Michelle Yeoh Tersenarai Dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022

Share

Nama pelakon Tan Sri Michelle Yeoh sudah tidak asing dalam industri hiburan dunia kerana figura hebat ini sudah pun membintangi beberapa filem di luar negara. Baru-baru ini, beliau telah tersenarai sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022.

Selebriti berusia 59 tahun ini mempunyai banyak projek lakonan untuk tayangan filem dan rancangan televisyen dalam beberapa tahun lalu, maka tidak hairanlah jika majalah Time mengiktiraf beliau sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh 2022.

Instagram: @michelleyeoh_official

BACA: Masih BERBISA, Tan Sri Michelle Yeoh ‘Tunjuk Taring’ Dalam Trailer Shang Chi Terbaru

“Ringkasnya, itulah yang Michelle Yeoh lakukan selama beberapa dekad. Anak kelahiran Malaysia menjadi ratu pawagam yang didominasi pelakon lelaki Hong Kong, namun Michelle Yeoh mampu melakukannya. Lari daripada stereotaip dalam filem Bond dan menembusi peringkat global dengan epik kung fu yang memenangi Oscar? Michelle Yeoh juga telah melakukannya,” tulis majalah itu.

Michelle Yeoh terpilih dalam kategori Titans yang turut menyenaraikan individu-individu hebat seperti Tim Cook dari Apple, Oprah Winfrey, Hwang Dong Hyuk dan Kris Jenner. Terdapat lima lagi kategori iaitu Artis, Inovator, Pemimpin, Ikon dan Perintis dalam senarai Time yang telah dikeluarkan pada Isnin lalu.

Sumber: TIME

BACA: Michelle Yeoh Terus Ikonik Di Hollywood, Kali Ini Menerusi Siri Netflix

Bintang terkenal itu turut memuat naik hantaran pengiktirafan yang diterimanya ini di laman instagram dan rata-ratanya berbangga atas kejayaan yang telah dikecapi oleh anak kelahiran Ipoh ini.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh kerana telah tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh, secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke mata dunia.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN