Nama Mira Filzah tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Sikap lemah lembut, berwajah ayu dan berdedikasi membuatkan pelakon ini dikenali sehingga hari ini.
Bukan sahaja bergiat aktif dalam bidang lakonan, figura ibu kepada seorang putera ini turut menghiasi pelbagai jenama antarabangsa yang berada di pasaran.
Terkini, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mengubat rindu peminatnya dengan tampil membuat come back semula menerusi naskhah terbaharu berjudul Imam Instant Ustazah Scammer.
Selain Mira, drama sohor kini itu juga menampilkan bakat-bakat baharu seperti Mierul Aiman, Hun Haqeem dan Qasrina Karim yang menceriakan lagi layar skrin pencinta drama tempatan.
Baru-baru ini, menerusi ruangan AskMe di Instagram pelakon tersebut, ada seorang peminatya bertanya mengenai cara Mira bekerja di set pengambaran memandangkan ketiga-tiga bintang baharu berkenaan lebih muda berbanding dirinya.
“Macam mana awak bekerja dengan Hun Haqeem, Mierul Aiman dan Qasrina di mana mereka adik-adik sedikit dari awak” tanya seorang pengikutnya.
Ads
Jawab pelakon popular drama Pujaan Hati Kanda itu, dia tampil memuji para pelakon muda itu dengan menyifatkan masing-masing adalah seorang anak seni yang sangat matang dan bagus ketika sama-sama menjayakan naskhah tersebut.
Selain itu, Mira Filzah turut memberi contoh hero dan heroin dalam siri Netflix Alchemy Of Soul di mana kedua pelakon berkenaan dapat menjalinkan chemistry sebagai pasangan walau mereka jauh beza dari segi umur.
Ads
“Adik adik? Haha. Beza beberapa tahun sahaja pun. Tidak rasa beza sangat pun. Mereka sangat matang, bagus serta tidak terasa langsung ‘adik’ itu,” katanya.
“Lee Jae Wook umur 24 tahun berlakon dengan Jung So Min berumur 33 tahun, power sahaja! Siap tidak boleh move on lagi dengan chemistry mereka,” coretnya lagi.
Sekadar informasi, Imam Instant Ustazah Scammer sudah mula ditayangkan bermula 5 Mac lalu, setiap hari Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kemunculan penyanyi, Wani Kayrie di pentas Anugerah Televisyen Asian (ATA) Ke-28 baru-baru ini telah memperoleh perhatian ramai.
Peluang siswazah Management & Science University (MSU) itu untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa selama dua malam berturut-turut sewajarnya meraih pujian ramai pihak memandangkan Wani merupakan penghibur tunggal negara yang terpilih untuk berkongsi pentas berprestij itu bersama barisan artis dari rantau Asia Tenggara lain.
Kongsi Wani kepada REMAJA sewaktu dihubungi, dia berpeluang untuk menyampaikan tiga buah lagu (dua buah lagu pada hari pertama acara dan sebuah lagi pada hari kedua acara).
Persediaan tentulah dilakukan serba-serbi baik dari segi vokal & koreogradi serta dari segi rekaan busananya dan tata gaya di acara itu. Kesemnya dititikberatkan oleh Wani agar impiannya untuk membawa elemen-elemen dari Malaysia ke peringkat antarabangsa tercapai.
“Pakaian saya adalah adibusana (customed outfit) yang mempunyai unsur-unsur tradisional. Selebihnya, saya lakukan persediaan sendiri dari segi vokal dan tarian.
“Semestinya saya merasa terharu malah berbangga kerana ini adalah edisi kedua Wani dijemput oleh Asian TV Awards.
“Biarpun dahulunya di Filipina dan kali ini di Vietnam pula, saya amat berbesar hati kerana negara luar memandang bakat saya lebih daripada apa yang saya inginkan.”
“Peluang membuat persembahan di peringkat antarabangsa ini adalah impian setiap penyanyi yang sudah lama berkarya dalam industri dan saya rasa saya sudah mencapai tanda aras itu untuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa,” ujarnya kepada REMAJA.
