Saban minggu, program Gegar Vaganza 7 (GV7) yang kini bersiaran di Astro Ria untuk minggu ketiga semakin menarik.
Secara peribadinya, pemilihan lagu dan tema pada setiap minggu bagi kami memainkan peranan yang perting dalam GV7. Iyalah, inilah masanya untuk penonton di rumah ‘karaoke’ di hadapan televisyen mereka menyanyikan lagu-lagu old school.
Selain daripada faktor lagu, satu lagi faktor yang menarik perhatian penulis pada musim ini adalah kelibat salah seorang pesertanya, Linda Nanuwil. Sejak minggu pertama sehinggalah ke malam ini, penampilan bekas peserta Akademi Fantasia 2 itu saling tidak tumpah dengan pelakon glamor, Nur Fazura.
Malah, ramai yang beranggapan rupa dan penggayaan mereka seiras jika dilihat dari sudut tertentu.
Hhm, kami tak tahulah jika korang pun merasakan sedemikian. Cer tengok dan tentukan
Tempoh lima bulan yang lalu telah menyaksikan laluan sukar untuk penyanyi Zynakal.
Ini setelah dia melalui beberapa insiden yang membuatkan ramai orang memandang serong terhadapnya seperti kes mengasari seorang pekerja stesen minyak dan isu masalah kesihatan mental.
Namun, itu semua nyata tak menjadi halangan untuk Zynakal (Zyn) bangkit semula pada tahun 2020.
Bercakap tentang isu ‘baru tahu siapa kawan siapa lawan’, Zyn yang tampil bersama Yonnyboii untuk pelancaran lagu terbaru, Sakit, berpendapat ia adalah momen yang membuka matanya.
“Pertama sekali, saya terharu bila tahu masih ada orang care tentang saya.
“Tahun lalu, saya dihina oleh masyarakat dan ramai kawan saya yang ‘hilang’. Dia (Yonnyboii) lah antara kawan yang faham dengan situasi saya dan dari situlah saya terfikir untuk bergabung idea dalam lagu ini.
“Sakit adalah luahan hati saya mengenai situasi semasa,” katanya ketika ditemui pada hujung minggu lalu.
Menurut Zyn, tahun 2020 adalah tahun untuknya mengeluarkan lebih banyak lagu yang boleh diterima masyarakat. “Saya juga akan menjaga attitude saya agar lebih baik lagi selepas ini. Dan saya minta maaf dengan apa yang telah terjadi,” katanya.
Untuk pengetahuan, Zyn masih meneruskan rawatan bersama doktor pakar apabila dia akan membuat temujanji setiap enam minggu. Perlahan-lahan, dia berharap akan menjadi lebih baik dari segi fizikal dan mental.
*
Jelas, pengaruh Zynakal masih kuat apabila video lirik Sakit di YouTube telahpun mencapai 4.4 juta tontonan selepas lebih 3 minggu dimuat naik.
Cer dengar dan komen jika lagu melankoli ini sedap didengar.
Untuk menonton temuramah penuh REMAJA bersama Zynakal dan Yonnyboii, klik di bawah.
Serious talk, kami sendiri tak menjangkakan tiket konsert 2 hari bagi jelajah The Twenty Tour mampu habis terjual dalam masa beberapa jam saja.
Kenyataan rasmi masih belum kami terima daripada pihak penganjur, MacPiePro sama ada ia betul-betul sudah habis ataupun masih berbaki ruang tempat duduk. Namun, hasil percubaan team REMAJA sendiri yang ingin membeli tiket secara online pada hari ini mendapati kesemua seat telah pantas disambar peminat walaupun ia merupakan konsert 2 hari.
Semalam, penganjur telah mula menjual pra-tiket di kompleks membeli-belah Atria Shopping Centre dan media melaporkan ada yang mula beratur sejak hari Jumaat lagi. (Wait a minute, berapa lama dia menunggu..?!)
Hampir 1,500 orang peminat mengambil kesempatan untuk mendapatkan tempat duduk terbaik dan sanggup beratur. Itu bermakna 10% daripada jumlah tiket The Twenty Tour telah dijual lebih awal.
Adakah itu bermakna 90% baki tiket terjual secara online pada hari ini, walaupun baru beberapa jam berlalu?
Hhm, ada yang mendakwa kemungkinan ramai golongan Reseller yang membeli secara pukal dan menjualnya kemudian pada harga yang lebih mahal.
Ada juga yang berharap agar penganjur membuka slot konsert hari ketiga bagi menampung penonton sekiranya benar tiket sudah habis terjual.
Haipp, hilang suara anggota Westlife kalau menyanyi tiga hari berturut-turut! Hehe..
Bagi REMAJA, alternatif terbaik mungkin adalah untuk mengubah venue persembahan ke stadium yang lebih besar seperti Axiata Arena Bukit Jalil atau Stadium Merdeka Kuala Lumpur seperti yang dilakukan untuk konsert Ed Sheeran pada hujung minggu ini.
Kita nantikan jawapan balas daripada MacPiePro sajalah ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kejadian pecah masuk di salah sebuah kedai serbaneka oleh mangsa banjir yang dikatakan ingin mencari makanan, kini Mydin Mart di Sri Muda mula menerima nasib yang sama apabila cawangan mereka turut dipecah masuk.
Walau bagaimanapun, satu kenyataan telah dibuat oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin yang menyatakan bahawa beliau menghalalkan barangan yang dicuri dan memaafkan individu yang melakukan perbuatan tersebut.
Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19.
Cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 (Sabtu) dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.
Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.
Demikianlah kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh wakil Mydin susulan insiden pecah masuk yang berlaku baru-baru ini. Kita tidak mengetahui bagaimana keadaan sebenar mereka, mungkin sahaja mereka memang benar-benar terdesak dan kerana itu juga pihak Mydin bersetuju untuk menghalalkan segala barangan yang telah diambil.
Semoga dengan niat ikhlas ini dapat menjadi asbab agar perniagaan mereka lebih maju dan dimurahkan lagi rezeki.
Kami juga doakan agar mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut diberikan bantuan segera dan mencukupi. Semoga terus tabah untuk mengharungi dugaan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!