Menakutkan! 50 Peratus Penduduk Dunia Terdedah Ancaman Banjir, Ribut, Tsunami Menjelang…

Share

Adakah ini petanda bumi semakin tuadan nazak? Ia juga gara-gara perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu..

Amaran kawasan darat bumi bakal ditenggelami air pada masa akan datang bukanlah satu perkara yang baru. Jika sebelum ini, kita digemparkan dengan jangkaan Malaysia dan Indonesia bakal tenggelam satu per tiga menjelang 2050.

Agak menakutkan bagi penduduk di sekitar pulau, bersempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia,  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan menjelang 2030, dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami.

Foto Via CNNIndonesia (Istockphoto/Mizoula)

PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan bencana tsunami yang berlaku sepanjang 100 tahun lepas, punca serta kesannya kepada masyarakat, bahaya selepas itu dan kematian.

Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan bahawa melaksanakan dasar dan langkah awal yang tepat serta sesuai dapat membantu mencegah potensi bencana.

PBB, yang menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya, memberi amaran bahawa urbanisasi dan pelancongan harus dicegah di kawasan yang mudah berlaku tsunami bagi mengelakkan risiko terhadap orang ramai.

Foto Via www.dosomething.org

Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan Jepun adalah antara negara paling terjejas, menurut kenyataan itu.

Bencana Tsunami bukan gurauan, ratusan orang meninggal. Ribuan orang kehilangan rumah yang telah musnah. Malah ia mampu memusnahkan seluruh bandar.

Moga Allah melindungi Malaysia dari sebarang bencana. Amin ya rabbalalamin.

Sumber : BERNAMA

IKLAN