu ini telah digembar-gemburkan lebih daripada skala yang sepatutnya.
Sebagai negara yang berbilang kaum, sejak kecil lagi kita semua sudah didedahkan dengan keindahan budaya rakan-rakan kita yang berlainan latar belakang.
Apresiasi budaya sesama rakan ini telah membuatkan kita hidup secara harmoni, sesuatu yang jarang sekali dapat dikecapi oleh negara-negara lain.
Remaja Melayu memakai Sari, remaja Cina memakai Baju Kurung dan remaja India memakai Cheongsam, bukankah itu sesuatu yang sepatutnya diraikan? Ia tidak seharusnya dijadikan poin untuk melontarkan kecaman.
Jom sama-sama kita naikkan semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan ini, bukannya menjejaskannya dengan isu sebegini.
Gadis Malaysia berusia 22 tahun, Manvin Khera mencipta sejarah baharu dalam dunia ratu cantik negara apabila berjaya menjuarai pertandingan Miss Globe 2023 yang telah diadakan di Durres, Albania.
Dalam saingan bersama lebih 53 peserta dari seluruh pelusuk dunia, selain bergelar juara dia juga menggondol anugerah khas Miss Talent apabila berjaya memukau para juri dan tetamu dengan nyanyiannya yang merdu.
Berada dalam kelompok teratas bersama Malaysia ialah Katia Agbodo dari Sepanyol yang memegang kedudukan naib juara manakala wakil Filipina, Anna Valencia Lakrini berada di kedudukan ketiga. Wakil Nigeria, Duru Esther Chidera dan wakil Amerika Syarikat, Kirstin Yvonne Bangs berpuas hati di kedudukan keempat dan kelima.
Semasa sesi soal jawab di peringkat top 5, Manvin diberikan soalan berbunyi, “Apakah satu pengajaran yang anda pelajari sebagai seorang kanak-kanak yang masih mempengaruhi anda dalam hidup anda?”
“Setiap seorang daripada kita berkembang setiap hari dan saya telah belajar daripada kesilapan saya. Saya percaya bahawa kegagalan adalah kunci kejayaan dan setiap kali saya gagal, saya selalu memberitahu diri saya ‘Manvin, anda akan pergi ke sana dan meletakkan diri anda di sana.
“Kerana saya percaya apabila anda jatuh 7, anda bangkit 8, dan kemudian anda melakukan itu, anda menjadi tidak dapat dihalang dan tidak dapat dikalahkan,” jawabnya bernas.
Memiliki ketinggian 173cm, Manvin telah berkampung di Albania sejak lebih dua minggu lalu dan melalui pelbagai cabaran sebelum berjaya dimahkotakan sebagai juara.
Antara cabaran yang dilaluinya adalah head to head challenge, termuduga tertutup, pakaian renang, persembahan kostum nasional termasuklah pertandingan bakat yang menyaksikan dirinya sebagai juara segmen tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon muda, Atiq Azman beri bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Alia.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, pelakon naskhah hit Nur itu dilihat sedang membuat persiapan perkahwinan selain menghitung hari untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam video itu juga kelihatan, Atiq yang mengenakan songkok dan Alia yang memakai tudung mengambil gambar dipercayai bagi melengkapkan borang nikah mereka.
“Bismillah #countingdays,” coretnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata penggiuna meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar urusan mereka ke jinjang pelamin dipermudahkan.
“Semoga dipermudahkan urusan Alia dengan Atiq nanti,” tulis seorang pengguna.
“Adakah akan menamatkan zaman bujang? Jika ya, tahniah Alia dan Atiq,” komen seorang lagi pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dahulu, ramai yang boleh merungut semberono kerana kurangnya jenis perkhidmatan awam yang disediakan kepada rakyat.
Namun, dengan adanya perkhidmatan seperti Light Rail Transit (LRT), Monorail, KTM, bas Rapid dan Mass Rapid Transit (MRT), Malaysia merupakan antara negara yang paling maju dalam sektor ini, terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Hampir 600,000 orang penumpang menggunakannya sebaik mungkin pada setiap hari untuk menuju ke destinasi masing-masing, terutamanya pada hari bekerja.
Cuba bayangkan 600,000 didarabkan dengan harga tiket sekitar RM10 pada setiap hari, fuhh memang tinggi nilai yang terpaksa dibelanjakan oleh pengguna perkhidmatan awam tegar.
Namun hari ini, ada berita gembira yang disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk korang semua. Kementerian telah mengumumkan Pas Pengangkutan Awam Bulanan Tanpa Had bermula tahun 2019.
Haa, tinggal beberapa bulan je lagi tu..!
Apa yang perlu korang lakukan hanyalah membayar RM100 setiap bulan untuk mendapatkan pas istimewa itu. Kemudian korang boleh menggunakannya tanpa had untuk apa-apa jenis perkhidmatan awam yang disediakan tanpa perlukan top up.
“Pas bulanan ini adalah untuk mengajak rakyat lebih kerap dan gemar menggunakan perkhidmatan awam,” kata Anthony.
Tambah beliau lagi, kerajaan juga berharap agar inisiatif ini akan membantu mengurangkan jumlah kenderaan terutamanya kereta di jalan raya setelah rakyat beralih angin kepada MRT, LRT, bas dan sebagainya.
Makes sense juga. Lagipun, pasti kualiti udara dan bunyi seperti di Lembah Klang dan bandar-bandar besar lain lebih terjaga selepas ini. Let’s go green gais!
Untuk pengetahun korang, ini adalah salah satu daripada perkara yang terkandung di dalam manifesto kerajaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Dengan inisiatif ini, harapnya korang bolehlah berjimat sehingga 50%. Pada masa yang sama, pencemaran juga dapat dikurangkan. Win-win situation, kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!