Nama Mia Sara Nasuha bukanlah asing dalam industri hiburan tempatan. Sejak kecil, wajah dan bakatnya menghiasi kaca televisyen, menjadikannya antara pelakon cilik paling dikenali di Malaysia suatu ketika dahulu.
Namun, di sebalik populariti yang membesar bersama usia, Mia kini berdepan satu realiti yang lebih berat terperangkap dalam persepsi orang ramai yang masih melihatnya sebagai ‘budak-budak’.
Pada usia 21 tahun, Mia mengakui dia sudah penat untuk terus dipandang sebagai pelakon cilik, sedangkan dirinya kini berada di fasa kehidupan yang jauh berbeza.
Bagi Mia, apa yang berlaku bukanlah soal kesedihan atau kekecewaan terhadap rezeki yang diterimanya sejak kecil. Dia memahami bahawa setiap individu mempunyai perjalanan hidup masing-masing.
“I faham this is my journey, and this is rezeki I,” katanya dengan penuh kesedaran.
Namun, apa yang lebih memenatkan secara emosi adalah apabila bakat dan kebolehan dirinya seolah-olah tidak pernah benar-benar dinilai sebagai seorang individu dewasa.
Mia percaya dia mampu melakukan lebih banyak perkara, tetapi peluang dan platform yang sepatutnya masih belum diberikan.
Terlalu Lama Terikat Dengan Imej Pelakon Cilik
Mia tidak pernah menyesal menjadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak ramai orang. Malah, dia sangat menghargai setiap kasih sayang dan sokongan yang diterima sepanjang kerjayanya.
Ads
“I enjoy being a kid, berlakon, I enjoy being people’s childhood,” jelasnya.
Kanak-kanak yang datang menyapanya, berkongsi rasa teruja dan gembira, semuanya menjadi kenangan manis buat Mia.
Namun, masa terus berlalu dan realitinya kini jauh berbeza. Pada usia 21 tahun, dia tidak lagi berada di fasa kehidupan seorang kanak-kanak.
Bila Dewasa, Tetapi Masih Tidak Diambil Serius
Cabaran sebenar bermula apabila seseorang masih dilihat sebagai kanak-kanak walaupun sudah dewasa.
Bagi Mia, setiap pandangan, emosi dan pendapat yang diluahkan sering dipandang ringan hanya kerana imej lama yang masih melekat.
Ads
“Bila orang pandang you as budak, orang tak take you seriously,” katanya secara jujur.
Keadaan ini bukan sahaja meletihkan dari sudut emosi, malah memberi kesan besar kepada keyakinan diri serta perkembangan kerjaya seseorang yang ingin melangkah ke tahap lebih matang.
Mia Sara Nasuha turut secara terbuka mengakui dirinya telah lama bergelut dengan isu mental health. Perjalanan ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah telah berlangsung sejak bertahun-tahun lalu.
“I’ve been fighting this for 15 tahun,” katanya.
Antara luahan paling kuat daripada Mia adalah rasa kecewa apabila bakat dan kemampuannya tidak pernah diberi ruang untuk berkembang sepenuhnya.
Ads
“Nobody has ever pushed me to my limit. People don’t even know what I can offer.”
Bagi Mia, masalah sebenar bukanlah kekurangan bakat, tetapi kekurangan peluang. Tanpa ruang untuk mencuba cabaran baharu, orang luar terus membuat penilaian berdasarkan imej lama yang sudah tidak lagi relevan.
Masa Untuk Lihat Mia Sara Nasuha Sebagai Dewasa
Luahan ini bukanlah jeritan simpati, sebaliknya satu peringatan jujur tentang realiti yang dihadapi oleh ramai bekas pelakon kanak-kanak. Mia Sara Nasuha hari ini bukan lagi ‘budak kecil’ yang sama.
Dia kini seorang wanita muda dengan pengalaman hidup, luka emosi, dan potensi besar yang masih belum diterokai sepenuhnya.
Mungkin sudah tiba masanya industri dan penonton melihat Mia bukan berdasarkan siapa dia dahulu, tetapi siapa dia sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selaras dengan usaha seluruh dunia untuk melaksanakan sasaran pembangunan lestari (SDG) demi kemajuan dan keharmonian manusia sejagat, Universiti UCSI telah menganjurkan SDG WEEK 2018 pada 23-27 Julai ini bertempat di Universiti UCSI Kampus Kuala Lumpur.
Acara SDG WEEK 2018 ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pengetahuan secara pantas tentang kepentingan SDGs kepada generasi muda dan juga kepada orang awam. Pelajar-pelajar dan pekerja UCSI sendiri serta orang awam yang ingin turut serta akan didedahkan kepada sejarah SDG dan juga cara-cara untuk mempraktikkan nilai-nilai SDG dalam kehidupan seharian mereka demi mencapai matlamat agenda 2030 yang ditetapkan oleh United Nations sejak tahun 2015.
Sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia yang diiktiraf oleh QS World University Rankings 2019 baru-baru ini, UCSI meneruskan kegemilangannya dengan bercita-cita untuk menjadi pusat rujukan utama SDGs untuk peringkat universiti dan menyasarkan untuk menjadi pusat sumber untuk semua institusi pendidikan tinggi dan komuniti belajar dan berkongsi ilmu tentang sasaran pembangunan lestari.
Untuk seminar atau forum pada 23 Julai yang bertajuk ‘Sustainable Consumption, Our Responsibility’ yang memfokuskan kepada peranan sebagai pengguna yang bertanggungjawab, penceramah dan VIP termasuklah wakil dari UNESCO, Tesco Malaysia, Consumer Claims Tribunal Malaysia, Waste Management Systems Sdn Bhd, Malaysia Consumers Movement (MCM), UM dan USIM. Acara ini akan dimulakan dengan perasmian SDG Week 2018 oleh Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI, Senior Professor Dato Dr Khalid Yusoff ketika ucapan pembukaannya. Untuk menyertai forum ini, boleh klik di sini untuk mendaftar – https://bit.ly/2ztHQll
Dan untuk forum pada 27 Julai bertajuk ‘National Education for Peace and Harmony’ pula, UCSI menjemput wakil dari UKM, IIUM, PAGE, Seminari Theoloji Malaysia dan Zubedy (M) Sdn Bhd untuk menbincangkan tentang peranan pendidikan dalam mencapai keamanan dan keharmonian negara. Untuk hadiri forum ini, boleh klik di sini untuk mendaftar – https://bit.ly/2KZ9pHI
Menariknya, pada 26 dan 27 Julai, anda akan menyaksikan kira-kira 400 orang pelajar UCSI menyiap-sediakan pameran dan permainan interaktif untuk mewar-warkan kesedaran dengan lebih efektif tentang 17 sasaran SDGs, sebagai sebahagian daripada kerja kursus kuliah mereka. Anda akan mengenali kesemua 17 sasaran SDG dalam masa 1 jam di pameran ’17 SDG Stations (Experience The SDG Journey’.
Sebelum ini, UCSI sememangnya aktif dalam penganjuran acara-acara dan aktiviti yang berkaitan dengan SDG termasuklah ‘SDG Conference 2018’ pada bulan Mac yang lalu. Dan SDG Week 2018 adalah kesinambungan terkini yang menunjukkan komitmen dan dedikasi UCSI dalam menyahut seruan kerajaan untuk menyokong sasaran pembangunan lestari di Malaysia.
Jadi, datanglah beramai-ramai ke SDG WEEK 2018 anjuran Universiti UCSI pada 23,26 dan 27 Julai ini dan sama-sama kita selami peranan SDG dan cara-cara untuk kita terapkan nilai SDG dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja untuk kebaikan kita, ini juga adalah untuk kebaikan keluarga, komuniti dan negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari website rasmi SDG Universiti UCSI di sini – http://sdg.ucsiuniversity.edu.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu pertama Big Stage Alpha membuka tirai dengan kejutan apabila enam peserta terpaksa akur tersingkir awal dari pentas saingan.
Berlangsung secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, program edisi all-male ini menyaksikan 18 peserta tampil dalam persembahan berkumpulan, namun hanya 12 yang berjaya mara ke peringkat The Big 12.
Peserta yang tidak berjaya menambat hati juri pada malam Ahad tersebut ialah Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman.
Menurut juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat, pemilihan peserta ke peringkat seterusnya bukan sahaja berdasarkan kekuatan vokal, malah keserasian dalam membentuk sebuah kumpulan juga sangat dititikberatkan.
