Sejak kebelakangan ini, Transit Aliran Ringan (LRT) banyak berdepan dengan masalah teknikal yang serius. Setiap hari juga kita dapat lihat di media sosial, ada sahaja ‘rungutan’ dalam kalangan pengguna perkhidmatan tersebut.
Menyedari perkara berkenaan semakin ‘merumitkan’ pengguna, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, membuat tinjauan secara mengejut di laluan LRT Kelana Jaya, pada hari pertama beliau menerajui Kementerian Pengangkutan (MOT), semalam.
Tinjauan mengejut itu dilakukan Setiausaha Agung DAP itu pada waktu puncak tanpa pengetahuan pihak pengurusan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mahupun mana-mana media agar beliau dapat merasai sendiri keadaan sebenar yang dialami pengguna perkhidmatan tersebut.
Ads
Sehubungan itu, MOT akan mengadakan satu mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Prasarana dalam masa terdekat bagi membincangkan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota.
“Petang tadi (semalam), saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line semasa waktu kemuncak di antara pukul lima hingga tujuh petang.
“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang. Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari.
“Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan halatuju dan cara untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” katanya di Facebook.
Menjengah menerusi perkongsian sama, Loke turut berkongsi beberapa keping gambar ketika dia menjalankan sesi tinjauan tersebut. Beliau turut dilihat mengenakan pelitup muka dan topi berwarna hitam bagi mengelak daripada dikenali khalayak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebelum ini, REMAJA pernah berkongsi info tentang ura-ura individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 akan dibenarkan bercuti di Langkawi pada September ini.
Terbaharu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan pulau-pulau peranginan utama negara seperti Langkawi, Pangkor, Redang, Tioman dan Perhentian boleh mencapai imuniti kelompok hujung bulan ini dan dibuka semula awal bulan September akan datang.
Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataannya bagaimanapun memberitahu, perkara itu tertakluk kepada keputusan kerajaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan bagi mengelakkan berlakunya penularan COVID-19 dan menyebabkan penutupan semula dibuat.
MOTAC juga sedang mengemas kini dan menyiapkan SOP berkaitan sektor pelancongan. Untuk itu, mereka mengadakan sesi libat urus secara maya dengan 15 wakil persatuan penggiat industri pelancongan supaya golongan tersebut bersiap-sedia ke arah pembukaan sektor pelancongan terutamanya melibatkan pulau-pulau peranginan.
Antara persatuan yang terlibat dalam sesi itu ialah Persatuan Hotel Malaysia, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia, Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia serta Persatuan Spa Malaysia.
Diharap agar sektor pelancongan domestik kembali bersinar setelah beberapa bulan mengalami kerugian akibat pandemik ini. Ramai daripada mereka terkesan teruk sehinggakan ada yang gulung tikar kerana tidak mampu menampung kerugian lagi.
Sama-sama kita terus berdoa agar wabak pandemik ini berakhir segera.
Sejak semalam tular di media sosial perkongsian dari seorang wanita, Nor Sahira yang berkongsi fotonya “berubah menjadi tua” ketika mengandung. Memang jelas dan ketara perubahan wajahnya sehingga nampak lebih berusia dari keadaan sebenarnya.
Dalam catatan perkongsiannya yang menjadi viral hingga mencecah 15K, Nor Sahira berkata kejadian ini berlaku ketika dia mengandung anak ketiga.
Baca perkongsiannya.
Wajah Sahira berubah sedikit demi sedikit ketika mengandung anak ketiga
Maaf terlalu banyak yang PM tentang gambar yang saya up dekat story. Saya jawab dekat sini yer. Tak larat nak balas satu-satu.
Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak ke 3 . Muka saya sikit-sikit naik bengkak + sembap + berkedut + hitam . Awak semua terkejut.
Saya berlipat kali ganda terkejut . Tak pernah pembawakan budak seteruk nie. Masa mengandung, hari-hari stress. Nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum tapi dalam hati, hancur lebur .
Wajahnya nampak berusia dan berubah begitu ketaraInilah wajahnya yang sebenar. Cantik dan manis orangnya
Tapi lepas bersalin, sikit demi sikit semuaNya hilang. Bengkak mula surut, hidung besar mula elok, kulit makin cerah. Jangan tnya pakai produk ape. Saya tak pakai pape . Yer ramai kata, terlalu berbeza. Macam org tua, macam nenek. Saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang jadi dekat saya .
Alhamdulilah. Syukur kehadrat ilahi. SegalaNya dah back to normal. Terima kasih pada suami Pendekar Laut yg sentiasa puji sy cantik, walaupun saya tahu sebalikNya. Dia nak sedapkan hati isteri dia.
Nasihat untuk gadis remaja, bukan semua orang mengandung akan alami simptom begitu. Jangan ada rasa takut untuk berkahwin dan mengandung pula kerana semuanya adalah aturan Allah buat hambaNya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahi ayam bukan je digunakan sebagai baja organik untuk menyuburkan tumbuhan, tapi ia juga boleh menjadi ‘senjata’ elak penyebaran Covid-19.
Sejak bermulanya penyebaran COVID-19, pelbagai inisiatif dilakukan oleh setiap negara yang terjejas bagi mengekang penyebaran pandemik pembawa maut ini.
Baru-baru ini, kerajaan wilayah Lund, Sweden telah mengenal pasti satu kaedah baharu dalam mengekang penularan wabak pandemik di sana, iaitu dengan menggunakan tahi ayam.
Dalam mengawal kedegilan penduduk untuk berkumpul dan meningkatkan risiko penularan, pemerintah bandar telah mengarahkan supaya tahi ayam disembur di sekitar kawasan tumpuan ramai.
Risau tentang festival musim bunga Walpurgis Night mampu mengumpulkan sehingga 30,000 orang dalam satu-satu masa lantas penyebab penularan pandemik covid-19. Ini kerana sudah menjadi tradisi penduduk setempat berkumpul di taman bersempena dengan festival ini.
Mendapat sokongan penuh daripada ketua bandar, pemerintah bandar memberitahu mereka tidak melarang penganjuran festival tetapi perlu fikir yang terbaik demi keselamatan bandar dan penduduknya.
Turut menjadikan tahi ayam sebagai baja untuk rumput di taman, Sweden setakat ini telah mencatatkan 24,623 kes positif COVID-19 dengan kadar kematian mencecah 3,040 orang.
Bagus juga idea Sweden ni, dekat Malaysia korang rasa berkesan ke kalau kita gunakan inisiatif kreatif macam ni?