Isu scammer menipu orang ramai bagaikan tiada kesudahan. Muncul dengan pelbagai idea baru untuk terus menarik perhatian orang dan pastinya modus operandi mereka adalah berkaitan dengan soal duit.
Terkini, seorang individu didakwa sebagai Goh Wei Sun menyamar sebagai Sultan Muhammad V di mana scammer ini telah berjaya menipu seorang insan berusia di mana “Sultan Muhammad V penipu”memaklumkan ingin memberi RM500,000 kepada individu ini. Peliknya ada conversation antara mereka dan satu yang pasti, mereka akan mendesak jika belum mendapat wang.
Baca perkongsian dari Amyra Abas yang berkongsi kisah di Tentera Bawang Dan Netizen Malaysia mengenai ibunya yang ditipu oleh scammer ini. Diharap supaya kita dapat jadikan pengajaran dan anak-anak sila beritahu ibu bapa masing-masing agar tidak melayan individu tidak dikenali.
Assalammualaikum semua. Saya ada sedikit info nak kongsi pada kalian. Minta lebih perhatian pada kalian yang ibu bapanya ada akaun Facebook ni. Ini mama saay yang terkena. Dia pun tak tah yang dia sudah pun tahu dia ditipu!
Pada 9.5.2020 petang, mama saya berkeras ajak suami saya untuk ke bank. Kononnya nak bank in duit dia pernah pinjam pada org lain. Saya mula musykil sebab saya tahu mama saya bukan jenis meminjam sana sini. Suami saya cuma menantu, jadi pada waktu dia bantu mak saya bank in, dia tak banyak tanya. Yelaaa, menantu kan. Saya tak ikut sebab ada 3 anak kecik nak handle.
Hari ini saya berbuka di rumah mama. Saya selidik senyap-senyap dalam telefon mama saya sebab saya tau ada benda yang tak kena, rupanya ini kerja scammer yang MENYAMAR MENGGUNAKAN GAMBAR SULTAN MUHAMMAD V (KELANTAN) DAN SI BANGSAT NI MENJANJIKAN RM 500 RIBU DUIT ZAKAT UNTUK DIBERIKAN TETAPI HARUS DI BANK IN KAN AMOUNT YANG DIMINTA KE ACC BANK COURIER (PADAHAL ACC PERSONAL, BUKAN COMPANY) SEBELUM DIBERIKAN DUIT RM500 RIBU ITU!
Ads
Ads
Yang bestnya, dah di bank in RM500, di desak pulak lagi mama saya untuk bank in lagi RM1950 baru boleh bagi duit zakat tu! Bangsat betul si penipu ni. Masuk neraka laa sana.
Ads
Untuk kita yang masih muda, pasti terus boleh jangka ini scammer. Tapi tuan puan, scammer bangsat ni modus operandinya bukan kita, tapi orang berumur. Sebab? Orang berumur lebih mudah terpedaya dengan tipu helah mereka.
Modal cuma pakai gambar orang besar-besar. Janjikan bulan bintang, ada yang tertipu, terus kaut keuntungan dari situ! Disini saya sertakan FB si bangsat, nama dan no akaun si bangsat serta no telefon yang aktif digunakan untuk menipu.
Harap kalian pantaulah FB yg ibu bapa kalian gunakan. Saya akan buat laporan polis secepat mungkin. Insya-Allah.
Nama FB : Sultan Muhammadv
No telefon : 0149606044
No telefon : 011133578602
Account holder name : GOH WEI SUM
Bank : RHB
Account number : 1050 5100 5688 89
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai penyanyi dan band antarabangsa bertahun-tahun mengimpikan kejayaan seperti BTS. Meanwhile, grup K-pop tersebut mampu mencapai kesemuanya sekali dalam tempoh kurang dari 2 hari!
Obviously, tiada siapa yang mampu menghalang kemaraan BTS dalam dunia hiburan antarabangsa, sekarang. Kalau ada pun, mungkin hanya BlackPink yang berjaya meraih headline hangat menerusi kolaborasi single terbaru bersama Dua Lipa berjudul ‘Kiss & Make Up’.
Jadi, apa pula 3 kejayaan daebak BTS minggu ini?
Mereka dinobatkan sebagai selebriti Korea Selatan pertama yang mencapai lebih 1 bilion stream di Apple Music. Tak sangka, BTS mampu melepasi rekod hebat PSY dahulu.
Kebanyakan daripada streaming tersebut datang dari Korea, Jepun, Amerika, Kanada, Australia, Eropah dan Asia Tenggara.
Kedua, jelajah konsert Love Yourself mereka kini menduduki carta konsert terhangat di Korea Selatan apabila lebih 20 lokasi persembahan diisytihar sold out. Begitu juga dengan jelajah Jepun yang turut sold out.
Selain Korea dan Jepun, BTS juga akan ke beberapa bandar di Amerika Utara dan Eropah.
Ketiga, kumpulan dengan 7 orang ahli itu semalam berjaya mengondoli 5 trofi (paling banyak) di MBC Plus X Genie Music Awards (MGA) termasuk anugerah Daesang bagi kategori ‘Artis Tahunan Terbaik’ dan ‘Album Digital Terbaik’.
Tak cukup dengan itu, BTS juga sempat melakukan persembahan bersama – wait for it – Charlie Puth.
WHOA boys, well done!
Kami di REMAJA juga turut berbangga apabila ucapan BTS di Persidangan PBB ke-73 baru-baru ini khabarnya telah diserap masuk ke dalam silibus pelajaran Bahasa Inggeris di Korea Selatan.
Sekolah menengah di Singapura dan Vietnam juga turut mengambil ucapan RM itu sebagai soalan kertas ujian di sekolah mereka. Ini kerana ucapan RM dilihat memberikan semangat positif kepada remaja seluruh dunia untuk menyayangi diri mereka terlebih dahulu.
Ia dilihat bersesuaian dengan kadar isu depresi dan kes bunuh diri yang semakin kerap melanda remaja.
Hasil populariti BTS nampaknya tak sia-sia. Mereka telah membantu kempen #EndViolence PBB ini mencapai dana sebanyak RM5.95 juta.
Serius, BTS memang daebak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua ini kecoh tentang isu tudung bercorak dreamcatcher yang banyak terjual pada tudung. Corak dreamcatcher ini merupakan lambang kepercayaan Red Indian atau golongan Orang Asli Amerika. Apa yang korang perlu tahu tentang dreamcatcher ini? Dreamcatcher atau penangkap mimpi adalah merupakan satu alat yang menjadi kepercayaan penduduk pribumi. Terdapat pelbagai mitos mengenai asal usul dreamcatcher.
Disebabkan terlalu banyak lambakan tudung, material, jenis kain dan sebagainya, ada ketikanya kita terlepas melihat corak pada tudung yang dianggap biasa pada pandangan mata tetapi Rasulullah telah melarang pakaian yang menyerupai golongan ini seperti disebut hadis “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.” (HR Abu Daud, no. 4031).
Boleh ke kita pakai tudung corak sebegini? Apa kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai corak tudung ini.
Beginilah corak dreamcatcher yang banyak dijual pada tudung masa kini. Gambar sumber internetBukan saja pada tudung tetapi corak ini diperluaskan ke pemakaian inai yang menjadi kegilaan orang perempuan
Soalan : Apakah hukum memakai tudung bercorak dreamcatcher sedangkan terdapat pihak yang mendakwa corak tersebut mempunyai unsur-unsur agama lain?
Jawapan:
Sebelum menjawab persoalan di atas, perlu diketahui terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan dreamcatcher. Dreamcatcher atau penangkap mimpi adalah merupakan satu alat yang menjadi kepercayaan penduduk pribumi Amerika (Indian). Terdapat pelbagai mitos mengenai asal usul dreamcatcher.
Sebuah dreamcatcher terbuat daripada satu simpulan kayu berbentuk lingkaran yang di dalamnya terdapat jaring anyaman dengan lubang di tengahnya. Di bahagian bawah lingkaran kayu itu terdapat dua atau lebih bulu yang tergantung-gantung. Orang asli Amerika percaya bahawa udara pada malam hari dipenuhi dengan mimpi-mimpi sama ada mimpi baik atau mimpi buruk. Justeru, mereka menggantungkan dreamcatcher di atas tubuh seseorang yang tidur untuk melindunginya daripada mimpi buruk.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1960-an dan 1970-an, dreamcatcher diterimapakai dalam Pergerakan Pan-India sebagai simbol perpaduan antara pelbagai budaya puak asli Amerika, atau simbol identifikasi umum dengan budaya orang asli Amerika. Kemudian, nama dreamcatcher telah mula diterbitkan oleh media arus perdana pada tahun 1970-an dan seterusnya menjadi popular sebagai barangan kraf asli pada tahun 1980-an. Akhirnya pada awal tahun 1990-an ia menjadi barangan yang sangat popular dan berpasaran tinggi.
Berdasarkan penerangan ringkas di atas, dapat difahami bahawa dreamcatcher pada asalnya merupakan satu alat yang menjadi kepercayaan kuno penduduk asli Amerika. Namun begitu, kepercayaan ini boleh disifatkan hampir luput pada masa kini dan telah bertukar menjadi barangan kraf yang dibuat untuk tujuan komersial.
Dr Zulkifli menjelaskan isu ini dengan mendalam bagi memahamkan masyarakat yang mungkin terkeliru mengenainya
Larangan menyerupaikan pakaian orang kafir
Kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambang atau syiar agama mereka. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.” (HR Abu Daud, no. 4031)
Berdasarkan penelitian para ulama terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah, salah satu bentuk penyerupaan dengan orang kafir yang dilarang ke atas umat Islam adalah pada pakaian.
Menurut sebahagian pendapat dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan jumhur Mazhab Syafie, menyerupai pakaian yang menjadi syiar orang kafir dihukumkan kafir. Kerana itu, sesiapa yang memakai topi orang Yahudi dengan sengaja maka ia kufur kecuali jika dipaksa atau memakainya sekadar untuk berlindung daripada kepanasan. Begitu juga orang yang memakai pakaian khas paderi Kristian, ia dihukumkan kafir kecuali jika memakainya sebagai helah dalam peperangan, maka ia tidak dihukumkan kafir. (Al-Fatawa al-Hindiyyah: 2/276; Jawahir al-Iklil: 2/278; Tuhfah al-Muhtaj: 9/91)
Walaubagaimanapun, sesetengah ulama Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie pula mengatakan, sesiapa yang mengenakan pakaian khas orang kafir, tidak jatuh kafir kecuali jika ia beriktikad dengan iktikad kufur tersebut. Sebagaimana kata al-Imam Abu Hanifah, “Seseorang tidak keluar daripada iman kecuali daripada pintu yang ia masuki, maka masuk ia ke dalam Islam menerusi perakuan dan pembenaran, sedangkan kedua-duanya masih kekal.” (Al-Fatawa al-Bazzaziyyah: 6/332)
Mazhab Hanbali pula mengatakan haram memakai pakaian bukan Islam yang merupakan syiar agama mereka. Kata al-Buhuti, “Jika seorang muslim memakai pakaian yang menjadi syiar ahli zimmah (kafir yang tunduk di bawah kerajaan Islam), atau menggantung salib pada dadanya, hukumnya haram, namun ia tidak kafir dengan demikian, tetapi berdosa seperti kemaksiatan yang lain.” (Kasysyaf al-Qina’: 3/128)
Pandangan ini juga sama dengan apa yang diutarakan oleh al-Nawawi yang mengatakan, seseorang yang memakai pakaian khas paderi Kristian ia tidak kafir kecuali jika disertai dengan niat (mengikuti iktikad mereka). (Raudah al-Talibin: 10/69)
Berdasarkan perbahasan ulama berkaitan tasyabbuh dan fakta mengenai dreamcatcher di atas, dapat disimpulkan penggunaan corak yang bermotifkan dreamcatcher adalah seperti berikut:
Pemakaian tudung yang terdapat padanya motif dreamcatcher tidak sampai ke tahap menyerupai agama lain, ini kerana ia tidak pernah menjadi pakaian khas yang merujuk kepada syiar mana-mana agama lain seperti pemakaian salib dan seumpamanya;
Motif dreamcatcher adalah merujuk kepada alat yang menjadi mitos kepada golongan asli Amerika dengan kepercayaan tertentu. Namun demikian, pada masa kini ia lebih kepada barangan kraf yang dijual sebagai alat perhiasan. Justeru, meniru corak alat tersebut tanpa mempunyai apa-apa iktikad tertentu di sebaliknya adalah harus;
Dalam hal isu ini dimanipulasikan dengan mengaitkannya kepada kepercayaan asal alat tersebut, maka dinasihatkan agar umat Islam lebih berhati-hati. Ini bagi mengelakkan timbul fitnah ke atas orang yang menjual dan memakainya. Oleh itu, memilih alternatif lain yang tidak mengandungi apa-apa kontroversi adalah lebih baik dan lebih selamat.
Wallahu a’lam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban hari Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi dan semalam, 11,985 lagi kes dengan 199 kematian dicatatkan.
Jumlah kes aktif mencapai 137,587 setakat semalam dan ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana keadaan di hospital sekarang. Bukan hanya perlu merawat pesakit COVID-19, ia secara tidak langsung memberi kesan buat pesakit-pesakit lain juga ekoran ketiadaan tempat untuk dimasukkan ke dalam wad.
Oleh yang demikian, menurut Malaysiakini, pesakit bukan COVID-19 di hospital kerajaan di Lembah Klang akan dipindahkan ke hospital swasta serta-merta bagi meningkatkan kapasiti sistem kesihatan awam untuk merawat pesakit wabak itu.
Menurut sepucuk surat kepada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh, arahan kerajaan itu berkuat kuasa semalam.
Kos rawatan pesakit yang dipindahkan ini akan ditanggung kerajaan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sebarang tuntutan bagi kos rawatan yang melebihi kadar yang ditetapkan dalam garis panduan akan dijelaskan selepas penilaian dan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Kesihatan.
Berikut merupakan garis panduan penyumberluaran bagi pesakit bukan COVID-19 di hospital swasta, kadar siling yang ditetapkan:
• Katil: Wad berkadaran harian yang paling rendah
• Caj pesakit (untuk kes pembedahan): RM45,000
• Caj pesakit (tidak melibatkan pembedahan): RM25,000
• Caj rawatan susulan: RM5,000
Pihak hospital perlu memaklumkan kepada kementerian jika pesakit yang sudah keluar memerlukan rawatan susulan lebih daripada tiga kali. Ia bagaimanapun tidak termasuk rawatan radioterapi.
Hospital swasta juga tidak dibenarkan untuk memindahkan pesakit ke hospital swasta lain tanpa kebenaran kementerian.
Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan menyediakan lebih banyak ruang untuk pesakit COVID-19 di kemudahan mereka dan sama-samalah kita terus berdoa agar situasi pandemik ini berakhir dengan segera.
Lee Jung Jae sekali lagi mencuri perhatian apabila mendermakan 11 juta Won untuk membantu gadis kurang bernasib baik mendapatkan produk haid — membuktikan bahawa selebriti juga mampu jadi suara kemanusiaan.