13 Disember 2021 yang lalu, Miss Universe telah mengangkat India sebagai pemenang sekaligus sebagai wakilan yang akan menjadi wajah organisasi tersebut sehinggalah Miss Universe 2022 diadakan pada penghujung tahun ini.
Dalam pertandingan ini semestinya gaun petang yang digayakan oleh setiap peserta menjadi perhatian. Ada yang hadir dengan rekaan yang sarat dengan pelbagai perincian dan ada juga yang hadir dengan rekaan yang cukup ringkas namun memberi impak yang maksima.
Sarat atau pun ringkas bukan ukuran, tetapi keunikan dan juga aura yang dimiliki si pemakai yang menjadikan sehelai gaun itu lebih menarik. Ini adalah enam pilihan gaun petang digayakan pemenang Miss Universe yang paling diingati.
Menggayakan helaian gaun petang yang diberi jolokan nama “The Lava Gown”, busana rekaan Mak Tumang ini sememangnya memiliki keindahan yang memukau dengan peletakan perincian batuan mewah dengan warna seakan-akan aliran lava dari gunung berapi.
MISS UNIVERSE 2002, OXANA FEDEROVA
Biarpun dia hanya memegang mahkota selama enam bulan sebelum digantikan dengan pemenang tempat kedua. Oxana merupakan antara pemenang pertandingan Miss Universe yang paling diingati. Gaun yang digayakannya juga memberi nafas baharu ketika era itu yang mana pilihan gaun petang potongan empire rona putih itu menyerlahkan nuansa moden dan bersahaja. Gaun ini merupakan dari koleksi Gucci Sping/Sumbber 2002 rekaan Tom Ford.
Berusia 18 tahun ketika memenangi mahkota mahal ini, Zuleyka menyerlah dalam gaun rekaan Carlos Alberto. Saat dia melangkah di atas pentas dalam busana ini setiap mata terpana kerana keunikan dan juga keindahan yang tiada taranya. Gaun melekap pada tubuh dengan rekaan leher terbelah dalam sehingga ke dada cukup unik dengan perincian rantai metalik yang tergandung pada setiap inci gaun lantas membentuk seakan-akan corak menarik. It is one-of-a-kind gowns!
Gaun rona kuning ini menambat setiap mata yang memandang. Gaun rona kuning terang rekaan Gionni Straccia ternyata memberikan a breath of a fresh air di atas pentas final Miss Universe ketika itu. Ditambah pula dengan kelincahan Dayana menggayakannya menjadikan gaun ini “hidup” dan diingati sehingga hari ini.
Kemenangan wanita berasal dari Hawaii, USA ini sudah dijangka kerana kepetahan dan juga personalitinya yang menarik.Rekaan gaun rona biru berbelah tinggi dengan perincian transparen di bahagian torso dan berleher potongan halter menjadikan rekaan tersebut ahead of its time.
Gaun yang digayakan oleh Miss Universe yang berasal dari negara Jepun ini bukanlah direka khas untuk dirinya. Sebaliknya, gaun ini merupakan gaun siap pakai yang boleh dibeli dibutik jenama mewah, Gucci. Gaun ini menampilkan rekaan plunging neckline namun ia diseimbangkan dengan potongan lengan panjang. Selain itu corak paisley yang disertakan memberi kelainan. Apa yang pasti saat Riyo berpusing di dalam guan ini alunannya cukup mengujakan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal, BTS Jin baru-baru ini membuktikan popularitinya masih lagi diterima baik oleh pelbagai pihak apabila beliau dipilih menjadi duta global untuk beberapa jenama terkenal.
Baru sahaja menamatkan perkhidmatan latihan ketenteraan empat bulan lalu iaitu pada Jun 2024. Jin atau nama sebenar Kim Seokjin (32) telah diangkat menjadi duta global pertama jenama barangan kemas mewah berasal dari Perancis, Fred pada awal Julai lalu.
Seterusnya, penyanyi lagu ‘Super Tuna’ itu juga dipelawa menjadi duta jenama fesyen mewah, Gucci pada awal bulan Ogos, jenama penjagaan kulit Laneige pada hujung September dan terbaru jenama barangan sukan Alo Yoga.
Selain daripada itu, Jin juga telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Kehormat kota Seoul oleh Visit Seoul, bagi menarik lebih ramai orang untuk melawat dan merasi pengalaman dan budaya di negara ginseng tersebut.
Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangannya lagi, Jin juga baru melancarkan video muzik versi istimewa Super Tuna dan mempunyai rancangan realiti solo berjudul ‘Run Jin’ yang ditayangkan di aplikasi Weverse dan Youtube rasmi BTS.
Anggota tertua kumpulan pop sensasi itu juga difahamkan bakal melancarkan album pertamanya sebagai penyanyi berjudul ‘Happy’ pada 15 November akan datang.
Sekadar info mengenai BTS, pada 17 Oktober lalu, anggota kedua, J-Hope baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan. Manakala, empat ahli lain iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin sedang menjalani perkhidmatan latihan ketenteraan sejak Disember tahun lalu dan kesemua ahli dijangka akan bersatu semula pada tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebentar tadi Malaysia telah kehilangan seorang tokoh yang unggul dan amat disegani.
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib telah dilaporkan meninggal dunia pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.28 pagi di Hospital Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan allahyarham merupakan tokoh yang berpengaruh dan disegani ramai.Beliau terkenal dengan semangat patriotisme dengan cuba menyingkirkan tembok tradisi dan taraf sosial dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Ini kami rangulkan 10 fakta menarik tentang figura ini.
1. Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak daripada kadar 70 peratus kepada serendah satu digit sahaja.Disebabkan itu, Allahyarham digelar sebagai Bapa Pembangunan dan Pemodenan Sarawak.
2. Memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini dikenali sebagai Premier Sarawak) selama 33 tahun. 16 Mac 1981 hingga 28 Februari 2014.
Datuk Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal ketiga pada 17 April 1987. Foto via Sarawakdotcom
3. Menekankan polisi politik pembangunan yang berpaksikan kesaksamaan bagi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran Sarawak agar sebarang perbalahan politik, sama ada dalaman atau luaran diketepikan.
4. Membawa masuk kampus universiti-universiti Barat dan Australia ke Sarawak amat dititikberatkan oleh Abdul Taib. Inisiatif ini bagi merapatkan jurang ketidaksamaan.
5. Memperkenalkan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi masa hadapan Sarawak.
6. Dilahirkan di bandar Miri, Sarawak pada 21 Mei 1936 dengan berdarah bangsawan.
Pehin Seri Abdul Taib Mahmud ketika muda. Foto via Sarawakdotcom
7. Cemerlang dalam bidang akademik kerana ditawarkan biasiswa Colombo Plan bagi melanjutkan pelajaran di menara gading dalam jurusan undang-undang di Universiti Adelaide Australia.
8. Menolak pelawaan berkerja sebagai hakim dan menjawat jawatan pendakwa raya di negeri tercinta Sarawak.
9. Melakar sejarah sebagai tokoh termuda dalam kancah politik Sarawak, pada 22 Julai 1963 beliau mengangkat sumpah sebagai seorang menteri.
10. Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Sarawak.
Innalillahiwainnailaihirojiun…Semoga roh Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib dicucuri rahmat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang mempunyai masalah sinus mesti sangat faham dengan situasi gatal hidung dan kerap terbersin lebih-lebih lagi pada waktu pagi.
Alahan pada habuk dan beberapa jenis makanan, terutamanya makanan laut adalah antara faktor yang menjadi punca masalah ini. Biasanya kalau pergi klinik, doktor akan menyuruh korang cari punca apakah yang menyebabkan alergik ini berlaku dan menasihatkan agar elakkan daripada perkara-perkara tersebut.
Namun begitu, kalau dah serangan kegatalan maksima tu tiba-tiba datang, disertai pula dengan bersin tanpa henti, mana boleh tahan kan?
Nah, korang boleh cari flo sinus care ini untuk bersihkan hidung yang rasa tak selesa. Perkongsian Adlina MN ini telah mendapat lebih daripada 6000 ribu tweet di laman twitter.
Selamat mencuba!
Paling sensitif dengan habuk
Saranan untuk cuba Flo sinus care
Cara pakai:
Respon pengguna lain
Malah, ada juga pengguna yang lain mengatakan bahawa mereka turut sama menggunakan produk yang sama atas saranan doktor.
Perghh, macam tu sekali dia keluar. Patutlah rasa selesa lepas cuci hidung tu. Hiks!
So guys, kalau ada yang hadapi masalah sama, korang bolehlah cuba guna produk ni. Tapi ingat, apa-apa pun cuba cari punca terlebih dahulu kenapa sinus ni datang menyerang. Kalau asyik guna ubat je tapi tak elak daripada punca alahan, sampai sudahlah sinus korang tu tak okay. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!