Jika kamu mengikuti gosip dari Hollywood, pastinya berita mengenai pergaduhan di antara rappers; Nicky Minaj dan Cardi B telah kamu ketahui.
Pada mulanya, kedua-dua orang rapper perempuan itu berjalan dengan tenang saja di acara karpet merah sempena New York Fashion Week pada hujung minggu lalu. Tidak sampai 15 minit selepas Nicki beredar dari karpet tersebut, bunyi bising datang dari tingkat atas bangunan tersebut dan terang-terangan, Nicki dan Cardi dapat dilihat berbalah sesama sendiri.
Nasib baik mereka pantas dipisahkan oleh pegawai keselamatan masing-masing sehingga beberapa kaki jauhnya. Namun, Cardi dilihat sempat menanggalkan anting-anting (uh-uh, petanda nak bergaduh?) dan membaling kasut ke arah Nicki.
Nasib mereka baik kerana tiada kecederaan yang berlaku, kecuali tanda lebam pada dahi Cardi. Besar kemungkinan, siku pegawai keselamatan Nicki yang terkena dahinya dengan kuat.
Seriously, it was HUMILIATING.
Cardi mendakwa Nicki mengutuk anaknya yang baru lahir dan cara Cardi membesarkannya. Nicki pula menidakkan dakwaan itu dalam temuramah bersama Queen Radio.
Ish, malu kot! Perempuan matang pun boleh lakukan catfight di hadapan ramai orang. Apa sebab perempuan suka sangat nak mencari pasal dengan perempuan lain?
Ads
01
Cemburu
Tak kisahlah apa juga alasan yang perempuan beri, cemburu adalah antara sebab utama terjadinya catfight. Mula-mula, memanglah perasaan itu datang dari perkara yang remeh seperti kecantikan seseorang. Kemudian bila rasa cemburu itu melanda, memang susah nak hentikan pertelagahan.
02
Dapat Perhatian
Ada yang bergaduh setakat hendak menunjuk kononnya mereka cool, hebat dan kuat sedangkan dia sebenarnya hendakkan perhatian ramai orang je.
03
Kerana Lelaki
Ads
Okay, kami percaya perempuan sebenarnya tak memerlukan kekuatan lelaki pun untuk berjaya dalam hidup. Ramai perempuan yang telah menempah kejayaan dengan berdikari.
Itu karier, tapi bagaimana pula dengan relationship? Mereka masih memerlukan lelaki terutamanya apabila meningkat dewasa pada usia 20-an. Pada waktu ini, perempuan akan rasa tercabar jika ada perempuan lain yang ‘mendekati’ lelaki yang dia sayangi walaupun mereka tak declare pun couple.
04
Dia Tak Beri Kerjasama
Manusia ini amnya dibahagikan kepada dua – yang mengetuai dan yang disuruh. Bos dan pekerja di bawahnya. Hubungan ini memerlukan kerjasama yang baik jika ingin bertahan lama dan berjaya. Namun, ada sesetengah perempuan yang tidak ‘click’ dengan ahli yang lain.
Akhirnya, perempuan itu akan disisihkan all the time dan timbul rasa ‘mudah untuk dibuli’ di kalangan yang lain
Ads
05
Belajar Daripada Ibu-Bapa
Okay ini sedih!
Disebabkan dia membesar dalam persekitaran keluarga yang selalu bertekak, bergaduh dan lebih teruk, pernah terlibat dalam tragedi jenayah, anak perempuan akan mudah mengikut jejak langkah tersebut.
Bukan kerana dia ingin menjadi agresif dan mencari pasal, tetapi kerana dia merasa trauma, insecure dan takut jika ada yang akan membuli mereka terlebih dahulu.
06
Salah Persekitaran
Kita selalu terdengar mengenai kes salah berkawan. Isu ini sebenarnya benar dari segi psikologi. Apabila perempuan bergaul dengan geng yang salah, emosinya mudah terikut-ikut dengan budaya negatif ahli geng lain.
Dunia ini kecil je. Pergi mana-mana pun akan terjumpa orang yang kita tak suka.
Jadi bukankah lebih baik kita lupakan saja rasa tak puas hati dengan orang lain. Berbaik itu boleh mendatangkan lebih banyak kebaikan, cuba bayangkan Nicki Minaj dan Cardi B bergabung dalam projek yang sama. Mesti meletop kan!
Jika memang tak boleh sebulu sesama kawan perempuan pun, lebih baik kamu ambil approach untuk tidak mengendahkannya saja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan untuk berumah tangga bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, lebih-lebih lagi untuk memilih pasangan yang akan berkongsi hidup sehingga ke akhir hayat.
Dalam tempoh perkenalan semuanya indah belaka, namun kita hanya tahu perangai sebenar pasangan apabila sudah betul-betul hidup bersamanya. Sebelum berkahwin mungkin tidak semua perkara akan dikongsi bersama pasangan. Jadi jangan terkejut sekiranya selepas mendirikan rumah tangga, barulah korang tahu background sebenar suami atau isteri.
Walau bagaimanapun, melalui portal esyariah.gov.my, terdapat ruangan yang korang boleh semak latar belakang pasangan sama ada mereka pernah melakukan jenayah atau tidak dengan hanya menerusi nombor kad pengenalan.
Bukanlah nak menyiasat seperti polis, tapi setidak-tidaknya korang betul-betul mengenali pasangan sama ada mereka mempunyai sebarang rekod jenayah atau pun tidak.
Caranya mudah sahaja:
1. Layari website esyariah.gov.my
2. Cari ruangan ‘Semak Status Kes’
3. Pilih MAL (untuk kes kahwin/anak luar nikah, etc) atau JENAYAH
4. Masukkan nombor kad pengenalan
5. Semak keputusan
Paling penting, korang kenalah tahu nombor kad pengenalan pasangan terlebih dahulu. Ini hanya pilihan untuk korang buat atau tak, bukan paksaan okay?
Mungkin ramai pasangan yang sudah merancang perkahwinan beberapa bulan ini terpaksa akur untuk menunda pernikahan mereka gara-gara wabak COVID-19 yang melanda dunia.
Berita ini mungkin mendatangkan rasa kesedihan buat pasangan dan keluarga pengantin yang sudah berjahat dan mengeluarkan modal kenduri, tetapi harus membatalkan demi kebaikan bersama.
Namun, tidak bagi negara Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka telah melancarkan perkhidmatan perkahwinan secara online yang membolehkan pasangan meneruskan pernikahan walaupun dalam sekatan pergerakan akibat COVID-19.
Menurut Harian Metro, warga UAE dan penduduk di sana boleh memilih tarikh untuk majlis perkahwinan dalam talian yang akan dikendalikan menerusi pautan video bersama jurunikah selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.
Gambar hiasan
Melalui prosedur tersebut, jurunikah akan mengesahkan identiti pasangan dan saksi sebelum sijil nikah diserahkan kepada mahkamah khas untuk pengesahan. Pasangan pengantin akan menerima pengesahan sijil nikah itu melalu mesej teks.
Pergh, biar betul?
Menurut laporan perkhidmatan ini diperkenalkan selepas Dubai menggantung urusan berkaitan perkahwinan dan penceraian akibat kekangan pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.
Pada pendapat korang, okay ke tidak kahwin secara online ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan, ada banyak perkara yang perlu korang fikirkan terlebih dahulu.
Walaupun mungkin dah 10 tahun berkenalan, tapi biasanya memang korang tak akan kenal 100 peratus perangai sebenar pasangan. Jadi, kalau dah ada yang berniat nak menamatkan zaman bujang tu, tahniah kami ucapkan.
Cuma sebelum tu, ada beberapa perkara perlu korang betul-betul faham dan bincangkan dengan pasangan sebelum mendirikan rumah tangga.
1. Agama
Paling penting, ada pegangan agama yang kuat barulah boleh melayari bahtera rumah tangga bersama. Nak hidup bersama ni perlu ada orang yang boleh bimbing kita ke arah kebaikan.
2. Kewangan
Bukan la nak jadi materialistik, tapi seeloknya sebelum kahwin clarify terlebih dahulu kewangan korang untuk sama-sama membuat pembahagian dalam komitmen bayaran bulanan.
3. Tempat tinggal
Sama ada nak sewa rumah atau tinggal di rumah keluarga, time ni la korang patut decide dulu sebelum kahwin. Tak nak ada isu pula lepas berumah tangga nanti. Sebaiknya, cuba untuk tinggal berasingan daripada keluarga. Belajar berdikari dan waktu ini lah nak ‘honeymoon’ dengan pasangan.
4. Pekerjaan
Tidak semua pekerjaan mempunyai waktu bekerja yang sama. Mungkin pasangan korang bekerja mengikut shift atau sering overtime. Jadi, cuba untuk faham pekerjaan dan waktu kerja mereka.
5. Tahap kesihatan
Jangan rahsiakan hal kesihatan kepada pasangan. Jika ada masalah berkaitan dengan kesihatan, terus terang saja agar pasangan boleh memahami tahap kesihatan korang.
6. Keluarga mertua
Apabila kita berkahwin, kita bukan saja bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan, tetapi bersama keluarga sekali. Sikap mak dan ayah mertua mungkin tidak akan sama seperti ibu bapa kita, jadi cuba luangkan lebih banyak masa untuk mengenali hati budi mereka sebelum berkahwin.
7. Haiwan peliharaan
Nampak macam remeh, tapi ini antara perkara yang korang perlu bincang juga. Mana la tahu si suami suka kucing tapi bakal isteri pula takut dengan kucing. Kalau rumah korang nanti ada haiwan peliharaan seperti tu, mau dia melompat dalam rumah nanti. Atau mungkin saja dia alah kepada bulu-bulu haiwan.
8. Makanan
Ambil tahu cita rasa pasangan korang. Selain itu, tanya juga sama ada mereka punya alahan pada makanan atau tidak. Janganlah sediakan makanan ikut tekak sendiri je nanti. Haha!
9. Minat
Mempunyai minat yang sama adalah bonus untuk sepasang suami isteri. Tapi jika tidak, hormati minat atau hobi pasangan korang dan sesekali cubalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut bersama-sama untuk mengeratkan lagi hubungan kalian.
Nak kahwin memang syok, tapi banyak yang korang kena pertimbangkan juga tau. Barulah harmoni rumah tangga yang dibina nanti. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...