
Sekali lagi penghargaan buat petugas barisan hadapan apabila taman tema air Melaka Wonderland memberikan potongan harga tiket masuk sebanyak 50 peratus kepada mereka bermula 20 Julai sehingga 31 Julai 2020.

Promosi ini diadakan bagi menghargai segala usaha dan penat lelah frontliners sepanjang menangani wabak COVID-19 yang melanda negara.
We are 𝗕𝗔𝗖𝗞 🎉𝗧𝗛𝗔𝗡𝗞 𝗬𝗢𝗨 𝗙𝗥𝗢𝗡𝗧𝗟𝗜𝗡𝗘𝗥𝗦 🙆🏻♂️❤♡𝗘𝘅𝘁𝗲𝗻𝗱𝗲𝗱 𝗣𝗿𝗼𝗺𝗼 𝗙𝗿𝗼𝗻𝘁𝗹𝗶𝗻𝗲𝗿𝘀 ♡❤😱Melaka Wonderland Theme Park & Resort…
Posted by Melaka Wonderland Theme Park & Resort on Monday, 20 July 2020
Selain itu, potongan harga 10 peratus juga diberikan kepada 10 ahli keluarga mereka yang berhasrat untuk beriadah bersama di taman tema tersebut.
Terletak di Ayer Keroh, Melaka Wonderland sudah memulakan operasinya sejak 15 Mei 2020 dan menjadi antara destinasi popular di Malaysia. Taman tema ini juga turut tersenarai antara 10 taman tema terbaik di negara ini.

Apa lagi, jika korang mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang bekerja sebagai frontliners, hebahkanlah informasi ini kepada mereka ya.
BACA: TGV Cinemas Tawar Tiket Wayang Percuma Buat Frontliners Sebagai Ucapan Terima Kasih
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kiai Berjubah Putih Muncul Dalam Mimpi, Bongkar Rahsia Ustaz Kazim Elias Disantau

Bagi yang pernah mengalami pengalaman disantau, mungkin memahami betapa derita dialami pengidap. Seluruh sendi badan sakit dan jika tidak berjaya diubati akan berakhir dengan kematian.
Ternyata pengalaman dikongsi oleh penceramah terkenal, Dato Ustaz Kazim Elias pengalaman disantau pasti membuatkan kita tahu bahawa sihir begini masih wujud demi melunaskan dendam individu yang iri hati dengan orang lain.
Semoga kita mengambil iktibar di atas setiap cerita ini.
Tahun 1997, Ustaz Kazim Elias balik daripada qiamulail dan kuliah subuh. Sampai sahaja ke rumah dalam pukul 9.00 pagi kepala Ustaz Kazim terasa pening dan badan menjadi lemah. Kemudian Ustaz Kazim muntah. Keluar segala isi dalam perut beserta darah, penuh dalam baldi dan besen. Bergegas beliau dibawa pergi hospital, namun setelah dibuat pemeriksaan, doktor mengatakan ini cuma jangkitan virus.
Bila balik rumah keadaan semakin membarah semakin sakit, serba serbi rasa tidak kena. Tak boleh makan, sakit tekak tak boleh bercakap, tak boleh tidur, tak boleh pakai baju, tak boleh disentuh, rasa seperti dihiris dengan buluh dan sembilu yang tajam. Kena angin daripada kipas pun tak boleh. Setiap petang akan ada lembaga perempuan akan datang depan rumah dekat pintu tersengih sambil memaki.
“Padan muka kau, ceramah mengata pada orang, padan muka kau”
Yang menjadi kehairanannya lembaga itu tidak kelihatan pada orang lain. Hanya ustaz seorang je nampak. Semakin hari badannya semakin melemah, kuku menjadi hitam, semua kuku pada jari jemari. Bila balik ke kampung dibawa berjumpa ustaz yang lain, mereka kata kena ini terkena santau. Sebulan tak boleh bercakap, tidak mengenali orang. Badan jadi kurus kering, batuk berdarah tidak berhenti. Hanya teruskan berusaha untuk berubat dan berserah pada takdir.
Kemudian suatu malam ustaz bermimpi. Telah datang seorang alim datang dalam mimpi itu, kopiahnya putih, pakaiannya serba putih berdiri dihadapannya.
“Kazim, orang sihirkan kamu, sabar… Besok kamu cari 7 jenis bahan ini, kamu ramuankan dalam air dan kamu mandi” InsyaAllah katanya, Allah SWT akan bagi kesembuhan.
Kemudian dalam mimpi itu juga, orang alim itu telah ambil satu paku dan lemparkannya pada dinding, keluar satu gambar. Dia ambil satu demi satu paku dan dia lempar ke dinding beberapa kali lagi, sehingga keluar gambar cukup 6 orang, 1 perempuan 5 lelaki. Menurut orang alim tersebut, inilah dia orang-orang yang telah menyihirkan kamu.
4.30 pagi ustaz tersedar dan minta isterinya menyalin dan carikan 7 bahan tersebut untuk dibuat mandi.
Pukul 9 ustaz dimandikan, pukul 11 Ustaz sudah boleh bersila, boleh bercakap dan mula berselera untuk makan nasi dan mendukung anaknya yang ketika itu baru berusia 8 bulan. Syukur keadaan kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah…

Namun kesenangan itu tidak lama,
Suatu petang pula, ketika ustaz menjamah nasi yang disediakan isterinya. Masuk sahaja suapan yang ketiga, tiba-tiba nasi yang dalam suapannya menguit guit ada ulat. Bila buang ke lantai ia bertukar menjadi nasi, bila pegang di tangan jadi ulat semula. Padahal nasi itu baru sahaj dimasak oleh isterinya. Ujian kali ini ini lebih teruk. Sehingga tak boleh kencing, tak boleh nak tidur. Berpuluh puluh pengamal perubatan dan ustaz namun tiada keserasian. Tahapnya hampir nazak sehingga orang masjid datang bacakan yassin.
Sepanjang usaha dia berdakwah, banyak kali Ustaz disihirkan, 4-5 kali. Sehinggakan apabila ustaz pergi memberi ceramah, terpaksa membawa pek air kencing sendiri yang disebalik jubah disebabkan sakit yang ditanggung. Bila nak bersiap untuk pergi mengajar beliau akan jatuh pengsan.
Sehingga suatu hari datang seorang kiyai dari Indonesia datang melawat dan merawat.
“Saya datang ke sini mahu ubatin bapaknya Kazim” ujarnya. Ustaz pun mengizinkannya.
Dalam pukul 12 tengah malam. Si kiyai mengerjakan solat, kemudian sesudah itu dia membaca beberapa potongan ayat Quran.
“Berikan aku cangkul”
Kiyai tersebut kemudian berjalan dan kemudiannya berhenti. Dia terus mengali sesuatu di hadapan rumah, setelah beberapa waktu, dia mengeluarkan sesuatu. Bila diperhati ianya bangkai anjing yang sudah membusuk.
“Inilah sihirnya, saya permisi dulu”
Kiyai tersebut menjelaskan apa yang terjadi. Yang misterinya, Ustaz Kazim tak mengenali siapa kiyai tersebut dan sehingga kini tak pernah berpeluang untuk berjumpa lagi. Sejak mengalami serangan demi serangan, ustaz mula mendalami perubatan islamik sebagai perlindungan diri.
2001, ketika Ustaz mahu berpindah. Datanglah pasangan suami isteri bertandang ke rumahnya. Ketika itu Ustaz Kazim mahu berpindah rumah. Perabot yang ada sudah dibawa, terpaksalah mereka bersila sahaja di lantai.
“Masuklah abang”
“Ustaz sebenarnya kami datang nak minta maaf, sebenarnya sayalah yang telah menyihirkan ustaz”
“Mana lagi 4 orang?”
“Ustaz tahu kami berenam?” Terkejut apabila ustaz mengetahui bilangan sebenar mereka dengan tepat.
Apabila dijelaskan, mereka sanggup mengupah RM30000 pada seorang bomoh untuk mengenakan santau pada ustaz. Lagi 4 orang itu segan dan malu untuk datang bertemu dengan ustaz untuk meminta maaf.
“Abang, kalau abang tak datang minta maaf, Saya dah lama maafkan dunia akhirat, bukan setakat abang suami isteri berdua, yang 4 orang itu pun saya dah maafkan, sikit pun saya tak simpan dalam hati”
Walaupun habis beribu, nazak separuh mati, dibedah sana sini, doktor tak berjumpa punca penyakit, ustaz tetap sudi memaafkan mereka. Kerana dia percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Terharu dengan keikhlasan Ustaz, si suami memeluk ustaz dengan erat. Sejak daripada itu pasangan tersebut bertaubat dan menadah kitab dengan ustaz Kazim. Mana ustaz ceramah, mereka dihadapan. Malah menjadi pemandu pada ustaz Kazim apabila mahu pergi berceramah. Sampai anak pasangan mereka kahwin ustaz dijemput, cucu mereka cukur jambul ustaz yang cukurkan dan sampailah pasangan itu mati ustaz yang talkinkan.
Kini tahun 2020, daripada 6 orang yang terlibat, 4 orang sudahpun meninggal dunia, hanya tinggal 2 orang yang masih hidup.
Kesan daripada santau, perut ustaz juga menjadi tidak normal, kadang-kadang kembung, kadang-kadang kempis. Hingga perlu ditungku selalu seperti perempuan dalam pantang. Beliau juga berpantang tak boleh makan nanas, daging kambing, limau nipis, tak boleh minum air tebu, tak boleh makan rebung, benda-benda yang tajam, kerana jika dimakan juga, sakitnya akan kembali.
Antara hikmah kejadian tersebut, ustaz banyak mendalami perubatan islamik sebagai pelindung diri.
Sebagai amalan. Jika mahu makan di restoran atau warung. Sebelum masuk ke kedai (dalam kereta).
- Baca al-Fatihah 7 kali. (dibaca)
2. Baca ayat 56 daripada Surah Hud ‘Innitawakal…’
3. Baca 2 ayat terakhir Surah At-Taubah, ayat 128-129 ‘Laqadjaakum…’
InsyaAllah, dengan izin Allah akan melindungi kita dari terkena santau atau sihir.
Kredit : Datuk Ustaz Kazim Elias
Foto : Gambar Ustaz Kazim ketika muda mengendong anaknya, 8 bulan selepas diserang sakit misteri pada tahun 1998.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Petaling Street Dalam “The Notorius Market List”, Lokasi Jual Barang Tiruan & Cetak Rompak

Siapa je yang tidak pernah impikan untuk memakai barangan jenama mewah seperti pakaian dan aksesori terbaru.
Namun sudah tentu tidak semua insan mampu memilikinya. Jadi bagi segelintir individu ini, mereka sanggup menggayakan barangan tiruan semata-mata ingin nampak classy di mata masyarakat.
Disebabkan permintaan meninggi, perniagaan barangan tiruan dan cetak rompak semakin berjaya dan berkembang di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Perlu Ke Hong Kong, Petaling Street Ada Lokasi OOTD Baru
Baru-baru ini, lokasi membeli-belah Petaling Street, Kuala Lumpur telah tersenarai dalam The Notorius Market List mengikut laporan Semakan Pasaran-pasaran Barang Tiruan dan Cetak Rompak 2022 oleh United States Trade Representative (USTR).

Dakwa USTR, Petaling Street dikenal pasti sebagai lokasi pasaran fizikal yang menawarkan barangan palsu dan cetak rompak pelbagai jenis produk palsu seperti jam tangan, kasut, beg tangan, dompet dan cermin mata hitam.
Sesudah zaman pandemik, aktiviti jual beli di Petaling Street bagaimanpun dilaporkan masih belum pulis sepenuhnya. Ini kerana kehadiran pelancong asing ke sana masih lagi kurang berbanding beberapa tahun lepas.
BACA LAGI : Teruk ‘Dibadai’ COVID-19, Kedai Di Petaling Street Mula Gulung Tikar
*
Senarai USTR ini juga menamakan 39 pasaran atas talian dan 33 pasaran fizikal dari seluruh dunia yang didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pemalsuan tanda dagang serta cetak rompak hak cipta.
Selain itu, ia mengenalpasti ekosistem e-dagang WeChat sebagai salah satu platform terbesar yang menawarkan barangan cetak rompak di China.
Di lain-lain negara, ia menyenaraikan entiti atas talian lain termasuklah Shopee, Ali Express, MP3 Juices, Sci Hub, Thepiratebay dan Taobao setelah mendapati kesemua menjadi lubuk penjualan barangan tiruan.
Sumber: USTR
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 Promosi Diskaun ‘Gila-Gila’ Yang Boleh Korang Grab Sepanjang Julai Ini

Berita baik untuk food hunter yang memang kerjanya mencari makanan sedap dan berbaloi (hiks!), sepanjang Julai ini ada banyak promosi gila-gila yang pastinya buat korang rambang mata.
Berikut kami senaraikan antara restoran popular yang memberikan diskaun hebat Julai ini.
1. Get 1 for 1 with Boost & Tealive

Muat turun aplikasi Boost dan seterusnya pilih Do More, kemudian Vouchers dan klik F&B untuk mendapatkan baucar Tealive RM0. Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh klik di sini
2. Secret Recipe Boba Series

Secret Recipe baru saja memperkenalkan minuman boba mereka dan paling best, harganya tidaklah terlalu mahal. Hanya Rm6.50 untuk regular size, why not kita cuba kan?
3. Sushi King Bonanza 2019

Kalau korang peminat sushi, confirm acara tahunan dari Sushi King ini yang sering dinantikan. Sushi King RM3 Bonanza menawarlan lebih daripada 45 jenis sushi dan korang boleh menikmati promosi ini mengikut tarikh yang berbeza untuk kawasan-kawasan tersebut:
8-11 Julai 2019 (Pulau Pinang, Perlis, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Sarawak)
22-25 Julai 2019 (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu, Sabah)
4. Super Super McDonald’s

McDonald’s menawarkan diskaun sehingga 60% untuk tawaran Super Super sepanjang Julai ini. Korang boleh nikmati tawaran hebat untuk makan malam dari jam 9 malam sampai 12 tengah malam bermula 1 Julai sehingga 31 Julai. Sah untuk McDelivery saja, apa lagi gaiss cepat serbu!
5. Starbucks Fantastic Monday

Starbucks Malaysia mengadakan promosi untuk minuman musim panas sehingga 15 Julai ini. Namun begitu, promosi ini hanya berlangsung pada hari Isnin saja. Bermula jam 5 petang sehingga 8 malam, nikmati minuman musim panas ini dengan hanya RM15.
6. Get Together Over Frappucino

Kami pasti kalau Starbucks buat promo mesti ramai yang excited dan berpusu-pusu ‘menyerang’ restoran mereka. Hiks! Bukan hanya Starbucks Fantastic Monday, korang juga boleh menikmati dua Frappucino bersaiz besar dengan hanya RM26. Walau bagaimanapun, ia hanya sah pada hari Rabu bermula semalam hingga 17 Julai dari 5 petang sehingga 8 malam.
7. Percuma seketul ayam goreng di KFC

Sempena National Fried Chicken Day, korang boleh menikmati seketul ayam goreng percuma untuk pesanan melalui aplikasi KFC. Muat turun aplikasi tersebut sekarang, kerana promosi ini hanya akan berlaku untuk satu hari saja iaitu esok, 6 Julai 2019.
Wah, macam-macam deals yang ada sepanjang bulan ini. Memang syok dan berbaloi. Rasa tak sabar pula nak tunggu Ogos nanti sebab confirm ada banyak lagi tawaran hebat menanti.
Yeay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

