
Bagi korang yang belum ada plan sempena cuti Tahun Baru Cina nanti, Remaja nak mengajak korang ke Taman Tema Air Sunway Lagoon sambil menikmati keseronokan bersama insan tersayang di Zambezi River yang berwajah baru.
Bertemakan Tahun Tikus, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini disertai oleh barisan maskot terbaru Sunway Lagoon iaitu Captain Quack & Friends, di mana mereka akan bersama-sama para pengunjung memeriahkan perayaan ini bermula dari 23 Januari sehingga 6 Februari.

.
Terdapat beberapa tarikan lain di Sunway Lagoon sepanjang Tahun Baru Cina ini dan antaranya adalah Huat Cheese Mountain, Wishing Love Pond, Rat Race Animal Kingdom, Fortune Chest, Lucky Tree, Sand Art dan Chapteh.

.
Nah, kami nak bagi korang rasai sendiri pengalaman A Mouse’s Tale di Sunway Lagoon dengan memberi 4 tiket masuk bermula 23 Januari sehingga 6 Februari nanti.
Hanya dengan menjawab soalan mudah dibawah, peserta perlulah berada d sekitar kawasan Lembah Klang bagi memudahkan proses penyerahan tiket. Penyertaan dibuka hingga 19 Januari jam 12 tengah hari.
Pemenang akan diumumkan pda 20 Januari melalui DM di instagram korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kenapa Orang Hina Kau Sampai Begini..” Keluarga Paling Terkesan Bila Nadeera Zaini Digelar B*B*

Kemenangan program realiti nyanyian, Big Stage musim kelima yang berpihak kepada penyanyi bersuara lantang, Nadeera Zaini semalam sememangnya telahpun diramalkan oleh ramai pihak.
Bak kata juri tetap program iaitu Ajai sendiri, kekuatan Nadeera terletak pada konsistensi dalam persembahan dan ternyata, semalam beliau telah melakukan yang terbaik bagi meletakkan dirinya di kedudukan ranking teratas.
ARTIKEL BERKAITAN: Juara Big Stage 2023 Jadi Milik Nadeera Zaini, Ramai Terkejut Putera Muhammad Sekadar Di Tangga Ketiga – REMAJA

Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak datang bergolek apabila Nadeera terpaksa berdepan banyak dugaan sepanjang 10 minggu pertandingan termasuklah isu diherdik kerana paras rupanya. Nadeera tidak terlepas daripada menjadi mangsa face shaming dan menurutnya, isu tersebut bertambah perit apabila memasuki minggu ketiga.
“Ia terjadi bila saya sedang melihat handphone. Saya memang tidak mahu baca komen selepas saya dikecam teruk (mengenai imej) pada minggu ketiga, ketika persembahan Rahmatulil Al Amin. Balik ke rumah pada minggu itu, saya hanya lihat gambar-gambar saya saja tanpa melihat bahagian komen.
“Sekali, notifikasi saya terkeluar dan ia berbunyi, ‘Muka itu macam b*b*.” Mak ayah saya adalah info pertama saya setiap kali perkara sebegini terjadi. Ia hanya akan membuatkan saya sedih dan down; oleh itu saya enggan membaca komen,” katanya dalam nada kesal.
“Mak ayah saya menangis. Makcik saya pun menangis dan menelefon. Katanya, ‘Kenapa ramai saya orang menghina kau sampai macam ini’. Memang sedih bila mereka adalah individu paling terkesan, tetapi saya cuba tabahkan mereka kerana ini adalah asam garam perjalanan saya sebagai seorang anak seni.
“Saya pantang kalau orang bergurau mengenai soal rupa kerana bagi saya itu Allah SWT yang cipta. Jadi saya ingin bertanya semula kepada anda semua yang berkata begitu kepada saya, kalaulah ia terjadi kepada ahli keluarga anda atau diri anda sendiri, macam mana perasaan anda?” ulasnya.
Bercakap lanjut mengenai persembahan mantapnya menerusi lagu Never Enough dan persembahan duet bersama Waode menerusi mesh-up lagu Gundah dan Semalam; Nadeera mengakui dirinya dilanda sedikit emosi ketika persembahan solo. Namun dia bangkit semula untuk ‘bertarung’ dengan Waode lantas membuktikan dirinya layak bergelar juara.
“Saya sebenarnya hampir menangis juga. Lagu Never Enough ini adalah tentang diri dan perjuangan saya. Saya tidak pernah puas menyanyi dan sentiasa ingin menonjolkan bakat yang Allah SWT telah berikan pada saya.”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Nak ‘Babap’ Siapa Cakap Awak Tak Cantik!” Nadeera Zaini Sebak Dengar Teguran Ajai – REMAJA

Nadeera turut sempat menghubungi keluarganya sejurus Big Stage musim kelima melabuhkan tirai semalam. Ujarnya, mereka cukup berbangga dengan kejayaan ini. Hanya mereka yang tahu tentang kesusahan dan struggle Nadeera sepanjang bergelar anak seni..
“Selama ini orang tindas, orang tipu, ada masalah kewangan pula, bekerja pun di lounge hotel untuk mencari duit makan. Ini adalah hasil titik peluh saya selama ini. Tangisan saya, marah saya telah menghasilkan trofi kemenangan ini,” simpulnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alif Satar Positif Covid-19, Sudah Beri Nama Kontak Rapat Kepada KKM.

Pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar telah mengesahkan yang dirinya didiagnos positif virus Covid-19.
Dalam satu hantaran di Instagram, dia berkata, “Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinnya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.”

Tambahnya lagi, “Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarantin.”
Kami di editorial Remaja mendoakan semoga Aliff lekas sembuh dan semua kontak rapat negatif dari virus tersebut.
Untuk malkuman pembaca, setakat semalam Malaysia telah mencatat sebanyak 53,679 kes dengan 332 kematian. Sila patuhi SOP yang ditetapkan dan jaga penjarakan sosial anda dalam memastikan penularan Covid-19 boleh dikurangkan.
Sumber & Gambar: Instagram Aliff Satar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
12 Produk ‘Tradisional’ Dicampurpalsu Dengan Steroids, Ini Bahaya Yang Perlu Korang Tahu

Ramai masyarakat kita mudah terpedaya dengan produk yang claim boleh rawat sakit lutut, sakit belakang, gout, lelah, asma, resdung dan sebagainya.
Ada juga yang percaya kerana bila mereka try, sungguh memang mujarab. Tapi sebenarnya korang tahu tak kenapa ubat tu sangat berkesan?
Ini kerana, produk-produk ‘tradisional’, ‘herba’ dan ‘natural’ ini lazimnya telah dicampurpalsu dengan steroids.
Apa tu steroid? Kenapa dekat hospital boleh digunakan tapi kalau penjual masukkan steroid dalam produk mereka tu tak baik?
Fungsi steroid
Pertama sekali, korang kena tahu steroid ni adalah antara kumpulan hormon yang dihasilkan dalam badan dan terbahagi kepada dua kategori.
1. Sex steroids seperti androgens (Contoh: testosterone), estrogen, progesterone
2. Corticosteroids seperti dexamethasone, prednisone, cortisone, etc
Ada pelbagai fungsi steroid ni:
1. Mengurangkan keradangan dan rasa sakit
2. Metabolism karbohidrat, lemak dan protein
3. Bantu dengan keseimbangan air dan elektrolit dalam badan
Kita fokus pada corticosteroids sebab steroid jenis ni yang selalu dimasukkan dalam produk-produk ‘tradisional’. Hormon ini dihasilkan di kalenjar adrenal dan terletak betul-betul atas buah pinggang, ada sepasang.
Dalam bidang perubatan pula, penggunaan corticosteroid ni luas sebab ia membantu untuk mengurangkan keradangan atau inflammatory process.
Contohnya untuk:
1. Penyakit asma/lelah/resdung/alahan
2. Penyakit autoimmune seperti rheumatoid arthritis, dan lain-lain
3. Addison’s disease, CAH
Penggunaan steroid untuk jangkamasa lama akan menyebabkan satu keadaan yang dipanggil Secondary Hypocortisolism iaitu kelenjar adrenal tak dapat dihasilkan hormon steroid yang mencukupi kerana lama sangat makan produk tradisional yang ada steroid.
Apa jadi kalau badan tak dapat hasilkan hormon steroid

Pesakit secondary hypocortisolism perlu mengambil ubat steroid seumur hidup. Jika berhenti secara tiba-tiba, boleh menyebabkan adrenal crisis, iaitu level hormon cortisol yang tak cukup dalam badan dan boleh menyebabkan kematian.
Kesan sampingan jika ambil ubat steroid untuk tempoh yang lama & tanpa pengawasan doktor

List ubat ‘tradisional’ yang ada steroid
1. Al-Barakah Ayam Selasih

Ada Dexamethasone
2. Skyline Al Taqwa Gaut Asam Urat
Skyline Al Taqwa Juice
Skyline Al Taqwa Sakit Pinggang & Lutut

Semua ada Dexamethasone
3. Za’faran

Ada Dexamethasone dan Prednisolone
4. Majun Mutiara
Majun Burung Unta
Majun Dua Istimewa

Semua ada Dexamethasone
5. Bella Formula Sinus Cure, katanya untuk resdung

Ada Dexamethasone & Chlorpheniramine (sejenis antihistamine untuk kurangkan allergy/selsema), memang la boleh baik terus
6. Makjun Dua Istimewa
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Makjun 1001 Rahsia

Semua ada Dexamethasone
7. Jamu Ajaib
Jamu Ajaib Plus
Jamu Kampung
Jamu Madura

Semua ada Dexamethasone
8. Maajun Tolak Angin
Maajun Wali Sembilan
Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang
Maajun Super Ginseng Hilang Gelap Timbul Terang

Semua ada Dexamethasone
9. Super Resdong
Super Resdong Plus

Ada Dexamethasone dan Chlorpheniramine
10. Dong Mai Dan
Dong Mai Ling Chee Tan
Dong Mai Tan

Ni lagi canggih, ada yang campur Dexamethasone + Chlorpheniramine + Indomethacin (ubat tahan sakit sejenis NSAID)
11. Air Ikan Haruan
Air Haruan Ajaib

Target wanita lepas bersalin, ada Dexamethasone
12. Vitamin Super Gemuk

‘Vitamin’ ni kononnya untuk bantu menaikkan berat badan, padahal antara kesan sampingan steroid ialah berat badan bertambah
Kesimpulannya, sebelum korang terpedaya dengan mana-mana produk yang kononnya dikatakan ‘ubat tradisional’, ‘herba’ atau ‘asli’ tu, pastikan rujuk terlebih dahulu dengan doktor atau pharmacist yang merawat korang.
Tak berbaloi wey gadaikan kesihatan untuk produk yang boleh buat sakit hilang untuk sementara tapi merana seumur hidup.
Jangan dah jadi pada ahli keluarga sendiri baru korang nak menyesal.
Sumber: Twitter @izzahrph
Info Grafik: Twitter @gucaknaubat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

