Berbagai saranan dilontarkan rakyat Malaysia sejak kes COVID-19 menunjukkan peningkatan mendadak. Ada yang menjadi doktor (sekelip mata ada gelaran, hikz) termasuk menyarankan air ketum sebagai minuman terbaik dapat mencegah virus ini.
Bacalah saranan dari pakar perubatan Dr Imelda Balchin mengenai cara terbaik cegah virus ini dari menjangkiti kita semua. Paling penting, stay at home agar kita dapat memutuskan rangkaian wabak ini dan terhindar dari mereka yang telah dijangkiti.
Kenapa minum air banyak kali setiap 15 minit TIDAK mencegah kemasukan virus dalam badan dan tidak membunuh atau merawat virus COVID19?
Mari kita belajar bagaimanakah virus ini masuk ke dalam badan.
Virus ini masuk ke dalam badan melalui hidung, mulut dan mata. Bukan melalui tangan. Tangan anda hanyalah pembawa virus ini ke hidung, mulut dan mata anda melalui sentuhan.
Di dalam hidung, mulut dan mata ialah sel-sel mucous membranes di mana virus ini boleh melekap melalui protin yang ada di permukaan virus. Ia menggunakan receptor yang ada di permukaan sel mucous membranes kita untuk memasuk ke dalam sel mucous membranes manusia.
Ads
Bila dah masuk ke dalam satu sel, virus ini tak perlu berjalan pun ke dalam saluran pernafasan manusia atau atau ke dalam perut. Virus ini akan terus mengarahkan satu sel badan manusia yang dimasukinya untuk membuat banyak-banyak virus. Kemudian virus lain masuk lagi dalam sel manusia yang lain dan mengarahkan sel manusia membuat lebih virus. Inilah cara pembiakan virus.
Inilah cara virus merebak di dalam badan manusia. Ia masuk dalam sel manusia yang tertentu dan mengarahkan sel membuat virus ini. Virus ini juga ada di dalam sistem penghadaman manusia dan salah satu gejala yang dilaporkan dari Wuhan ialah juga diarrhoea atau cirit-birit. TIADA BUKTI jika telan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuh virus ini, sebab pada hakikatnya ia berada di DALAM sel kerongkong kita dan hidup di DALAM sel.
Bila pengidap virus batuk: sembuhan virus ke udara boleh terkena kepada orang lain yang berjarak dekat dengan pengidap virus. Di sini lah Bagaimana SOCIAL DISTANCING atau JARAK SOSIAL sekurang-kurangnya 1 meter boleh melindungi anda dan mencegah jangkitan.
Jika pengidap virus hembus hingus, atau batuk ke atas tangan, virus yang berada di atas tangannya boleh dibasuh buang dengan air dan sabun. Inilah cara berkesan untuk menghentikan penularan jangkitan virus melalui sentuhan. JAGA KEBERSIHAN TANGAN SELALU.
Ads
Basuh tangan sebelum pegang benda lain.
Jika pengidap virus tak basuh tangan dan pegang-pegang benda di sekelilingnya, virus itu boleh hidup di atas permukaan barang selama lebih kurang 72 jam (menurut kajian virus). Sebab inilah anda mesti basuh tangan selalu walaupun anda tiada contact dengan pengidap virus untuk membuang virus yang anda sentuh di atas tangan sebelum anda sentuh hidung, mulut atau mata anda.
Jika pengidap virus ini batuk ke atas tangannya atau sentuh mulut/hidung/matanya dan kemudian salam tangan anda, anda boleh terima virus ini di tangan anda. Cara terbaik mencegah penularan virus ini ialah JANGAN BERSALAMAN.
Ads
Sebab inilah Kementerian Kesihatan Malaysia memberi anda semua nasihat
1) Jaga kebersihan tangan
2) Basuh tangan selalu dengan air dan sabun. Hanya jika TIADA air dan sabun, boleh guna sanitiser dengan kandungan 60-70% alkohol ke atas.
3) Jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
4) Tak payah bersalam-salaman.
5) Tutup mulut bila bersin, batuk dan kemudian basuh tangan. Sebaik-baiknya gunakan mask jika anda ada gejala ini.
6) Nasihat terbaru ialah DUDUK DI DALAM RUMAH dan elakkan apa-apa perhimpunan.
Laman KKM tak beri nasihat minum air suam setiap 15 minit. Laman KKM tak beri nasihat berjemur di bawah kepanasan matahari. Laman KKM tak beri nasihat makan pisang, bawang putih, ikan singgang, sarang burung, minum air panas, letak bawang merah di sekeliling anda atau telan megados vitamin C.
Sila ikut nasihat KKM melalui :
1) LAMAN WEBSITE KKM www.moh.gov.my,
2) laman media sosial Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
3) laman twitter @KKMPutrajaya
4) Ketua Pengarah Kesihatan
Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebelakangan ini memang sering kali kita melihat isu berkaitan dengan kpopers (peminat Korea) dan non-kpopers ini. Malah, kadang-kadang boleh melarat sampai bergaduh jadinya.
Semuanya sebab peminat kpop ini mempertahankan penyanyi kesayangan mereka manakala non-kpopers ini melihatkan bahawa sikap kpopers ini seperti tidak munasabah sebab terlalu minat.
Tidak cukup sebab Kpop, peminat-peminat Kdrama juga turut sama menerima kecaman hanya kerana terlalu taksub melayan drama negara tersebut. Ada-ada je point korang nak bergaduh kan?
Selain itu, ramai juga rakyat Malaysia yang sering menjadikan Seoul, Korea sebagai destinasi pelancongan memandangkan ia murah dan sambil itu dapat cuci mata tengok ‘oppa-oppa’ di sana.
Namun begitu, tidak semuanya indah ya gais. Baru-baru ini, wanita ini yang hanya dikenali sebagai Nur Ellmira berkongsi di laman Twitter miliknya bagaimana dia dilayan teruk oleh warga Korea Selatan hanya kerana dirinya berhijab.
Lebih menakutkan apabila dia hanya seorang diri ketika itu, mujurlah dia cepat-cepat bertindak dan menelefon rakannya daripada terus diganggu.
“I was wearing hijab and me and my family were having a holiday so we went to Everland (Taman Tema). That time was during winter so the weather was really cold. I’m planning to ride this roller coaster w my bro but he didn’t want to coz he said it was so damn cold.
“I don’t want it to be a waste coz it was my first time going to Everland and I queued alone. While when queuing, I heard this one Korean group kept looking at me from up to down. I was like really uncomfortable so I was like keep saying eww eww. Then I got an idea.
Selain dia, terdapat juga kes dimana dua warga asing ini diserang di dalam sebuah tandas awam hanya kerana bertanyakan tisu kepada warga Korea Selatan ini. Lebih menyedihkan apabila setibanya di balai polis, warga asing itu dipandang seolah-olah mereka yang bersalah.
Namun begitu, tidak semua orang di sana itu tidak baik. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka dibantu oleh masyarakat sewaktu berada di sana.
Wow! Kadang-kadang nasib orang itu berbeza, yang nasib baik memang seronok pengalaman dia sewaktu di negara orang tapi kalau nasib tak baik tu memang macam-macam dugaan terjadi.
Hopefully, semua ini dapat dijadikan iktibar. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai orang bujang yang ada cita-cita untuk memasak namun ramai juga yang takut kalau rasanya tidak sesedap orang lain masak. Ada ketika kurang garam, terlebih masin dan tentunya kalau masak menggunakan santan, lagilah debarnya.
Tapi bagi yang nak tahu apa rahsia masakan jadi enak dan sedap, korang boleh ikut tip dan 10 rahsia masakan ini yang dikongsikan oleh pembaca.
10 RAHSIA DAN TIPS DALAM MASAKAN.
1. Timun – Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.
2. Garam – Jangan bubuh garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk.
Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal di dalam masakan.
3. Santan – Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan.
Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak.
Gunakan api dengan perlahan atau sederhana.
4. Gula merah – Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.
5. Buah keras – Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan.. Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda. Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.
6. Asam gelugor – Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.
7. Bawang putih. – Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi.Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi.
8. Tebu. – Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup. Sup tulang akan lebih kaw dan bertambah sedap.
9. Limau kasturi. – Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian potong limau kasturi dan gaul bersama ikan beserta air asam jawa. Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.
10. Air kelapa. – Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan.
Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya Jemput rakan join telegram
@petuainfomasi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi pandemik COVID-19 di negara kita nampaknya masih lagi di tahap yang membimbangkan ekoran kes positif harian masih mencatatkan jumlah empat angka. Justeru itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilancarkan bagi mengekang virus daripada terus menular.
Banyak pihak yang terjejas akibat PKP ini kerana tidak dapat menjalankan operasi atau bekerja sepanjang tempoh tersebut. Seperti yang kami sering laporkan sebelum ini, pusat-pusat penjagaan haiwan seperti zoo mengalami masalah kewangan yang sangat teruk dan tidak mempunyai dana lagi untuk menampung perbelanjaan menguruskan haiwan.
Terbaru, Taman Buaya & Rekreasi Melaka telah melakukan satu inisiatif bagi mendapatkan dana dengan menganjurkan lawatan secara virtual di alam maya kepada pengunjung di rumah. Dengan bayaran RM7.00 seorang, korang boleh membuat lawatan secara online menerusi Google Meet ataupun Zoom.
Program ini mempunyai dua sesi, iaitu pada pukul 11 pagi dan 2.15 petang. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah penerangan tentang haiwan dan memberi makan kepada buaya.
Inisiatif ini mendapat respon positif daripada warganet dan menyifatkan ia sebagai salah satu cara bagi membantu menyumbangkan dana untuk haiwan-haiwan di sana.
Setidak-tidaknya dengan usaha yang dijalankan oleh pihak Taman Buaya & Rekreasi Melaka ini memberi peluang kepada mereka mendapatkan dana untuk terus menjaga kebajikan haiwan.