5 Mei 2024 menjadi tarikh keramat milik pelakon jelita, Nur Afifah Md Nasir setelah dia bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Syed Hariz dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah dan resepsi yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel premium di ibu negara itu telahpun disahkan sendiri berlangsung oleh bapa Afifah sendiri, Profesor Dr Mohd Nasir Ibrahim ketika dihubungi oleh mStar.

Menurut beliau, majlis disempurnakan olehnya sebagai wali pernikahan anaknya itu dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Afifah, 31 telah menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 tunai beserta lima dulang hantara daripada pihak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon, Afifah Nasir Sah Bergelar Isteri Syed Hariz – REMAJA

View this post on Instagram

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Kedua-dua majlis berkenaan jelas telah mendapat sentuhan terperinci oleh Afifah dan Syed Hariz sendiri yang inginkannya membekaskan memori yang sukar untuk dilupakan oleh mereka berdua. Setiap satu pemilihan pasangan itu, biarpun lebih premium dan sukar untuk dimiliki oleh pasangan pengantin sebarangan, cukup untuk menepati cita rasa indah yang mereka inginkan.

Salah satu pemilihan yang cukup menarik untuk dirungkaikan adalah dua persalinan busana yang disarungkan oleh Afifah bagi majlis akad nikah kira-kira jam 4 petang Ahad dan bagi majlis resepsi yang diadakan di lokasi sama pada sebelah malam tadi.

Afifah memilih busana perkahwinan eksklusif oleh dua jenama fesyen terkemuka antarabangsa dari Lebonan iaitu Zuhair Murad untuk majlis akad nikahnya dan Yaralis Kothor bagi upacara resepsi.

IKLAN

Busana Zuhair Murad tersebut dipercayai merupakan sebahagian daripada koleksi Zuhair Murad Bridal Fall 2024 yang baru dipertontonkan sekitar bulan Oktober tahun lepas di mana ia memetik ilham daripada keajaiban alam mistikal yang bisa membuatkan mana terpegun apabila sang pengantin membuat kemunculan.

Afifah Nasir Pilih Zuhair Murad & Yaralis Kothor, 2 Pereka Fesyen Lebanon Busana Kahwin Eksklusif Untuk Hari Bahagia

Dengan siluet busana moden dan perincian bunga serta dedaun sarat di bahagian bodice dan  leher untuk memberi sedikit kelainan, pemilihan Afifah itu cukup kena dengan gaya dandanan updo oleh Ckay Liow serta solekan magikal Khir Khalid.

Sementara itu di upacara resepsinya pula, Afifah menggayakan satu lagi rekaan jenama dari Lebanon iaitu Yaralis Kothor.

Afifah Nasir Pilih Zuhair Murad & Yaralis Kothor, 2 Pereka Fesyen Lebanon Busana Kahwin Eksklusif Untuk Hari Bahagia

Afifah Nasir Pilih Zuhair Murad & Yaralis Kothor, 2 Pereka Fesyen Lebanon Busana Kahwin Eksklusif Untuk Hari Bahagia

Busana potongan ball gown yang sarat perincian itu dinamakan sebagai Silver Moon dan merupakan salah satu rekaan daripada koleksi Yarali Kothor 2024 Spring Summer.

IKLAN

Biarpun nama Yaralis Kothor boleh dikatakan masih hijau dan tidak begitu dikenali di Malaysia, hasil kerja tangan para atelier yang menyiapkan setiap satu busana membuatkannya si pemakai merasakan diri umpama puteri kayangan pada hari bahagianya.

Afifah Nasir Pilih Zuhair Murad & Yaralis Kothor, 2 Pereka Fesyen Lebanon Busana Kahwin Eksklusif Untuk Hari Bahagia

Afifah Nasir Pilih Zuhair Murad & Yaralis Kothor, 2 Pereka Fesyen Lebanon Busana Kahwin Eksklusif Untuk Hari Bahagia

Antara kedua-dua busana ini, mana satu yang lebih korang gemari?

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Mas Kahwin RM1111, Tyra Kamaruzzaman Sah Bergelar Isteri Pereka Fesyen, Emran Rijal – REMAJA

FOTO: Khir Khalid, Ckay Liow, Zuhair Murad & Yaralis Kothor.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI