• Lifestyle
  • News
  • Hiburan
  • Menarik Lagi
    • Gajet
    • Viral
    • Relationship
    • Remaja on Road
    • Saya Remaja Malaysia
  • Video
    • Cer Try
    • Saya Remaja Malaysia
    • Remaja MOJO
    • Youth Talk
    • Scoop-Lah
    • Remaja on Road
    • Remaja Podcast
    • Remaja Dance Off
  • Dewi Remaja 2025
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. • Dikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version
Remaja
  • Homepage
  • Seni & Budaya

Mi Bandung Setanding Ramen Jepun, Antara Terbaik Dunia!

13 Jun 2025
Mi Bandung Setanding Ramen Jepun, Antara Terbaik Dunia!
Share
Isi Kandungan
Toggle
  • Asal Usul Mi Bandung – Bukan Dari Bandung Indonesia Tau!
  • Kenapa Mi Bandung Jadi Pilihan Dunia?

Mi je pun, tapi bukan sebarang mi. Mi Bandung dari Malaysia kini tersenarai dalam 100 mi terbaik dunia! Fuhh, satu dunia dah tahu kehebatan mi orang kita.

TasteAtlas 2024/2025 baru sahaja mendedahkan keputusan bagi jenis dan hidangan mi terbaik seluruh dunia. Kalau anda nak tahu, Malaysia menamakan lapan jenis mi dalam carta 100 teratas itu.

Mendahului carta ialah Mi Bandung dari Muar, Johor yang melonjak ke tempat ke-5 keseluruhan dunia dengan penarafan cemerlang iaitu rating 4.6. Senarai ini pastinya membuatkan orang ramai khususnya geng foodie di negara luar tertanya-tanya apa itu Mi Bandung?
@raihanrahim_
Mee Bandung Udang Galah Ori Muar 💫 #meebandung #meebandungmuar❤️ #meebandungmuar ♬ One Way Ticket (To The Blues) – Tanja Thomas

Asal Usul Mi Bandung – Bukan Dari Bandung Indonesia Tau!

Ramai yang ingat Mi Bandung ni berasal dari Bandung, Indonesia. Tapi jangan terpedaya dengan namanya. Mi Bandung sebenarnya berasal dari JOHOR, Malaysia. Perkataan “Bandung” dalam konteks makanan Melayu bukan merujuk kepada tempat, tapi maksudnya adalah “gabungan” atau mix.

Dulu-dulu, Mi Bandung hanya menggunakan bahan asas seperti mi kuning, telur dan kuah cili. Tapi lama-lama, resipi ni makin ‘naik pangkat’ dengan tambahan bahan mewah seperti daging, udang, sotong dan sayur-sayuran. Bila dah masuk bab kuah pula — memang padu! Pekat, pedas, lemak dan kaya dengan rasa manis semula jadi dari udang dan daging.

Kenapa Mi Bandung Jadi Pilihan Dunia?

Mi Bandung telah masuk senarai 100 mi terbaik dunia oleh laman makanan antarabangsa TasteAtlas. Bukan kaleng-kaleng! Senarai ini bukan dibuat sembarangan — ia berdasarkan undian, penilaian pengguna dan pakar makanan global. Mi Bandung diiktiraf kerana:

  • Kuah pekat berempah yang unik

  • Gabungan bahan laut dan darat (surf & turf vibes!)

  • Rasa asli yang tidak tercemar dengan fusion pelik-pelik

  • Populariti dalam kalangan pelancong yang datang ke Malaysia

Dengan pengiktirafan ni, Mi Bandung kini berada sebaris dengan Ramen Jepun, Pho Vietnam dan Laksa Singapura. Bangga, kan?

BACA LAGI : “Bos Dari Syurga!” Christy Ng Belanja RM40,000 Restock Pantri, Siap Ada Produk Penjagaan Diri Untuk Pekerja!

Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana
13 Jun 2025

Related Post

  • “Terima Kasih Untuk Memori Zaman Kanak-Kanak!” Pengarah Siri Doraemon, Tsutomu Shibayama Meninggal Dunia
  • Penangan Bella Astillah! Jualan Kuih Raya ‘Sold Out’ 5 Minit, Raih RM13,000 Untuk Anak Yatim
  • Bila Bersama, Lagi Jadi: Meerqeen, Mierul Aiman Jelmakan Zaman Remaja Adlin Aman Ramlie & Faizal Hussein
  • Pemuda 25 Tahun Dari Kelantan Hasilkan Lukisan Bertatah Emas & Swarovski Untuk Istana Brunei
  • Anak Sabah ‘Mendonia’! Jenama F&B Tempatan, Chunk & Dunk Tembusi Pasaran Filipina April Ini
    • Lifestyle
    • News
    • Hiburan
    • Menarik Lagi
      • Gajet
      • Viral
      • Relationship
      • Remaja on Road
      • Saya Remaja Malaysia
    • Video
      • Cer Try
      • Saya Remaja Malaysia
      • Remaja MOJO
      • Youth Talk
      • Scoop-Lah
      • Remaja on Road
      • Remaja Podcast
      • Remaja Dance Off
    • Dewi Remaja 2025
    © Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. • Dikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version