Michelle Yeoh Terus Ikonik Di Hollywood, Kali Ini Menerusi Siri Netflix

Share

Satu-persatu projek lakonan Tan Sri Michelle Yeoh, 58 muncul sepanjang 2-3 tahun kebelakangan ini. Ia membuktikan bahawa karakter menarik untuk pelakon wanita senior di Hollywood masih wujud.

Michelle terus menyinar menerusi siri Star Trek Discovery, filem Crazy Rich Asians hinggalah ke filem Marvel Studio, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang akan ditayangkan pada 3 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Masih BERBISA, Tan Sri Michelle Yeoh ‘Tunjuk Taring’ Dalam Trailer Shang Chi Terbaru – REMAJA

Dengan daya profesionalisma dan kredibiliti Michelle sebagai seorang pelakon berpengalaman serta berbakat, seakan tiada cabaran yang tidak boleh disahut olehnya dalam dunia lakonan.

Tan Sri Michelle Yeoh. Foto: Netflix Malaysia.

Terbaru, Michelle telah disahkan bakal muncul dalam sebuah siri original Netflix! Siri berjudul The Witcher : Blood Origin ini akan disiarkan sebagai siri 6 bahagian dan ia merupakan siri prekuel kepada The Witcher.

Oleh kerana ini merupakan plot prekuel, The Witcher : Blood Origin mengambil tempat di dalam dunia elves 1200 tahun sebelum siri originalnya. Ia menceritakan mengenai penciptaan prototaip pertama Witcher dan kisah-kisah yang akan membawa penonton ke momen di mana monsters, manusia dan elves bergabung menjadi satu.

Biarpun The Witcher : Blood Origin

hadir dalam 6 bahagian saja (mengapa tidak 10 episod hhm), dengan kehadiran Michelle, kami pasti siri ini adalah menarik untuk ditonton dari awal hingga ke episod terakhir.

Beliau akan memainkan watak Scian iaitu insan terakhir daripada puak sword-elves. Kemahiran wataknya menguasai seni lawan pedang tidak mempunyai tandingan.

Apabila Scian berpeluang untuk merampas sebilah pedang curi yang diambil daripada puaknya yang telah tewas, Scian memulakan pencarian yang bakal menukar senario Continent.

Tak sabar rasanya untuk melihat Michelle menyertai rakan pelakon lain seperti Laurence O’Fuarain yang memainkan watak Fjall.

Fjall digambarkan sebagai pejuang yang bersumpah untuk melindungi Raja mereka. Namun, jauh di dalam lubuk hatinya, Fjall masih bersedih dengan kematian insan yang maut kerana ingin menyelamatkannya.

Luka emosi itu masih tidak dapat dilupakan Fjall dan kini, dia bersedia bertarung untuk membalas dendam.

Walaupun korang belum pernah menonton siri The Witcher sebelum ini, dengan hanya mendengar sinopsis terbaru ini, penulis pasti ramai yang sudah tertarik untuk menontonnya.

Tapi sebelum itu, kita tamatkan dulu siri The Witcher okay. Barulah faham jalan ceritanya nanti, hehe..

BACA LAGI: Pembaca Novel Seram R.L. Stine Akan OBSES Dengan Filem Trilogi Netflix : Fear Street – REMAJA

IKLAN