Suka atau tidak, itulah statistik yang telah direkodkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Secara purata, rakyat Malaysia menggunakan 210 liter air sehari berbanding 165 liter bagi setiap individu seperti yang disyorkan. Kita buat apa dengan air sebanyak itu pada setiap hari? Hhm..
Tatkala 4 daripada 10 orang di seluruh dunia mengalami masalah kekurangan air, kita pula enggan berjimat. Isu ini mudah diselesaikan sekiranya kita menutup pili ketika memberus gigi. Pili yang dibuka mengalir telah membazirkan kira-kira 15 liter air sehari. Dalam sebulan, berapa liter tu gaiss?
Selain menutup pili semasa memberus gigi, air juga mudah dijimatkan dengan memeriksa tangki air dan tandas sekiranya ada kebocoran.
Ads
Tak hairanlah apabila Colgate-Palmolive Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Watsons Malaysia dan Yayasan Dignity for Childern untuk mendidik kepentingan menjimatkan sumber air menerusi kempen Save Water.
Ads
Dengan penjualan produk Colgate bernilai RM15 di kedai Watsons, korang akan membantu mengutip dana untuk kanak-kanak kurang berkemampuan untuk membantu menyediakan pendidikan yang cukup.
Baru-baru ini, tular video konten seorang tiktoker beragama Islam dari Indonesia sanggup memakan kulit babi goreng demi mengejar ‘view’. Rakaman video Lina Mukerji tular selepas mendapat kecaman ramai kerana memakan makanan yang sudah jelas haram dalam agama Islam lapor food.detik.
Dalam video dimuat naik menerusi akaun @lilumukerji baru-baru ini, Lina dilihat sedang makan di sebuah gerai makanan di Bali. Dia memesan nasi dilengkapi hidangan lawar yang berupa campuran daging dan sayur serta kulit babi digoreng.
Selebriti TikTok itu kemudian secara sengaja menjamu hidangan berkenaan dan mengaku melanggar rukun iman hingga menyebabkan kemarahan keluarganya sendiri.
Gambar Hiasan Via Foto: Healthline
“Hari ini, saya melanggar rukun iman dan sudah pastinya dokumen kartu keluarga saya akan ditarik balik.
“Namun, saya sengaja makan hidangan itu kerana rasa ingin tahu memandangkan banyak video makanan ranggup dimuat naik di TikTok,” katanya.
Ini bukanlah kali pertama dia memakan haiwan tersebut, malah sebelum ini dia mengaku pernah termakan daging babi secara tidak sengaja.
“Sebelum ini, saya makan daging babi secara tidak sengaja, namun kali ini saya sedar ketika menjamu hidangan itu,” katanya.
Pada akhir rakaman video itu, Lina mengakui dia makan hidangan babi itu semata-mata demi konten.
“Saya ingin minta maaf, ini sekadar konten,” katanya.
Hmm…peringatan buat kita semua, sebelum membeli atau memilih tempat makan, umat Islam diwajibkan untuk mengetahui sama ada status makanan tersebut adalah halal atau tidak.
Salah satu firman Allah di dalam Al-Quran ialah “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah,” (QS. Al Maa’idah:3).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memetik laporan Sinar Harian, serbuan tersebut dilakukan susulan isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu didakwa gagal membayar pinjaman daripada Majlis Amanah Raya (MARA) yang berjumlah hampir RM1 juta.
Tindakan itu juga dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.
Ketika serbuan dilakukan di kediaman mewah yang terletak di Kota Damansara itu, Che Ta mahupun suaminya tiada di rumah manakala hanya kelibat ibu pelakon itu sahaja yang kelihatan.
Difahamkan, selepas satu jam serbuan dilakukan, anak sulung pelakon itu iaitu Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.
Kata peguam Mara yang enggan dikenali, pihak Mara akan terus melakukan pengambilan barangan pada petang ini juga dan akan melakukan lelongan barangan sita dalam masa terdekat.
Sebelum ini, banglo milik selebriti ini yang bernilai hampir RM10 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya siap sepenuhnya selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melabur jutaan ringgit akhirnya ternoktah.
Golongan remaja merupakan lapisan masyarakat dalam negara yang bakal mewarisi negara ini suatu hari nanti. Suara anak muda menjadi satu perspektif baharu dalam menyuarakan pandangan berbeza, dan ini sangat penting untuk menjadikan sesebuah negara berpandangan jauh.
Ketua Move Forward Pita Limjaroenrat pada April 22, 2023. (Foto Via Lillian SUWANRUMPHA / AFP)
Hal ini termasuklah apa yang terjadi di negara jiran kita, Thailand. Umum mengetahui, dua parti pembangkang prodemokrasi utama Thailand meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum semalam, demikian menurut keputusan awal ketika ramai pengundi menggesa perubahan ke atas dominasi kuasa politik selama beberapa dekad oleh tentera dan monarki.
Pemimpin parti Move Forward, Pita Limjaroenrat dengan penuh yakin mengumumkan dirinya bakal dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Thailand selepas keputusan pilihan raya 2023 di Thailand menunjukkan pengundi menolak pemerintahan tentera.
Parti pembangkang Thailand itu telah memperoleh jumlah undi terbesar dalam pilihan raya Thailand kali ini, suatu keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan sedia ada yang disokong tentera dan telah memerintah negara itu selama hampir sedekad, lapor The Guardian.
Tapi Siapa Sebenarnya Pita Limjaroenrat?
Lelaki di sebalik parti Move Forward, yang tidak pernah mengenal erti putus asa dikenali sebagai Pita Limjaroenrat. Lelaki berusia 42 tahun itu memulakan kerjaya politiknya apabila beliau dipilih ke Parlimen pada 2019 sebagai ahli parti Move Forward.
Pita dilahirkan dalam keluarga kaya yang terlibat dalam politik. Bapanya merupakan penasihat di Kementerian Pertanian dan bapa saudaranya adalah pembantu kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
Beliau mendapat pendidikan di luar negara, iaitu di New Zealand selepas dirinya mula menunjukkan minat dalam politik.
Pita juga merupakan graduan Universiti Thammasat Bangkok di mana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Kewangan kemudian menyambung pengajian Sarjana Dasar Awam di Universiti Harvard dari Massachusetts Institute of Technology di Amerika Syarikat.
Kerjayanya bermula apabila Pita mengambil alih syarikat minyak milik bapanya dan kemudian dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat pengangkutan Grab Thailand.
Pita meneruskan kehidupan dengan berkahwin seorang model dan juga pelakon Thailand, Chutima Teenpanart namun mereka telah bercerai pada 2019.
Beliau kini merupakan bapa tunggal kepada anaknya yang berusia tujuh tahun, Pipim yang turut dibawa ke perhimpunan Move Forward.
Untuk info, pada asalnya, Move Forward diasaskan oleh seorang jutawan serta pengkritik tegar tentera, Thanathorn Juangroongruangkit dan parti itu menunjukkan prestasi yang baik pada pilihan raya 2019 secara tidak langsung menggegarkan politik Thai.
Walau bagaimanapun, Move Forward terpaksa dibubarkan pada tahun berikutnya selepas dakwaan yang menimbulkan perbalahan. Disebabkan itu, Thanathorn telah hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan Pita telah dinamakan sebagai ketua baharu.
Apa-apapun, Selamat maju jaya diucapkan kepada Thanathorn dan semoga beliau tetap terus membela nasib anak muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!