Mekah Sambut Hari Raya Aidilfitri Serba Ringkas Hari Ini Di Masjidil Haram

Share

 

Okay, jangan terkejut.

 

Negara Arab Saudi dan negara lain di Timur Tengah telahpun menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini setelah pengumuman Imam Besar Masjid Al-Haram semalam.

Sebenarnya, keputusan tersebut bukanlah keputusan yang pelik memandangkan Arab Saudi juga melakukan pemerhatian anak bulan seperti yang dilakukan di Malaysia.

Cuma barangkali kerana Ramadan di sana hanya berkesudahan 29 hari pada tahun ini berbanding 30 hari seperti di Malaysia, Indonesia, Jepun dan Australia yang masing-masing mengumumkan Aidilfitri jatuh pada 5 Mei, ia kedengaran seperti pelik sedikit.

Apapun, pada jam 4.11 pagi tadi, seramai 1.5 juta ke 2.5 juta umat Islam di Mekah telahpun menunaikan solat Subuh, diikuti dengan solat sunat Aidilfitri pada jam 6.00 pagi di bahagian dalam hingga melimpah ke luar masjid Al-Haram.

Menariknya, sambutan Aidilfitri di Mekah menurut rakan yang berada di sana disambut secara ringkas tanpa kunjungan dari rumah ke rumah, perhiasan, bunga api atau mercun.

Jika di Malaysia lagu-lagu raya sudah berkumandang sejak pertengahan bulan Ramadan lagi. Di Mekah orang ramai meneruskan ibadat selepas selesai menjamu sarapan Aidilfitri.

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di sana atau sedang menunaikan ibadah umrah, mereka dijemput untuk ke rumah terbuka Malaysia anjuran restoran Felda D Saji di Jeddah kira-kira 80 kilometer ke barat Mekah.

Sekitar majlis berbuka puasa dan bertarawikh di Kedutaan Besar Malaysia di Jeddah, Arab Saudi pada Mei lalu.

 

IKLAN