Dalam perkembangan lain, Wani kini dalam proses menantikan demo-demo lagu daripada para komposer berbakat. Penyanyi lagu ‘Kamu Kamu’ itujuga dalam proses rakaman sebuah lagu cover yang diuruskan oleh Rocketfuel Entertainment dan khabarnya melibatkan seorang penyanyi duet.
Haa, tak sabar nak tahu siapakah gerangan penyanyi duet tersebut!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah tiga tahun tidak bersua muka bersama rakan baiknya yang juga pelakon, Nonny Nadirah, usahawan dan penyanyi, Mila Jirin menitipkan rasa syukur apabila dia akhirnya dapat bertemu empat mata semula dengan aktres tersebut.
Menerusi sebuah hantaran video di Instagram, penyanyi lagu popular Persis Mutiara itu dilihat gembira sewaktu meluangkan masa bersama Nonny di sebuah pusat beli-belah sambil menikmati minum petang.
“Aku sayang kau Nonny Nadirah. Jangan hilang dari radar persahabatan,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
“MasyaAllah hari ini saya tidak sangka dapat jumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Cuma belum sampai ketuk pintu rumah mak dia sahaja, sebab tak ada alamat. Ini dia (memalingkan kamera kea arah Nonny). Mana menghilang?” soal Mila.
Nonny yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim kelima itu yang berada di hadapan Mila kemudian dilihat ketawa sambil tersipu-sipu malu.
“Baru keluar dari…tak tahulah,” jawab Nonny ringkas sambil ketawa.
Apa yang mencuri tumpuan menerusi perkongsian berkenaan juga adalah Nonny kelihatan sungguh ayu mengenakan hijab kembali.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja dan syukur apabila melihat kemunculan semula Nonny yang telah lama menghilangkan diri.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Nonny jangan hilang lagi ya. Nonny kena kuat. You’ve friends all around you. Yang always doa kan dan cari Nonny,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah. Tak aoa dia hilang dari media sosial ini untuk pulihkan diri dia. Alhamdulillah, semoga sentiasa dalam jagaan Allah dan jangan jauh dari sahabat-sahabat awaka yang baik ini,” komen pengikut lain.
Sekitar tahun 2021, Nonny pernah mengejutkan ramai pihak dengan beberapa hantaran yang menimbulkan persoalan mengenai penampilannya yang seakan-akan memberi bayangan sudah tidak berhijab di laman sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik: Taylor Swift akhirnya akan hadir ke Asia!
Berita buruk: Singapura sebagai satu-satunya lokasi persinggahan konsert beliau……
Kecoh di media sosial semalam apabila penyanyi dan penulis lagu Taylor Swift mengumumkan bahawa dia akan mengadakan konsert selama tiga malam di Singapura pada Mac tahun depan, sebagai sebahagian daripada Jelajah Erasnya.
Dilaporkan bahawa persembahan penyanyi berusia 33 tahun tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional pada 2, 3 dan 4 Mac.
Namun sayang seribu kali sayang apabila hanya Singapura menjadi satu-satunya perhentian di Asia Tenggara, manakala perhentian kedua di Asia terletak di luar Tokyo, Jepun.
Bagi Swifities yang berminat, pendaftaran untuk tiket jualan am akan bermula dari 23 Jun, 12 tengah hari hingga 28 Jun, 12 tengah hari, dengan jualan am bermula pada 7 Jul, 12 tengah hari.
Manakala, tiket prajualan untuk ahli kad UOB akan bermula 5 Julai jam 12 malam dan berakhir pada 7 Julai, 9 pagi.
Kali terakhir bintang pop Amerika tersebut membuat persembahan di Singapura ialah pada tahun 2014 dengan jelajah konsert ketiganya bersempena album studio keempatnya, Red.
Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat beliau mengekspresikan rasa kecewa dan hampa dengan pengumuman tersebut.
“Saya rasa akak Taylor memang tak nampak Malaysia dalam peta ni,” seloroh seorang peminat.
“Ada apa dengan Singapura eh? Semua artis nak berkampung di sana,” keluh seorang warganet.
“Kena get ready untuk berebut dengan jutaan peminat kalau macam ini. Fighting guys!” komen warganet lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.