Mempesona, Cantiknya Busana Songket Biru UQASHA SENROSE Rekaan RIZMAN RUZAINI

Share

Dalam sesebuah perkahwinan semestinya busana memmainkan peranan penting dalam menaikkan seri seorang pengantin. Ia merupakan satu elemen penting dalam mencipta sebuah memori yang akan kekal ke akhir hayat.

Kelmarin, pasangan merpati dua sejoli, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah mengumumkan kepada umum yang mereka sudah pun melangsungkan pernikahan pada tanggal 5 November yang lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu cukup sempurna dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat terdekat.

Uqasha dan Kamal dalam busana rekaan Shanell Harun.

Untuk majlis tersebut, pasangan ini telah memilih untuk menggayakan dua persalinan. Bagi majlis akad nikah mereka dilihat mengenakan persalinan serba putih rekaan Shanell Harun dan kemudiannya mereka menggayakan persalinan songket rona biru rekaan pereka fesyen ternama, Rizman Ruzaini.

Menariknya tentang busana songket ini, warna biru yang dipilih menyerlahkan nuansa aura yang sangat mahal dan eksklusif. Uqasha pula kelihatan sungguh menawan bagai seorang permaisuri di masa silam. Lengkap dengan perhiasan cucuk sanggul dan pending, gaya Uqasha memegang keris bersepuh perak melambangkan pesona seorang wirawati.

Menurut Rizman Nordin yang merupakan salah seorang pereka fesyen di sebalik jenama Rizman Ruzaini dalam temubualnya bersama klip eksklusif Gempak, “Kita elaborate dari stail Cik Siti Wan Kembang, dan kami buatkan busana tersebut menjadi moden. Sebab itu kalau anda perasan, nampak macam ada selendang. Sebenarnya kita terus drapekan pada gaun tersebut. Konsepnya memang beinspirasikan Cik Siti Wan kembang.”

Sesuai benar konsep Cik Siti Wan Kembang memandangkan Uqasha juga merupakan seorang anak seni yang berdarah Kelantan. Jadi tidak hairanlah jika figura hebat tersebut menjadi inspirasi di sebalik penghasilan busana ini.

Untuk majlis pernikahan ini wajah Uqasha telah disolek oleh jurusolek terkenal, Syed Faizal Syed Noh dan rambutnya pula didandan oleh Syuk Kadir.

Sumber gambar: Instagram Rizman Ruzaini/ Blackpepper Studio

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN