Pejam celik, cepat sahaja masa berlalu sejak pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura menimang cahaya mata sulung mereka, Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Melihatkan keletah si kecil comel itu menerusi paparan Instagram Fattah dan Fazura serta di akaun miliknya sendiri yang dikendalikan ibu bapanya itu, sememangnya mereka tidak menang tangan melayan Fatima yang kini semakin pantas berinteraksi.

REMAJA bertemu dengan Fazura di acara Nona Superwoman Awards 2022 baru-baru ini bagi mendapatkan gambarannya sebagai seorang ibu muda. Jujurnya, agak lama peminat Fazura teringin melihat aksinya semula menerusi filem dan drama baharu.

Fatima Nak Adik.. Fazura Pula Ingin Lakukan Comeback Dengan Album, Filem & Drama Baru Apabila Fatima kini bakal menginjak ke usia 3 tahun, adakah Fazura sudah bersiap-sedia untuk melakukan kemunculan semula?

“Saya sibuk dengan perniagaan (Tudung Fazura) sekarang. Saya juga ada album yang tidak siap lagi, (pembikinannya) sedikit tergendala sekarang.

“Perlahan-lahan saya akan kembali pada tahun ini. Ada projek-projek terbaru, ada filem terbaru yang insyaAllah akan mulakan pengggambaran pada bulan hadapan (Februari).

IKLAN

“Saya juga bercadang untuk terlibat dalam satu drama bersiri. Cuma (penggambarannya) tidak bolehlah terlalu lama sebab ada anak sekarang. Kesemuanya masih dalam fasa perancangan,” jelas Fazura yang berkobar-kobar untuk menjadikan tahun 2023 sebagai tahun ‘comeback’ dalam industri hiburan.

 

Fatima Nak Adik Baharu

Mengenali sisi Fazura selama ini, selebriti kesayangan ramai ini cukup lincah orangnya dan akan cuba ‘menyelitkan’ sebanyak mungkin aktiviti agar kehidupan peribadi dan profesionalnya terus aktif.

Perancangan Fazura ini pasti akan menggembirakan hati peminat yang sudah lama memendam rindu untuk melihatkan kemunculannya semula.

IKLAN

Cuma dalam diam, Fazura dan suami, Fattah kini juga sedang dalam fasa merancang untuk mendapatkan zuriat kedua. Malah kata pelakon Pisau Cukur itu, jika diberikan keizinan ingin sekali mereka menimang adik baharu untuk Fatima seawal akhir tahun 2023.

Fatima Nak Adik.. Fazura Pula Ingin Lakukan Comeback Dengan Album, Filem & Drama Baru

“Bila masuk sahaja tahun baru, memang kita rasa lama lagi masa tapi sebenarnya kejap saja. Jadi sekarang, saya tengah berebut masa. Dan kami juga merancang untuk mendapat anak kedua. Nak ‘buka kilang’ lagi.. nak bisnes lagi.. nak berlakon lagi.. saya hanya boleh berdoa semuanya dipermudahkan olehNya. Harapnya semua itu akan tercapai,” kongsinya lagi.

IKLAN

KLIK pautan video di bawah untuk menonton temu bual penuh REMAJA bersama Fazura. Dan apa pula responnya apabila sering dikaitkan dengan selebriti lain oleh warganet tempatan? Haa..

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI