Melaka Wonderland Tawar Diskaun 50% Untuk Frontliners Bagi Hargai Usaha & Pergorbanan Petugas

Share

Sekali lagi penghargaan buat petugas barisan hadapan apabila taman tema air Melaka Wonderland memberikan potongan harga tiket masuk sebanyak 50 peratus kepada mereka bermula 20 Julai sehingga 31 Julai 2020.

Promosi ini diadakan bagi menghargai segala usaha dan penat lelah frontliners sepanjang menangani wabak COVID-19 yang melanda negara.

Selain itu, potongan harga 10 peratus juga diberikan kepada 10 ahli keluarga mereka yang berhasrat untuk beriadah bersama di taman tema tersebut.

Terletak di Ayer Keroh, Melaka Wonderland sudah memulakan operasinya sejak 15 Mei 2020 dan menjadi antara destinasi popular di Malaysia. Taman tema ini juga turut tersenarai antara 10 taman tema terbaik di negara ini.

Apa lagi, jika korang mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang bekerja sebagai frontliners, hebahkanlah informasi ini kepada mereka ya.

BACA: TGV Cinemas Tawar Tiket Wayang Percuma Buat Frontliners Sebagai Ucapan Terima Kasih

IKLAN