Baru-baru ini, pelakon terkenal, Mira Filzah tampil menyuarakan rasa bimbang terhadap peningkatan isu sosial dalam kalangan remaja kebelakangan ini. Menurutnya, banyak kejadian yang melibatkan pengaruh luar hingga membawa kepada insiden buli dan jenayah serius membuatkan para ibu bapa, termasuk dirinya, semakin khawatir dengan keadaan yang berlaku di sekolah.
Mira atau pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman (32) menegaskan bahawa asas pendidikan bermula dari rumah dan perlu diterapkan sejak anak masih kecil. Pada masa yang sama, contoh yang baik daripada ibu bapa mampu membentuk perkembangan positif dalam diri anak-anak.
“Saya percaya didikan berlaku dari rumah, sejak kecil. Anak-anak yang lahir itu mereka seperti kain yang putih dan didikan itu bermula seawal mereka kecil-kecil lagi dan benda itu yang perlu kita tekankan,” katanya ketika ditemui Remaja ketika sidang media pelancaran Fashionably Modest Asia 2025.
Kredit foto: IG Mira Filzah
Dalam pada itu, sebagai seorang ibu muda, beliau mengakui bahawa pelbagai isu yang berlaku hari ini membuatkan dirinya turut rasa terkesan. Selain itu, pengalaman baru bergelar ibu menjadikan dirinya lebih peka terhadap persekitaran dan tingkah laku anak-anak.
Ads
“Saya takut sangat dengan macam-macam hal yang terjadi dan berlaku kebelakangan ini. Semestinya saya takut tapi kita kena berjaga-jaga dan kawal dari segi game semua itu kita pantau,” ujarnya.
Kredit foto: IG Mira Filzah
Cabaran Ibu Bapa Zaman Moden
Walaupun baru mempunyai seorang anak yang berusia tiga tahun, Mira mengakui cabaran sebenar dalam membesarkan anak lebih dirasai apabila ibu bapa turut bekerja sepenuh masa.
“Orang cakap kita nak cakap itu senang, tapi sebagai ibu bapa saya pun berada di situasi di mana kita bekerja siang dan malam… kadang kita tak boleh nak kawal situasi dan jaga mereka 24 jam,” jelasnya lagi.
Ads
Justeru itu, beliau percaya usaha terbaik bermula dari rumah, selebihnya bergantung kepada doa dan tawakal.
Kredit foto: IG Mira Filzah
Ketegasan Mira Filzah Dalam Kawalan Gajet Anak
Di samping itu, bercakap mengenai ‘screen time’, Mira Filzah cukup tegas menetapkan had penggunaan gajet untuk anaknya. Beliau hanya membenarkan maksimum 30 minit sehari sebagai ganjaran apabila anaknya menyelesaikan tugas seperti mengemas permainan atau menghabiskan makanan. Had masa itu, katanya, penting untuk mengelakkan ketagihan dan memastikan perkembangan anak lebih seimbang.
Ads
Selain menonton kartun, Mira turut memperkenalkan kandungan pembelajaran melalui video dan permainan berbentuk pendidikan. Baginya, penggunaan tablet tidak semestinya memberi kesan negatif sekiranya dipantau dengan betul dan digunakan untuk merangsang kemampuan berfikir.
Kredit foto: IG Mira Filzah
Peranan Ibu Bapa Dalam Era Digital
Sementara itu, Mira juga mengingatkan ibu bapa lain agar sentiasa mengambil pendekatan proaktif dalam membimbing anak-anak, terutama dalam era digital yang begitu cepat mempengaruhi minda remaja. Pemantauan bukan hanya pada gajet, tetapi juga pada persekitaran sosial mereka.
Sebagai bintang, ikon generasi muda dan juga seorang ibu, Mira berharap isu sosial melibatkan remaja dapat dikurangkan melalui kerjasama semua pihak. Baginya, pendidikan awal, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa adalah benteng utama dalam membentuk generasi yang lebih baik dan selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi satu perkongsian di TikTok miliknya, pelakon filem popular Papadom itu tampil berkongsi videonya yang menukar gaya rambut dari panjang ke pendek.
“New hair, new vibe,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet berkenaan penampilan rambut baharunya itu.
Rata-rata pengguna memuji rambut baharunya yang dilihat lebih kemas dan terurus selain nampak segar dan sudah tentunya kelihatan awet muda.
“Wah, look fresh and younger with short hair,” komen seorang pengguna.
“Tak makan di usia eh orang cakap?” komen pengguna lain.
“Awak cantik rambut pendek macam ini babe,” tulis pengguna lain.
“Baru sesuai. Nampak terurus sikit,” komen lagi peminatnya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga komen yang merindui untuk melihat pelakon filem seram Nyiang Rapik itu untuk kembali mewarnai layar skrin penonton.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga sebagai hari raya korban. Sudah ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung bagi meraikan sambutan yang menjadi kebesaran umat Islam untuk meraikannya.
Berbanding hari raya aidilfitri yang bermaksud kemenangan selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadan, hari raya korban pun diraikan dengan melakukan ibadah korban yang merupakan sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Tujuan ibadah korban ini dilakukan oleh sebahagian mereka yang mengambil bahagian ke atas binatang ternakan, adalah salah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagaikan sudah menjadi satu budaya bagi masyarakat di sini, sebahagian dari mereka yang mengambil bahagian ibadah korban akan mengusap binatang korban yang mana disebut juga akan menjadi binatang tunggangan kita di akhirat kelak?
Adakah benar binatang korban akan menjadi tunggangan kita sebagaimana kita tahu atau hadis ini hadis lemah atau palsu?
REMAJA menemuramah Ketua Imam Masjid Al-Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam, Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff mengenai benarkah binatang korban yang kita korbankan akan menjadi tunggangan di Titian Siratulmustakim kelak?
Ibadah korban ada sunat dituntut (sunat muakkad) kata Ketua Imam Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff
Menurut Ustaz Wan Rahim berdasarkan penilaian pakar dan sarjana hadith antaranya Ibn Solah mengatakan bahawa ada salah seorang perawi hadith ini tidak dikenali. Hadith ini dinilai sebagai matruk dan tidak sahih. Hal yang sama dipersetujui berdasarkan pandangan Ibn Hajar dan ramai sarjana hadith yang lain.
“Kesimpulannya, boleh kita katakan binatang korban ini akan jadi tunggangan di akhirat kelak adalah hadith yang sangat lemah dan tidak boleh menjadi sandaran hukum dan keyakinan kepada hadith ini tidak berasas.
Binatang ternakan seperti lembu antara yang biasa dikorbankan. Bagi seekor lembu, ia terbahagi kepada tujuh bahagian. Gambar hiasanDaging-daging korban biasanya diagihkan ke penduduk setempat dan kurang berkemampuan. Gambar hiasan
Tambah Ustaz Wan lagi, melakukan ibadah korban adalah sunat yang amat dituntut. Ini sebahagian dari bentuk pengorbanan kita sebagai mana Nabi Ibrahim as diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail as.
‘Namun ibadah korban ini bukanlah sampai memerlukan kita berhutang untuk melakukannya atau tak boleh bayar duit kereta, rumah dan sebagainya. Kalau jadi begitu, ia sudah tidak dituntut di dalam Islam. Ibadah korban ini boleh dilakukan saban tahun bagi yang berkemampuan dari segi kewangan dan masa yang sama, ia juga boleh dinilai adakah kita juga “berkira” mengeluarkan belanja untuk melakukannya.
“Tidak dinafikan, sebahagian dari kita mungkin tidak berkira membeli telefon bimbit yang mahal-mahal tapi kita berkira-kira dalam melakukan ibadah korban. Jika Nabi Ibrahim diuji, ibadah korban ini juga ujian bagi mereka yang memehaminya,” katanya ketika ditemui.
Bagaimana korban di luar negara, boleh ke?
Jelas Ustaz Wan Rahim, dibolehkan lakukan korban di luar negara malah sejak puluhan tahun ramai di antara kita yang berkemampuan dari segi kewangan melakukannya bagi membantu umat Islam di negara-negara kurang berkemampuan.
“Ibadah korban yang kita lakukan ini adalah sebahagian syiar Islam. Ia bermula dari tolong menolong ketika binatang korban disembelih, kemudian kita akan mula melapah, membungkus kemudian mengagih daging, memasak dan sebagainya yang mana syiar Islam itu dapat dilihat dalam masyarakat,” katanya mengakhiri perbualan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan satu atau dua kali, tetapi 5 kali penyanyi Lady Gaga menukar pelitup muka di anugerah Video Music Awards (VMAs) 2020, hari ini.
Apa yang akan seorang diva lakukan di anugerah berskala besar seperti VMAs sekiranya dunia masih bergelut dengan pandemik wabak Covid-19? Sekiranya korang ialah Ladu Gaga, korang pasti akan melakukan 5 kali penukaran baju berserta rekaan pelitup muka berbeza!
Sejak awal menjejak kaki ke karpet merah, penyanyi Rain On Me itu sudahpun menangkap perhatian jurugambar dengan dress serba perak seperti tin foil, berserta pelitup muka seperti kostum astronaut dan but berplatform tinggi yang sudah lama tidak dipakai oleh Gaga.
Gaga dijemput ke pentas dalam persalinan keduanya bagi menerima anugerah Lagu Tahunan bagi Rain On Me. Kali ini, ia merupakan dress pendek moden daripada Dries Van Noten yang cukup kena dengan konsep album terbarunyya, Chromatica. Namun apa yang lebih menarik adalah palitup muka hot pink yang menutup bahagian hidup dan mulut Gaga sepenuhnya (seperti yang disarankan!) dan lengkap dengan bahagian goggles pada matanya.
Gaga kembali menaiki pentas untuk menerima anugerah Kolaborasi Terbaik untuk Rain On Me bersama Ariana Grande dengan menyarungkan gaun besar rekaan Christopher John. Warna pastel hijau pada gaun dipadankan dengan pelitup muka yang mempunyai tanduk di bahagian pipi.
Sekali imbas, seperti kostum penggusti WWE pun ada! Hehe.. but a very fashionable one, that is.
Tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh Little Monsters di seluruh dunia apabila Gaga menyampaikan lagu Rain On Me bersama Ariana. Kali ini, mereka masing-masing saling bergandingan bukan saja dari segi suara tetapi juga dari segi fesyen.
Ariana memakai pelitup muka hitam yan agak ringkas, tidak seperti Gaga yang mempunyai skrin video pada pelitup mukanya!
Akhir sekali sebelum VMAs menutup tirai, Gaga sekali lagi diberikan penghargaan untuk menerima anugerah Artis Tahunan. Kali ini, dia tampil lebih elegan dengan glittery jumpsuit dan kot over-the-top, oversized dan over-everything dengan perincian bulu.
Come on, kita bercakap tentang Lady Gaga.
Jika dia tidak menukar pakaian selama 5 kali, tentulah tidak sah.
Pelitup muka yang makan paling korang gemari?
Jom tonton persembahan Rain On Me oleh Lady Gaga & Ariana Grande.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa, yang sekali lagi tampil membantu mengumpul dana bagi menampung...