
Kalau ada yang rindu nak tonton aksi pelakon legend Liam Neeson, inilah masanya untuk korang melepaskan kerinduan dengan menyaksikan filem terbaru lakonan bintang ini, Cold Pursuit yang bakal ditayangkan pada 21 Februari 2019 di seluruh pawagam tanah air.
Neeson memegang watak sebagai seorang ketua keluarga (Nels Coxman) yang disayangi serta menjalani kehidupan bahagia bersama isterinya, lakonan Laura Dern.
Namun kehidupan bahagianya diragut secara tiba-tiba kerana anak lelakinya meninggal dunia akibat pengambilan heroin secara berlebihan. Karakter penyayang Neeson akhirnya bertugas kepada seorang yang pendendam dan berusaha untuk membalas dendam ke atas kematian anak lelakinya.

Mampukah Nels membalas dendam terhadap kumpulan pengedar dadah yang menyebabkan kematian anaknya? Sama-sama kita saksikan di pawagam pada 21 Februari depan.
Menangi tiket tayangan Remaja x Cold Pursuit
Tarikh: 20 Februari 2019
Masa: 8.15 malam
Lokasi: TGV Cinema 1 Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Hanya Mahu Jadi Centre Of Attention” -Leona Akui Sukakan Perhatian

Personaliti media sosial popular, Kasih Iris Leona, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mengakui secara terbuka bahawa dia sukakan perhatian, bukan sahaja di hadapan kamera tetapi juga dalam kehidupan seharian.
Pendedahan tersebut dikongsikan Leona menerusi satu temu bual di sebuah audio siar tempatan.

“Saya tidak akan menafikan, saya suka perhatian. Bukan hanya di depan kamera tapi bila di luar pun sama.
“Saya hanya mahu menjadi centre of attention dan saya sangat menyukainya, baik atau buruk,” katanya.
Puteri kepada aktor terkenal, Azhar Sulaiman itu turut berpendapat bahawa setiap bentuk perhatian, sama ada positif atau negatif, membawa manfaat dalam kehidupan seseorang.

“Sebenarnya perhatian yang buruk tidak memberi kesan kepada saya.
“Secara jujur, saya fikir semua perhatian akan memberi manfaat kepada anda dalam beberapa cara. Perhatian buruk akan hilang selepas beberapa ketika.
“Dunia bukanlah yang indah sahaja, jika anda mahukan banyak perkara baik, banyak perkara buruk yang perlu dilalui,” ujarnya lagi.
Leona menambah bahawa memiliki mindset yang positif membantunya untuk menjalani hidup dengan sikap happy-go-lucky.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Apaceritapodcast
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia #CRAVITY #FindTheOrbit #LUVITY” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fatima Nak Adik.. Fazura Pula Ingin Lakukan Comeback Dengan Album, Filem & Drama Baru

Pejam celik, cepat sahaja masa berlalu sejak pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura menimang cahaya mata sulung mereka, Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Melihatkan keletah si kecil comel itu menerusi paparan Instagram Fattah dan Fazura serta di akaun miliknya sendiri yang dikendalikan ibu bapanya itu, sememangnya mereka tidak menang tangan melayan Fatima yang kini semakin pantas berinteraksi.
REMAJA bertemu dengan Fazura di acara Nona Superwoman Awards 2022 baru-baru ini bagi mendapatkan gambarannya sebagai seorang ibu muda. Jujurnya, agak lama peminat Fazura teringin melihat aksinya semula menerusi filem dan drama baharu.
Apabila Fatima kini bakal menginjak ke usia 3 tahun, adakah Fazura sudah bersiap-sedia untuk melakukan kemunculan semula?
“Saya sibuk dengan perniagaan (Tudung Fazura) sekarang. Saya juga ada album yang tidak siap lagi, (pembikinannya) sedikit tergendala sekarang.
“Perlahan-lahan saya akan kembali pada tahun ini. Ada projek-projek terbaru, ada filem terbaru yang insyaAllah akan mulakan pengggambaran pada bulan hadapan (Februari).
“Saya juga bercadang untuk terlibat dalam satu drama bersiri. Cuma (penggambarannya) tidak bolehlah terlalu lama sebab ada anak sekarang. Kesemuanya masih dalam fasa perancangan,” jelas Fazura yang berkobar-kobar untuk menjadikan tahun 2023 sebagai tahun ‘comeback’ dalam industri hiburan.
Fatima Nak Adik Baharu
Mengenali sisi Fazura selama ini, selebriti kesayangan ramai ini cukup lincah orangnya dan akan cuba ‘menyelitkan’ sebanyak mungkin aktiviti agar kehidupan peribadi dan profesionalnya terus aktif.
Perancangan Fazura ini pasti akan menggembirakan hati peminat yang sudah lama memendam rindu untuk melihatkan kemunculannya semula.
Cuma dalam diam, Fazura dan suami, Fattah kini juga sedang dalam fasa merancang untuk mendapatkan zuriat kedua. Malah kata pelakon Pisau Cukur itu, jika diberikan keizinan ingin sekali mereka menimang adik baharu untuk Fatima seawal akhir tahun 2023.

“Bila masuk sahaja tahun baru, memang kita rasa lama lagi masa tapi sebenarnya kejap saja. Jadi sekarang, saya tengah berebut masa. Dan kami juga merancang untuk mendapat anak kedua. Nak ‘buka kilang’ lagi.. nak bisnes lagi.. nak berlakon lagi.. saya hanya boleh berdoa semuanya dipermudahkan olehNya. Harapnya semua itu akan tercapai,” kongsinya lagi.
KLIK pautan video di bawah untuk menonton temu bual penuh REMAJA bersama Fazura. Dan apa pula responnya apabila sering dikaitkan dengan selebriti lain oleh warganet tempatan? Haa..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Banggakan Malaysia!” Striker 18 Tahun Negara Selamat Tiba Di Belgium

Bukan mudah untuk seorang pemain boleh negara menempah nama di peringkat kelab antarabangsa. Bukan saja mereka perlu bersaing bersama pemain tempatan, malah mereka juga berdepan dengan cabaran pemain remaja seluruh negara pada peringkat saringan.
Semalam menandakan tarikh penuh bermakna buat Luqman Hakim Shamsuddin, 18 apabila dia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Belgium bagi memulakan fasa seterusnya dalam kariernya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Luqman terpilih untuk ke Eropah bagi bermain dalam Divisyen 1 Belgium untuk kelab KV Kortrijk dengan mengikat kontrak selama 5 tahun.

View this post on Instagram
🇲🇾 Hakim joins KV Kortrijk and signs a 5-year contract! 🔴⚪️ #WelcomeHakim
A post shared by KV Kortrijk (@kv_kortrijk) on
Untuk pengetahuan korang kelab Belgium itu dimiliki oleh pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent tan yang merasakan Luqman memiliki skil dan semangat yang membara untuk diletakkan dalam sebuah kelab Eropah.
Kata pemain remaja yang berasal dari Kelantan itu, perasaan terujanya mengatasi sebarang perasaan gementar semasa menaiki pesawat semalam.
“Beberapa penumpang di atas pesawat mengenali saya dan tujuan saya ke Belgium. Mereka sempat memberikan kata-kata semangat untuk saya melakukan yang terbaik dan berharap agar saya membawa nama bola sepak Malaysia untuk menjadi lebih dikenali.
“Kini setelah saya tiba di Belgium, saya tak sabar untuk menyertai pasukan saya, KV Kortrijk,” kata Luqman lagi kepada rakan media.
Penyertaan Luqman itu juga mendapat sokongan daripada bekas Menteri Belia & Sukan negara, YV Syed Saddiq menerusi akaun Twitter beliau semalam
— Syed Saddiq 🇲🇾🌺 (@SyedSaddiq) August 13, 2020

Liga bola sepak Belgium dianggotai oleh beberapa kelab ternama yang telah mencipta nama di peringkat Eropah, terutamanya. Kortrijk adalah sebahagian daripada 18 buah pasukan yang bertanding, selain Anderlect, Club Brugge dan Standard Liege.
All the best Luqman, banggakan Malaysia ya!
Sebelum ini, pemain bola sepak negara yang pernah menyertai kelab bola sepak di luar negara termasuklah Akmal Rizal (RC Strasbourg), Zafuan Azeman (Ang Thong FC), Safee Sali (Pelita Jaya FC), Nazmi Faiz (SC Beira-Mar), Wan Zack Haikal (FC Ryukyu) dan ramai lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

