Beberapa keping foto dan video yang dimuat naik pelakon Gantung, Ikmal Amry bersama isterinya, Najla Shamsul semasa sedang bercuti di Pulau Langkawi pada minggu ini telah menarik perhatian ramai pihak.
Seperti dijangka, komen balas warganet pantas hadir setelah Ikmal memuat naik video dan foto mereka berdua semasa sedang menghabiskan masa di pulau peranginan itu sehingga mencetuskan perbualan di media sosial.
Ramai beranggapan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga itu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan merentas negeri. Apatah lagi apabila soal rentas negeri demi ‘bekerja’ kini hangat dibualkan oleh warganet disebabkan beberapa kes berprofil tinggi.
Lantas, Ikmal menerusi hantaran di Instagram Story tampil menjelaskan situasi sebenar.
Ads
“Pertama sekali, saya minta maaf jika muat naik saya telah mengguris hati warganet di luar sana.
Ads
“Tapi di sini, saya ingin tekankan bahawa saya (dan isteri telah) bercuti tanpa melanggar SOP. Saya telah berpindah dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan untuk bersama isteri dan Negeri Sembilan kini di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kami ke Kedah yang juga negeri PKPP.
“Kami ke sana pun mengikut agensi pelancongan yang ditetapkan dan tidak menaiki kenderaan sendiri. Jadi, kami masih menjaga SOP.
“Cuma kesalahan saya adalah memuat naik hantaran (ke Instagram) pada masa yang tidak sesuai; dengan keaadan tidak boleh merentas negeri.
Ads
“Iyalah, manusia. Apabila sedang gembira, saya juga ingin menyimpan kenangan bersama isteri di Instagram. Untuk itu, saya minta maaf sangat-sangat. Selepas ini, saya akan berfikir dahulu tentang respon orang sekeliling sebelum ingin memuat naik sesuatu,” kata finalis Hero Remaja 2017 itu.
Terdahulu, Ikmal dan Najla telah disatukan empat bulan lalu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Majlis resepsi telah diadakan pada malam tersebut di sebuah hotel terkemuka di Melaka.
REMAJA tidak terkejut apabila mendapat tahun Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan penggemar dan pengumpul karya seni lukisan. Ini memandangkan sesebuah karya yang boleh mencecah puluhan hingga ratusan ribu Ringgit adalah salah satu bentuk pelaburan di mana harganya boleh melipat ganda dalam tempoh masa tertentu.
Pembelian karya seni lukisan terbaru oleh Sultan Sharafuddin bagaimanapun telah menarik tumpuan rakyat setelah mereka memerhatikan konsep lukisan tersebut dan siapakah artis disebaliknya.
Menerusi akaun rasmi media sosial Selangor Royal Official di platform Facebook dan Instagram, baginda nampaknya telah tertarik dengan sebuah karya yang mengambil inspirasi daripada ruang Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia. Manakala ahli Parlimen yang sedang bersidang pula digambarkan sebagai monyet dan katak.
Apa yang membuat hantaran di media sosial itu menjadi bualan ramai adalah kerana konteks karya tersebut dan baginda yang sedang berdiri bersebelahan dengannya.
Catat pemegang akaun tersebut, “Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj.
“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli dan menggangtungnya di ‘private study room’ Baginda.”
Tambah kapsyen itu lagi, ia bukanlah untuk dimiliki buat selamanya dan Baginda Sultan berhasrat untuk melelong lukisan ini satu hari nanti. Hasil lelongannya kelak akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.
Sekilas pandang, lukisan tersebut mirip ilustrasi yang pernah dihasilkan oleh artis jalanan Inggeris terkenal, Bansky. Lukisan beliau pernah terjual pada harga kira-kira RM50 juta ataupun 9.9 juta pound pada tahun 2019.
Karya lukisan Bansky berjudul ‘Devolved Parliament’ ini juga dikenali dengan nama ‘Questioned Time’.
Waktu hantaran ini dimuat naik juga menarik perhatian rakyat memandangkan Parlimen pada minggu ini sedang membentangkan Rang Undang-Undang yang menghalang Ahli Parlimen daripada tindakan melompat parti. Mereka yang bergelar ‘katak’ ini mungkin sekali akan berhadapan tindakan kehilangan kerusi di peringkat Parlimen jika berbuat sedemikian selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa hari lalu tular di media sosial seorang anak kecil, Hafiz Alim merayau-rayau dan meminta pinjam RM5 untuk membeli makanan. Kisahnya mendapat sorotan dari masyarakat yang berasa simpati dengan nasibnya.
Tapi sebagaimana janji Allah taala, setiap anak-anak itu ada rezekinya. Sudah tertulis rezeki anak kecil itu apabila kisahnya mendapat perhatian dari Ustaz Ebit Lew yang turun membantu dengan menziarahi ke rumah kanak-kanak tersebut. Lebih manis, bukan saja dirinya memasuki madrasah tahfiz tapi tiga dari adik beradiknya juga turut sama.
Dalam page fb Ebit Lew, beliau berkongsi membantu adik ini dan keluarganya.
Sayu rasa hati. Baca pasal seorang adik darjah 3 ini nak pinjam rm5. Ada 11 adik beradik. Katanya selalu pusing-pusing jalan di Pandamaran.
Sampai dirumahnya petang. Terus jumpa mak ayah dan adik beradik yang lain. Baik jer adik-adik ni. Comel jer. Saya tengok rumahnya dan ziarah mak ayahnya. Berbual dengan mereka. Baik-baik semuanya. Katanya syukur dah dibantu zakat selangor RM900 sebulan. Cuma kadang anak-anak ni suka merayau ustaz.
Saya terus kata siapa nak masuk madrasah. Sekolah agama. Asrama. Nanti ustaz bayarkan yuran semua. Adik keluar dari sini. Esok balik jadi imam besar. Cerita-cerita dan motivasi.
Semua nak pergi. Saya bawa 4 orang terus daftar madrasah. Terus shoping dan beli semua pakaian lengkap. Makan KFC.
Baik sangat anak ni. Sayu jer bila semua dah pakai jubah-jubah. Baik jer semuanya. Excited nak masuk asrama. Dah lewat kami terus ke Melaka. Ustaz dan ustaz disana semua dah tunggu walau lewat malam. Terharu rasa.
Di Melaka kami ke Madrasah Tahfiz Al Quran Ibnu Talib untuk 3 lelaki tu. Manakala adik perempuan tu saya hantar di Sekolah Pondok Tahfiz Tuan Guru Hj Husin. Baiknya akhlak anak dekat 2 madrasah ni. Suasana kemas cantik tempatnya.
4 adik ni sebelum bergerak balik berlari salam menangis cakap terima kaseh. Bahagia best sangat nak masuk sini. Puas rasa. Bakal pemimpin masa depan.
Terima kaseh semua yang tag. Terima kaseh Dzul Ikhwan yang bertemu adik ni. Rezeki takdir. Siapa sangkakan. Tadi viral tepi jalan sekarang bakal jadi daie Hafiz Alim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mempersoalkan tarikh pilihan raya kali ini jatuh pada hari bekerja, Rabu. Tapi, tenang guys, dah confirm kan 9 Mei ni kita dapat cuti umum. So, tak ada masalah lagi untuk korang nak turun mengundi.
Sebagai generasi muda, mesti ada di antara kita yang tertanya-tanya sama ada pernah ke pengundian pilihan raya dibuat pada hari bekerja atau ini merupakan yang pertama kalinya.
Nah, kalau nak tahu berikut merupakan tarikh-tarikh pilihan raya di Malaysia sejak tahun 1959 yang diperoleh daripada Sinar Harian.
Gambar hiasan
PRU1
19 Ogos 1959 (Rabu)
PRU2
25 April 1964 (Sabtu)
PRU3
10 Mei 1969 (Sabtu)
PRU4
24 Ogos 1974 (Sabtu)
PRU5
8 Julai 1978 (Sabtu)
Gambar hiasan
PRU6
22 April 1982 (Sabtu)
PRU7
3 Ogos 1986 (Ahad)
PRU8
21 Oktober 1990 (Ahad)
PRU9
25 April 1995 (Selasa)
Gambar hiasan
PRU10
29 November 1999 (Isnin)
PRU11
21 Mac 2004 (Ahad)
PRU12
8 Mac 2008 (Sabtu)
PRU13
5 Mei 2013 (Ahad)
PRU14
9 Mei 2018 (Rabu)
Ha, nampaknya memang bukan pertama kali la hari mengundi jatuh pada hari bekerja kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...