“Apabila kita (juri) ingin pilih kumpulan, kita kena berhati-hati kerana ia bukan dinilai daripada segi vokal tetapi skill yang lain juga.
“Selain itu kita juga ingin pastikan mereka (peserta) sesuai bersama kerana sesebuah kumpulan itu perlukan keseimbangan,” jelasnya.
Walaupun tersingkir, Syafinaz tidak lupa memberikan kata semangat kepada para peserta.
“Jangan takut kalau tak berjaya di sini, anda akan berjaya di luar sana,” katanya lagi.
Senarai 12 peserta yang mara ke The Big 12 ialah Ray D, Awienit, Aeril Fesol, Que, Araff, Qarl G, Afiq Sky, Ashmirul, Daniel Sher, Rizal Rasid, Izat Ibrahim dan Allan Andersn.
Untuk minggu kedua nanti, mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan: Alpha Ultra (Dani, Allan, Ray D, Araff, Que, Awienit) dan Alpha Prime (Ashmirul, Afiq, Rizal, Izat, Daniel).
Big Stage Alpha merupakan spin-off pertama Big Stage dengan konsep smeha lelaki di mana 18 bintang lelaki bertanding untuk menjadi kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Astro.
Setiap minggu, mereka akan diuji menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan mengikut tema yang diberikan.
Penjurian dikendalikan oleh barisan juri tetap seperti Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, dan Edry Abdul Halim, manakala Kris Dayanti tampil sebagai juri jemputan untuk minggu pertama.
Program ini dihoskan oleh gandingan serasiElly Mazlein dan Rina Nose, dan disiarkan secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi hantaran di Instagram malam tadi, pelakon baharu Farhan Asri mendedahkan pemergian neneknya, Datin Noraida Nordin pada 22 September lalu rupanya berpunca daripada kes pergelutan dan pecah masuk rumah.
Hantaran tersebut memaparkan pekeliling kenyataan media yang diperolehi daripada Ketua Polis Negeri Sembilan yang di antaranya menyebut tentang penemuan mayat seorang wanita berketurunan Melayu dalam lingkungan umur 70-an di Taman Paroi Jaya, Seremban dekat Negeri Sembilan.
Allahyarham ditemui dengan beberapa kesan kecederaan pada anggota badan manakala beberapa barangan peribadinya lesap termasuklah barangan kemas.
Susulan penerimaan hebahan tersebut daripada Ibu Pejabat Daerah Seremban, pihak Polis Diraja Malaysia atau PDRM kini sedang cuba mengesan suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Mohd Faizul Bin Mohamad Ali Kamil.
Kongsi Farhan, lelaki itu mempunyai pertalian keluarga dengan mereka dan pernah beberapa kali ke rumah neneknya untuk meminjam wang. Isteri suspek memaklumkan dia sempat pulang ke rumah mereka pada hari kejadian bagi mencuci baju sebelum kembali ke luar dalam persalinan putih. Sehingga kini, suspek masih belum ditemui.
Foto kenangan milik adik Farhan, Farees Asri semasa hari pengebumian nenek tercinta mereka. Sumber : Instagram @fareesasrii(Belakang, dari kiri) Farhan, kakaknya Farra dan kembarnya, Farees bersama Allahyarhamah nenek dan datuk mereka. Sumber : Instagram @farhanasrii
Nenek Tidak Balas Panggilan Datuk
Disebabkan jarak kediamaan keluarga Farhan yang tidaklah terlalu jauh daripada kediaman datuk dan neneknya itu, ahli keluarganya sudah membiasakan diri untuk menelefon atau singgah ke rumah mereka pada setiap hari.
Namun pada hari kejadian, panggilan telefon mereka kepada mangsa tidak berjawab. Malah dalam rumah itu sendiri, Datuk Farhan merasa pelik apabila isterinya tidak menyahut panggilan sewaktu tiba waktu solat Maghrib. Hanya apabila jiran tiba di rumah setelah mendengar jeritan Datuknya, mereka menemui mangsa sudah terbaring di atas sofa.
Demi menyegerakan siasatan dan bagi menuntut keadilan di atas kematian neneknya itu, Farhan dan keluarganya kini mengharapkan sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut dan suspek.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Jeddah dan Madinah bermula 4 hingga 8 Mac selepas penggantungan ruang udara Asia Barat. Semak jadual penerbangan terkini di sini.