Merokok merupakan salah satu punca seseorang individu itu mendapat penyakit berbahaya dan ia secara tidak langsung memberikan kesan buruk kepada perokok. Apa yang lebih membimbangkan, ada yang mula menghisap rokok sewaktu di bangku sekolah lagi. Hal ini menunjukkan satu gaya hidup yang tidak sihat telah berlaku dalam masyarakat kita.
Noh tampil memegang sebatang rokok ketika membuat kemunculan di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) pada Ahad
Tular di media sosial berkenaan gambar serta video seorang vokalis kumpulan nyanyian berjalan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dengan menyelitkan sepuntung rokok di jarinya.
Lebih mengecewakan, perbuatan tersebut sememangnya dilarang dilakukan di tempat awam dan akan menjadi contoh tidak baik terutama buat golongan muda.
“Menunjukkan Contoh Yang Tidak Baik…”
Tindakan Noh Salleh kemudian mendapat teguran oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (DG Hisham) menerusi kenyataan rasmi di laman Twitter beliau. DG Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.
Ads
Malah, menurut DG Hisham beliau turut menyeru masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan budaya merokok satu budaya yang tidak diterima dalam kalangan masyarakat.
Ads
Sebelum ini, Noh pernah mencetus sensasi gara-gara selamba menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam sebuah acara sekitar Julai lalu.
*
Satu pesanan dari REMAJA, confirm tak hilang macho korang kalau tak hisap vape atau rokok di khalayak ramai.
Sumber : Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (DG Hisham)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasa rindu yang sarat membuatkan air mata Sabariah Labachok @ Abd Rahman tumpah. Rindu teramat sangat kepada anak ketiganya, Nurul Jannah yang sudah menemui sang pencipta sejak lebih seminggu lalu.
“Hari ini sepatutnya adalah hari terakhir Jannah duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek yang sangat dia minat iaitu Sastera. Tapi Allah lebih menyayanginya,” kata ibu yang terus menyeka air matanya dari mengalir laju.
Sabariah (kanan) dan kakak angkat anaknya iaitu Nor Haslin menunjukkan baju sekolah terakhir dipakai Jannah.
Memaklumkan yang arwah anaknya itu menyasarkan memperoleh keputusan A bagi subjek Sastera, bagi Sabariah dia hanya mampu menerima kejadian ini dengan hati yang redha.
“Sebelum kejadian, Jannah ada beritahu dia telah selesai menduduki peperiksaan bagi enam mata pelajaran dan menunggu dua lagi kertas peperiksaan iaitu Sains dan Sastera.
“Hari ini hari terakhir SPM baginya menjawap soalan malah arwah kata seperti tak sabar mahu menjawap. Rupanya kegembiraannya tidak kesampaian sebaliknya yang ada hanyalah kenangan,” katanya yang terus menyeka air matanya.
Mayat pelajar ini hanya ditemui selepas enam hari lemas dan hilang di laut selepas terpijak pasir jerlus di perairan Tanjung Piai, Pontian
Menceritakan kembali detik akhir anaknya, kata Sabariah, Jannah selalu bertanyakan tarikh 26 November, seolah-olah ada sesuatu yang penting tentang tarikh tersebut.
“Bila ditanya mengapa dengan tarikh itu kerana 26 November itu bukan hari lahirnya pun tapi Jannah sambut dengan senyuman,” katanya sambil menambah bila anaknya dilaporkan hilang dan lemas selepas terpijak pasir jerlus di pulau buatan dekat perairan Tanjung Piai, Pontian Johor , barulah dia faham mengapa anaknya itu beriya bertanya tarikh tersebut.
“Rupanya Jannah nak beritahu semua orang, tarikh itu tarikh dia menemui sang pencipta,” katanya lagi.
Di pulau buatan inilah Jannah terpijak pasir jerlus sebelum tenggelam. Mayatnya ditemui oleh seorang nelayan di hutan paya bakau.
Dalam pada itu Sabariah turut menzahirkan rasa leganya kerana mayat anak ketiga dari lima beradik itu ditemui selepas enam hari hilang bermula Selasa lepas (26 November 2018).
“Selepas enam hari menunggu, saya lega akhirnya anak saya ditemui walaupun dah tidak lagi bernyawa. Saya bersyukur kerana mayatnya ditemui. Sekurang-kurangnya ada pusara untuk saya lawat anak saya bila timbul rasa rindu,” katanya.
Menjelaskan hatinya cukup risau selepas mendapat khabar berita itu, Sabariah berkata, selepas mendapat tahu mengenai kejadian anaknya terjerlus dalam air di pulau buatan itu, hatinya cukup risau namun dia tidak pernah putus berdoa agar anaknya ditemui.
Menurutnya, anaknya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut ada menunjukkan perubahan tingkat laku menjadi sangat pendiam selepas pulang dari asrama.
Menceritakan detik kejadian katanya, arwah pulang dari asrama tiga hari sebelum kejadian sebelum meminta izin untuk ke Tanjung Piai bagi bertemu keluarga angkatnya.
“Saya tak sangka Jannah ke laut untuk ke pulau buatan. Sudah banyak kali saya pesan jangan mandi laut sebab cuaca sekarang tak menentu kadang-kadang hujan, bahaya jika ke laut.
“Panggilan memaklumkan kejadian yang menimpa anak dan rakan mereka yang diterima pada pagi kejadian itu, cukup mengejutkan saya,” katanya.
Operasi gerakan menyelamat dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengesan mayat Jannah sebelum ini
Sebelum ini, mayat Nurul Jannah ditemui seorang nelayan dalam hutan bakau berhampiran perairan Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP) kira-kira jam 10.30 pagi, Sabtu lalu.
Jenazah Nurul Jannah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Piai selepas proses pengecaman mayat dilakukan oleh bapa angkat mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai mangsa.
Sempat bergurau ke kubur
Gurauan hendak ke kubur oleh arwah sebelum kejadian di pulau buatan itu berlaku masih diingati kakak angkat, Nur Haslin Zam Delaila, 25.
Nur Haslin berkata, dia tidak menyangka gurauan itu menjadi nyata selepas dimaklumkan mengenai kehilangan Jannah di pulau buatan akibat terjerlus ke dalam air.
Jelasnya, arwah seorang yang periang dan cukup rapat dengan keluarga angkatnya yang sudah dianggap seperti keluarga kandung.
Arwah Jannah selalu bertanya tarikh 26 November dan ada bergurau mahu ke kubur. Rupanya ada petanda dia mahu pergi menemui sang pencipta
“Sebelum arwah turun ke laut bersama adik dan empat lagi rakan mereka, arwah sempat bergurau beritahu dia hendak pergi ke kubur.
“Saya anggap itu hanya gurauan. Tak sampai sejam arwah ke laut, saya terkejut selepas dimaklumkan tentang kehilangan Jannah,” katanya sebak.
Dalam pada itu, Sabariah memberitahu arwah anaknya bersungguh-sungguh hendak membantu keluarga dengan bekerja sementara menunggu keputusan SPM kelak.
“Saya sekarang tak bekerja. Dulu kerja kilang, tetapi selepas terlibat kemalangan selepas Aidilfitri lalu, saya sukar untuk berjalan.
“Perbelanjaan dibantu oleh ahli keluarga. Saya juga mempunyai seorang anak kurang upaya,” katanya.
Warta pulau buatan sebagai kawasan larangan
Tidak mahu kejadian menimpa anaknya berulang, Sabariah meminta agar pulau buatan diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam.
Katanya, ramai orang luar yang berkunjung ke Tanjung Piai tertarik dengan pulau buatan yang terletak di tengah-tengah perairan Tanjung Piai dan dikelilingi dengan kapal-kapal dagang.
“Jadikan kejadian yang menimpa anak saya ini sebagai pengajaran supaya tidak berulang lagi pada masa depan.
“Pulau buatan bukan tempat makan angin. Ramai tidak tahu keadaan struktur pulau itu tidak kukuh,” katanya.
Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah mengejutkan orang ramai dengan pengumuman cerai mereka hujung Jun lalu, hari ini, pasangan pelakon, Song Hye Kyo dan Song Joong Ki sah bercerai.
Menerusi media Korea Selatan, pada jam 10 pagi tarikh 22 Julai, kedua-dua pihak mencapai kata persetujuan untuk kes mereka dan di hadapan hakim, Jang Jin Young di Mahkamah Keluarga Seoul, mereka kini sah membawa haluan masing-masing.
Sementara itu, agensi pelakon drama Full House itu iaitu UA turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penceraian tersebut.
“Hai, ini adalah UAA. Hari ini bertarikh 22 Julai 2019, penceraian Song Hye Kyo mencapai kata putus di Mahkamah Keluarga Seoul. Perbincangan diadakan oleh kedua-dua belah pihak dan proses penceraian telah pun selesai tanpa ada pembahagian aset dan harta benda oleh kedua-dua belah pihak,” tulis kenyataan tersebut.
Baik Song Hye Kyo mahupun Song Joong, mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik tanpa perlu ke mahkamah.
Sebelum ini, Song Joong Ki memfailkan penceraian pada bulan lalu dengan alasan tiada persefahaman seterusnya menamatkan perkahwinan mereka yang berlangsung selama 20 bulan itu.
Dalam tempoh proses bercerai, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo meneruskan aktiviti seni mereka seperti biasa.
Setakat ini, Song Hye Kyo berpindah ke sebuah villa mewah di UN Village, salah satu kawasan elit di Seoul manakala Song Joong Ki berpindah semula di rumah keluarganya.
Sumber: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Korea Selatan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pempengaruh media sosial, Yoon Ji-ah, di kawasan pergunungan Muju, Wilayah Jeolla Utara sehingga ia mencetuskan persoalan besar apabila polis mengesyaki pembunuhan yang dilakukan oleh individu berprofil tinggi dalam industri penstriman.
Memetik laporan media Korea Selatan, Yoon yang berusia dalam lingkungan awal 20-an dan memiliki lebih 300,000 pengikut di TikTok, ditemui tidak bernyawa pada 11 September lalu dam beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas menamatkan siaran langsung terakhirnya dari Pulau Yeongjong, Incheon di mana lokasi yang terletak lebih tiga jam dari tempat mayatnya ditemui.
Dalam pada itu, bedah siasat mendapati punca kematian Yoon adalah akibat lemas disebabkan tekanan pada leher. Selain itu, mangsa turut mengalami lebam dan kecederaan fizikal lain yang menunjukkan tanda-tanda serangan, sekaligus menolak kemungkinan kematian secara tidak disengajakan.
Kawasan pergunungan yang dipercayai tempat penemuan mayat Yoon Ji Ah
Sementara itu, menurut susulan siasatan, seorang lelaki berusia 50-an dikenali sebagai Choi telah ditahan pada 13 September lalu. Rakaman kamera litar tertutup atau CCTV menunjukkan Choi memaksa Yoon masuk semula ke dalam sebuah kenderaan pada jam 3.27 petang hari kejadian sebelum beredar dari lokasi tersebut.
Choi sebelum ini memperkenalkan dirinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat IT dan menggunakan nama samaran “Black Cat” di platform penstriman. Beliau juga dikenali sebagai penaja VIP yang sering terlibat dalam urusan perniagaan bersama beberapa pempengaruh, termasuk Yoon.
Pada masa yang sama, menurut laporan program penyiasatan SBS Curious Story Y, Choi dipercayai berada dalam tekanan kewangan dan cuba mengawal kerjaya Yoon melalui jadual serta arahan yang bersifat paksaan. Mangsa difahamkan mahu menamatkan hubungan kerja dengan suspek sebelum insiden itu berlaku.
“Dia kelihatan terdesak dan merayu agar Yoon tidak memutuskan hubungan perniagaan mereka,” kata salah satu sumber industri yang enggan dikenali.
Selepas kejadian, Choi dilihat membawa sebuah beg besar ke kawasan pergunungan dan berhenti di lapan lokasi berbeza, dipercayai bagi mengaburi siasatan pihak berkuasa. Walaupun pada awalnya menafikan penglibatan, beliau akhirnya mengaku selepas mengetahui mayat Yoon telah ditemui.
Kes ini kini masih dalam siasatan lanjut oleh pihak polis, yang sedang meneliti motif sebenar di sebalik kejadian tersebut. Tragedi ini turut membuka semula perbincangan mengenai keselamatan serta tekanan yang dihadapi oleh pempengaruh digital di Korea Selatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!