Tan Sri Michelle Yeoh sudah tidak asing dalam industri hiburan dunia.
Berpuluh tahun menempa anak kelahiran Ipoh, Perak menempa nama dalam industri lakonan berskala mega di Asia dan Hollywood, setiap projek yang melibatkan beliau secara tidak langsung pasti mengharumkan nama Malaysia yang dibawa bersamanya.
Terbaru, beliau telah menghiburkan peminat setianya menerusi Everthing Everywhere All at Once.
Filem komedi turut menampilkan barisan pelakon seperti Stephanie Hsu, Ke Huy Quan, Jenny Slate, Harry Shum, James Hong serta Jamie Lee Curtis ini telah menerima maklum balas positif penonton serta pengkritik setelah mendapat skor sebanyak 95% daripada Rotten Tomatoes.
Michelle yang baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke-60 pada 6 Ogos lalu khabarnya bakal menerima ijazah kehormat daripada Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangan besarnya kepada industri perfileman Hollywood.
Memetik laporan media, Michelle disifatkan sebagai seorang anak seni yang telah memberikan kesan yang sangat luar biasa dalam lakonannya kepada seluruh dunia hingga melayakkan beliau untuk menerima pengiktirafan tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AFI, Bob Gazzale berkata, “Michelle Yeoh menjadi inspirasi seluruh dunia menerusi bakar luar biasanya. Dedikasi yang ditunjukkan terhadap bidang seni amat membanggakan AFI.”
Ads
Majlis penganugerahan ini dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos ini di TCL Chinese Theatre di Hollywood.
Michelle Yeoh dalam filem James Bond : Tomorow Never Die
Difahamkan, sepanjang hayat kerjaya Michelle dalam dunia lakonan, beliau telah terlibat dalam lebih daripada 70 produksi filem termasuklah Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asian, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings dan banyak lagi.
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh di atas pengiktirafan ini. Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang sifat pekerti beliau. Dalam kesibukan sebagai seorang figura awam antarabangsa serta pelakon terkenal, Michelle turut tidak terkecuali dalam aktiviti kemanusiaan termasuklah bagi masyarakat di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah tahu memandu, mestilah kena tahu cara penjagaan kereta kan? Bukan hanya lelaki, kaum perempuan pun sekarang dah kena ambil tahu sedikit sebanyak tentang kereta. Betul tak?
Kalau tak tahu banyak pun, at least ada basic jadi la kan.
So, ada satu tip yang kami nak share kan dengan korang tentang perkongsian yang telah dibuat oleh Pomen2u mengenai pengisian minyak kereta.
Menurut page yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan menyelenggara kereta ini, korang boleh guna minyak RON 97 full tank at least sebulan sekali untuk mengurangkan karbon dalam kereta.
Minyak yang biasanya kita guna sekarang adalah RON 95 dan seperti yang kita semua tahu, ia adalah daripada gred yang lebih rendah. Jadi, minyak ini akan meninggalkan karbon lebih banyak sewaktu pembakaran. Jika dibiarkan, kereta akan rasa macam kurang power dan berat sikit, terutamanya pada kereta baru.
Disebabkan itu mereka menyarankan agar korang guna RON 97 sebagai agen untuk bersihkan sedikit enjin kereta kita. Bukan sepenuhnya, tapi amalan ini paling mudah untuk diamalkan.
Cuba korang try dulu tengok macam mana ok?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pelarian bukanlah isu remeh untuk kita ketepikan. Malah ia merupakan salah satu isu global yangh sentiasa mendapat perhatian. Apa yang berlaku kepada mereka tidaklah dapat dibayangkan atau diungkapkan dengan kata-kata sehingga sanggup meninggalkan kampung halaman tercinta demi menyelamatkan diri.
Apatah lagi jika ia menimpa golongan kanak-kanak dan remaja. Melihatkan keadaan ini, sebuah organisasi bukan kerajaan iaitu Fugeelah telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan kanak-kanak pelarian. Antara projek terbaru mereka untuk membantu pelajar Fugee School ialah dengan melakukan kolaborasi bersama jenama fesyen gergasi, UNIQLO.
Menerusi kolaborasi ini Fugeelah ingin mengumpul dana khas buat kanak-kanak pelarian ini. Dan kolaborasi istimewa ini menyaksikan kanak-kanak pelarian ini mereka cipta kemeja-t edisi khas bersama UNIQLO.
Pengasas Fugeelah, Deborah Henry, Ketua Pegawai Operasi UNIQLO Malaysia, Yuki Yamada dan juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh bersama-sama dengan kanak-kanak pelarian yang merupakan pereka istimewa kolaborasi ini.
Terdapat lima rekaan yang terdapat menerusi projek dikenali sebagai ‘UNIQLO x Fugeelah Social Project’ dan ia hanya boleh didapati menerusi UNIQLO onlinestore bermula pada 20 Julai 2018. Dan REMAJA difahamkan kesemua kutipan jualan kemeja-t ini akan disalurkan kepada kanak-kanak pelarian bagi memastikan pendidikan serta masa depan mereka terjamin.
Projek yang dilancarkan semalam ini merupakan salah sebuah usaha berterusan daripada UNIQLO Malaysia untuk membantu masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.
Pengasas Fugeelah yang juga merupakan bekas Miss Malaysia World 2007, Deborah Henry berkata, “Fugeelah berasa amat berbesar hati dan gembira kerana dengan kerjasama ini kami dapat membantu kanak-kanak pelarian yang merupakan sebahagian daripada golongan kurang bernasib baik”.
Kami yakin kolaborasi ini akan menjadi sebuah usahasama berpanjangan yang bukan sahaja bakal memberikan masa depan lebih cerah kepada kanak-kanak ini tetapi menggalakkan masyarakat untuk turut sama menyumbang”.
Fugee School yang ditubuhkan pada tahun 2009 merupakan sebuah platform untuk kanak-kanak kurang bernasib baik terutama daripada golongan pelarian untuk belajar serta mengasah bakat mereka dengan pelbagai skil. Aktiviti serta program yang dijalankan oleh Fugee School bertujuan memberikan mereka ilmu tentang kepimpinan, kesihatan dan kemahiran sosial.
Di majlis pelancarannya yang berlangsung semalam turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi UNIQLO Malaysia, Yuki Yamada dan juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh.
Jika kamu berminat untuk menyumbang dan mendapatkan t-shirt eksklusif ini bolehlah melayari laman web UNIQLO di www.uniqlo.com/my.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo yang juga merupakan individu paling ramai pengikut di media sosial. Kehebatannya dalam dunia sukan bola sepak sudah tidak lagi boleh disangkal, malah ketika berusia 37 tahun beliau masih mampu berada di kesebelasan utama pasukan.
Cristiano Ronaldo merupakan penerima gaji tertinggi di Manchester United, kelab terkininya selepas berpindah dari Juventus dengan nilai perpindahan 21 juta pound (RM121 juta).
Bergelar seorang ayah kepada empat orang anak, bintang bola sepak ini juga mempunyai kekasih yang cantik jelita bernama Georgina Rodriguez. Tidak dinafikan kekasihnya itu juga terkena ‘tempias’ populariti apabila dia kini mempunyai siri realiti sendiri di platform penstriman digital Netflix.
I Am Georgina mempunyai enam episod dan apa yang menariknya, siri realiti televisyen ini membongkar rahsia perkenalan mereka yang bermula dari tempat kerja Georgina.
Rupa-rupanya wanita berusia 28 tahun itu sebelum ini adalah seorang pekerja Gucci dan Ronaldo terpikat dengannya ketika berbelanja di butik mewah itu. Siapa sangka daripada gadis biasa yang tidak punya apa-apa, kini kehidupan Georgina berubah sepenuhnya.
“Dulu saya menjual barangan mewah, kini saya menggayakannya di karpet mewah”
Ada banyak lagi perkara menarik yang dibongkarkan dan korang juga pastinya teruja melihat kehidupan mewah pasangan popular ini. Bagi peminat setia Cristiano Ronaldo, korang boleh tonton siri realiti I Am Georgina yang kini sedang ditayangkan di Netflix.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.