
Sebelum ini, tular di media sosial apabila wajah pelajar sekolah menangis menahan sakit dan takut apabila perlu melalui ujian swab test. Ditambah bilangan kes positif mencanak naik dan mencatat kes tertinggi dalam sejarah PKP.

Namun lain pula apa yang berlaku di Itali, pihak berkuasa kesihatan Lazio di Itali melancarkan ujian air liur untuk mengesan jangkitan COVID-19, iaitu suatu proses mudah dan tidak invasif untuk kanak-kanak.
Ujian itu dijalankan secara projek perintis oleh Istituto Grassi di tiga sekolah di bandar Fiumicino, Rom, pada Selasa.
Ujian tersebut memerlukan mereka yang mengambil bahagian untuk mengunyah swab yang seperti gula-gula getah selama lima minit.

Kemudiannya, air liur kemudian dianalisis untuk mengetahui wujudnya antigen COVID-19 dan hasilnya dapat diperolehi dalam tempoh empat hingga lima jam.
Seterusnya, swab tersebut akan dihantar ke hospital untuk analisis pengesahan selanjutnya jika didapati positif.
Tujuannya adalah untuk memaklumkan keluarga tentang sebarang risiko penularan, bagi mengelak anak yang dijangkiti datang ke sekolah pada keesokan harinya.

Sehingga kini, kira-kira 1.2 juta swab, ujian pantas dan jenis ujian lain di lapangan terbang dan pelabuhan, dijalankan di wilayah tersebut dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Apa pun mari kita doakan agar COVID-19 ini cepat hilang dimuka bumi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alica Schmidt, Atlet Paling Seksi Di Dunia Kini Model Milan Fashion Week

Korang ingat lagi tak tentang Alica Schmidt, atlet paling seksi dari Jerman yang menjadi perhatian utama di Sukan Olimpik Tokyo disebabkan kejelitaannya.

Terkini, beliau tampil sebagai model untuk pertunjukkan fesyen Hugo Boss di Milan Fashion Week Spring/ Summer 2022.
Dalam perkongsian di laman instagramnya, Alica turut memuat naik momen bersama model ternama dunia yang sama-sama tampil di persembahan fesyen Hugo Boss. Antaranya Gigi Hadid, Irina Shayk dan influencer Khaby Lamme

Ini beberapa fakta tentang Alica Schmidt dengan koleksi gambarnya yang panasnya.
1. Tampil di sukan larian berganti
Wanita muda ini sekarang sedang beraksi mewakili pasukan Jerman dalam larian berganti 4×400 wanita di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Di samping itu, dia juga menyertai pasukan campuran relay yang merupakan penampilan sulungnya di Olimpik.
2. Berstatus atlet wanita terseksi

Wanita berambut perang berusia 22 tahun itu dinobatkan sebagai atlet wanita paling seksi di dunia. Dia mendapat nama panggilan dari peminatnya di media sosial. Menurut sumber, Alica Schmidt meletakkan sukan sebagai priority. Atlet cantik ini sendiri juga tidak tahu bagaimana dia boleh mendapat gelaran atlet paling seksi.
“Ada ribuan wanita lagi di Instagram lebih cantik daripada saya tetapi tidak mempunyai pengikut yang ramai”
“Saya tidak tahu mengapa saya mendapat gelaran ini. Sukan adalah keutamaan saya. Hargai kejayaan orang lain daripada cemburu dengan apa yang mereka kecapi,” katanya.
3. Brand ambassador produk olahraga dan kecantikan

Bukan biasa-biasa, pelari yang ditaja oleh Puma telah bertanding selama bertahun-tahun. Sebelum ini, meraih pingat perak di Kejohanan Bawah-20 Atletik Eropah 2017 dalam larian berganti 4×400.
Sebagai selebriti dan atlet yang terkenal, wajarlah Alica dipercayai menjadi duta jenama atau duta untuk pelbagai produk. Sekiranya anda melihat muat naik akaun Instagramnya, Alica sering mendapat sokongan daripada banyak jenama. Bermula dari produk sukan, kesihatan, dan kecantikan.
4. Selebgram dengan 2.3 juta follower
Fakta lain mengenai Alica Schimdt, dia ternyata menjadi salah satu selebgrams paling popular di Jerman. Tercatat, Schmidt mempunyai 2.3 juta pengikut di Instagram. Majoriti pengikut Alica adalah lelaki.
Sekiranya korang meninjau ke akaun Instagramnya @alicasmd, wanita yang dilahirkan pada 8 November 1998, sering memuat naik aktiviti semasa latihan dan aktiviti harian beliau.
5. Tenaga Pengajar kecergasan kelab Borussia Dortmund

Alica Schmidt adalah salah seorang tenaga pengajar kecergasan untuk pemain kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund.
Di saluran Youtube rasmi Dortmund, Alica mempunyai program eksklusif untuk kandungan latihan kecergasan Erling Haaland dan rakan-rakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bacalah Doa Ini Di Hari Pertama Datang Haid, Pahala Diperoleh Sama Seperti 40 Orang Syahid

Ramai berasakan ketika haid, tidak dapat membaca apa-apa ayat suci al-Quran termasuk menyentuh kitab suci ini.
Namun alangkah ruginya di saat datang haid itu, kita tidak berbuat sesuatu kerana dengan hanya membaca satu doa ini sahaja, banyak kebaikan kita peroleh termasuk melalui titian silaturmustaqim dengan mudah di hari akhirat kelak.
Baca perkongsian dari Ustaz Mohd Sharhan Shafie mengenai kelebihan membaca doa ini di hari pertama haid.
Buat kaum Hawa dibaca, janganlah di abaikan.
Mungkin Perempuan menganggap kalau kedatangan haid tidak perlu untuk berdoa.
Justru sebaliknya, kalau perempuan kedatangan haid dihari pertama lebih baik berdoa.
Walaupun berada dalam keadaan kedatangan haid dan nifas atau dalam berhadas.
Kaum muslimah tidak sepatutnya membiarkan hari-hari tersebut berlalu dalam keadaan biasa-biasa saja, sebaliknya berusahalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan baik yang lain seperti membaca doa waktu kedatangan Haid.

Di bawah ini doa untuk perempuan yang kedatangan haid dihari pertama:
Bismillahirrahmanirrahim
"Alhamdulillahi'alakullihalinwa 'astaghfirullahamindzanbi"
Maksudnya ..
Segala Puji bagi Allah atas segala perkara dan aku memohon keampunan Kepada-Mu, Ya Allah dari kesemua dosaku.
Jika perempuan kedatangan haid hari pertama dan dia berdoa, seperti doa di atas maka:
1 – Dimudahkan jalan keluar haidnya.
2 – Mendapat pahala beribadah sepanjang haid.
3 – Meraih pahala 40 orang Syahid.
4 – Selamat dari azab neraka.
5 – Dimudahkan melalui jambatan sirathul Mustaqim.
Dari Saiyyidatina Aishah r.a meriwayatkan:
"Tidak ada seorang perempuan pun yg kedatangan haid, melainkan haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa diatas pada hari yang pertama, maka Allah SWT akan menulis baginya supaya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas jambatan Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan derajatnya oleh Allah SWT baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan empat puluh orang mati syahid. manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah SWT di dalam masa haidnya."
– Kitab Durratun Nasihin Fil Wa'zi Wal Israr – Selamat Beramal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Hutang PTPTN Tetap Tanggungjawab Kita Untuk Dibayar” – Majoriti Remaja Sependapat

Setelah berita mengenai penangguhan hutang pinjaman PTPTN diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik semalam, we have to admit we were a little bit sceptical.
Walaupun beliau sudah menegaskan bahawa penangguhan tersebut tidak valid dengan peminjam yang gajinya sudah mencecah RM4,000 ke atas, kami berpendapat bahawa besar kemungkinan ramai para peminjam yang akan mengambil kesempatan untuk sengaja ‘buat-buat terlupa’ untuk melangsaikan hutang pinjaman sedangkan mereka mampu.
Dalam ucapan oleh Ketua Pemuda PPBM iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam yang menyentuh mengenai isu tersebut, beliau juga sependapat dengan Menteri Pendidikan tersebut. Kata beliau, Walaupun gaji peminjam tidak mencecah RM4,000 sebulan, mereka masih bertanggungjawa untuk menyelesaikan hutang.

Janganlah pula kelonggaran tersebut disalah guna untuk bercuti, memiliki telefon bimbit mahal dan sebagainya. Jelaskan dulu hutang tersebut kerana itu adalah satu tanggungjawab.
Namun, adakah remaja dan belia negara ini bersikap sepositif itu?
Atau adakah mereka akan bersikap lebih acuh tak acuh selepas ini dan lebih berat tangan untuk membeyar semula?
Tinjauan REMAJA terhadap followers kami di Instagram nampaknya menjawab persoalan tadi, mereka rata-rata bersetuju bahawa pinjaman tetap adalah pinjaman. Ia adalah satu tanggungjawab.

@zulhusnyzulkafly Confirm susah dah nak buat pinjaman PTPTN lepas ni. Terima kasih generasi terdahulu.
@shazana_aris Saya sarankan MB untuk mansuhkan kos perkhidmatan dalam PTPTN tu. Follow macam MARA tiada kos perkhidmatan atau interest.
@bonda_rnr Tak setuju (dengan penangguhan ini). Kalau nak tunggu gaji RM4k ke atas sampai bila? Kalau menganggur bertahun-tahun makin lama pulak nak tunggu hutang langsai. Bukan ke ni duit negara juga?
@danishdayana_ Hhm pandai pinjam pandai lah bayar. Masa mula-mula nak pinjam dulu muka seposen je kan, tapi bila dah habis study terus lupa pernah pinjam, bangga update pergi overseas dan shopping sakan.
@faznur_mim Bayar tetap kena bayar, tapi faedah tu harapnya dikurangkan.
@muhd.rdwn Terima kasih sebab hapuskan senarai blacklist tapi kalau boleh hapuskan juga interest kerana itulah sebab utama pelajar terbeban nak bayar. Yang penghutang pun kena ambil peranan bayar selagi mampu. Takut je dekat dunia tak berkat, dekat akhirat kena soal.
Nampaknya, majoriti remaja di Malaysia masih punya kesedaran. Namun apa yang diminta oleh mereka adalah untuk menghapuskan kadar bunga dan kadar cas servis yang dilihat semakin tahun semakin meningkat. Itu menjadi punca mereka masih terbeban untuk membayar PTPTN.
Itu juga menjadi punca mereka seolah-olah give up untuk menjelaskan hutang kerana baki pinjaman dilihat tidak juga turun-turun walaupun sudah beribu Ringgit digunakan untuk membayar kembali.
Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

