MetMalaysia Beri Amaran Diramal Ribut Petir, Hujan Lebat Sehingga 11 Pagi Ini

Share

Sejak awal pagi tadi, ramai yang risau apabila hujan lebat turun membasahi bumi. Ada yang tidak dapat tidur lena mengenangkan nasib mangsa-mangsa banjir sebelum ini.

Sebentar tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah pun mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku di beberapa buah negeri sehingga pukul 11 pagi nanti.

Sumber: MetMalaysia

Antara kawasan yang dijangka terkesan adalah di negeri Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat), Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru) dan Sarawak (Limbang).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

Menurut mereka lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Foto: Berita Harian (Gambar hiasan)

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN