Baru-baru ini, bintang K-Pop terkenal, Suga BTS atau nama sebenarnya Min Yoongi meraih perhatian apabila beliau terlibat sebagai penulis bersama dalam penerbitan sebuah manual terapi berasaskan muzik yang dikenali sebagai “MIND Program”. Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam menggabungkan elemen seni dan kesihatan mental, khususnya dalam membantu individu dengan gangguan spektrum autisme.
Menurut Severance Hospital di Seoul, program MIND yang membawa maksud Music, Interaction, Network and Diversity dibangunkan sebagai pendekatan alternatif untuk menyokong kanak-kanak dan remaja yang berdepan cabaran autisme melalui aktiviti muzik yang lebih tersusun dan interaktif.
Berbeza dengan pendekatan konvensional yang banyak bergantung kepada kefahaman bahasa serta keupayaan kognitif, program ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran sosial melalui pengalaman praktikal. Peserta didedahkan kepada aktiviti seperti memilih instrumen muzik serta terlibat dalam persembahan secara berkumpulan.
Dalam pada itu, pendekatan ini difahamkan bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri, malah membuka ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara lebih natural tanpa tekanan komunikasi secara verbal yang kompleks.
Selain itu, program ini disusun dalam 12 sesi yang dirangka secara progresif, bermula daripada interaksi asas sebelum berkembang kepada aspek kesedaran emosi, komunikasi dan seterusnya penghasilan muzik secara kolaboratif antara peserta.
Ads
Penglibatan penyanyi rap yang kini berusia 33 tahun dalam projek ini juga diketahui oleh ramai pihak bermula sejak tahun 2024 selepas Suga bekerjasama dengan pakar psikiatri, Cheon Keun-ah. Selain menyumbang idea pada peringkat awal pembangunan, beliau juga turut terlibat secara langsung sebagai tenaga pengajar sukarelawan dalam fasa percubaan program tersebut.
Malah, sumbangan besar beliau sebanyak 5 bilion Korea Won (sekitar RM17 juta) turut memainkan peranan penting dalam penubuhan Pusat Rawatan Min Yoongi di Severance Hospital pada September lalu, yang kini menjadi lokasi utama pelaksanaan program berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Cheon Keun-ah menyifatkan sumbangan Suga BTS sebagai antara faktor utama yang merealisasikan MIND Program dan berharap manual ini dapat dimanfaatkan oleh pengamal klinikal serta pakar di seluruh dunia dalam usaha memperluaskan pendekatan terapi berasaskan muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami pun terkejut dan bersedih apabila pasukan bola sepak Jerman tersingkir awal dari kempen Piala Dunia FIFA 2018, tapi mungkin ada baiknya juga mereka tersingkir awal!
Eh, eh jangan kecam, dengar dulu.. Selepas harapan Jerman untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir terkubur apabila mereka sekadar berada di tangga tercorot kumpulan F, barangan rasmi pasukan bola sepak Jerman mula dijual pada harga diskaun oleh adidas, hari ini.
Melalui laman web adidas.com, korang boleh gunakan kod diskaun GMNY30 untuk mendapatkan potongan diskaun 30% bagi pembelian barangan rasmi Jerman. Ini termasuklah scarve, bola sepak, shorts, training kit dan jersi rasmi Jerman.
Disebabkan ia valid untuk tempoh 48 jam, korang masih sempat rebut barangan ini!
Contoh pembelian diskaun 30% di adidas.com
adidas juga akan memberikan diskaun 30% kepada barangan rasmi pasukan lain setelah pasukan mereka tersingkir daripada peringkat kalah mati.
Ini termasuklah barangan pasukan Argentina, Belgium, Mexico, Japan, Rusia, Sweden dan Sepanyol. Sama seperti Jerman, diskaun hanya valid untuk tempoh 48 jam saja.
Happy Shopping!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam telah selamat mengikat tali pernikahan bersama suri hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi. Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom, 33, bernikah buat kali kedua selepas lebih setahun bergelar duda.
Dalam hantaran di laman Instagramnya pada malam khamis sebentar tadi, Sam menjelaskan secara ringkas, “Salam Jumaat semua. Disini sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Doakan yang baik2 untuk kami. Alhamdulillah.”
Sepadan dalam persalinan serba putih.
Sebelum ini Sam pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang penerbit rancangan TV, Aida Azira Husin pada tahun 2015 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Januari 2019.
Sedikit trivia mengenai vokalis kumpulan Bunkface ini, dia merupakan abang kepada pelakon popular, Siti Saleha. Hasil perkahwinan sebelum ini dia dikurniakan seorang anak lelaki dan diberi nama Maleeq yang kini berusia 4 tahun. Sam dilahirkan di England dan membesar di Klang, Selangor.
***P/S – Semoga perkahwinan kedua Sam kekal ke jannah dan sentiasa diberkati Allah SWT. Tahniah Sam!
Pasangan pelakon terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, akhirnya membawa haluan masing-masing selepas sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Isnin, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Difahamkan, lafaz cerai itu dibuat oleh Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli (40), di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd. Ali dalam prosiding tertutup yang berlangsung pada jam 12.56 tengah hari tadi.
Dalam pada itu, perceraian tersebut diputuskan selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebelum prosiding berlangsung, Kamal dilaporkan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan apabila menyifatkan proses hakam sebagai fasa terakhir dalam usaha menyelamatkan perkahwinannya bersama Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen.
Difahamkan, pasangan itu telah melalui beberapa peringkat perbincangan dan usaha perdamaian, namun gagal mencapai kata sepakat walaupun pada awalnya masih ada keinginan untuk mempertahankan rumah tangga.
Terdahulu, pada 18 Disember 2025, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menasihatkan Kamal supaya melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal menemukan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, memaklumkan lafaz cerai tidak dilakukan ketika itu kerana Kamal masih menaruh harapan agar perkahwinan mereka dapat diselamatkan.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lapan bulan. Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman serta pergolakan rumah tangga yang berpanjangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan mengumumkan diskaun tol Aidilfitri 2026 sebanyak 50% untuk kenderaan persendirian, bertujuan meringankan kos perjalanan pulang kampung dan memastikan perjalanan lebih lancar.