Baru-baru ini, pelakon Meerqeen telah berkongsi kriteria wanita idamannya dalam satu temubual bersama Era FM Sarawak. Dia juga turut menjelaskan bahawa ada beberapa ciri yang dapat memikat hatinya dan membuat dia jatuh cinta.
Pemilik nama penuh Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (22) mengakui bahawa dia masih belum mempunyai kekasih kerana ingin fokus sepenuhnya kepada kerjaya seninya. Kesibukan dalam kerjaya seni membuatkan dia memilih untuk tidak mempunyai teman wanita kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada hubungan tersebut.
“Single but not available sebab saya tengah fokus kerja. Nanti kesianlah kalau ada teman wanita macam mana nak komited dengan dia,” jelasnya.
Kredit: Era FM Sarawak
Dalam pada itu, Meerqeen lebih suka menumpukan perhatian kepada perkembangan kerjayanya yang semakin berkembang pesat.
Ads
Apabila ditanya mengenai kriteria wanita idamannya, pelakon yang terkenal dengan drama Melur Untuk Firdaus itu menyatakan beberapa ciri fizikal dan personaliti yang disukai.
Wanita tersebut mestilah tinggi, kelakar, tidak terlalu bergantung kepada alat solek, dan menghormati ibu bapa.
Ads
Kredit: Instagram Meerqeen
“Saya suka perempuan tinggi, fox eyes, tak pakai make up sangat. Bergantung kepada masa itu. Kalau ada acara awak boleh pakai make up tapi saya lebih suka barefaced”
“Saya juga suka orang yang hormat mak bapa saya, boleh masuk kepala, kelakar dan yang seronok untuk berborak”
Meerqeen turut mendedahkan bahawa dia seorang yang memerlukan masa bersendirian sekiranya merajuk dengan pasangan.
Hmm… agaknya siapalah yang mampu menawan hati Meerqeen nanti kan…
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sampai 24 jam berita pengunduran DJ Tyzo Xander atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain dari Radio Suria FM, nampaknya rezeki bertandang kepada pemenang Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 ini.
Dalam satau hantaran di Instagram, pihak Hot FM menyatakan hasrat mereka dengan bertanyakan kepada pengikut mereka sama ada mereka setuju atau tidak untuk Tyzo menyertai mereka.
“Aku mendengar suaramu! Ader, korang setuju tak kalau Tyzo Xander join Hot FM? Komen dan tag Tyzo ok. Jap kita orang nak lepak dengan Tyzo ni,” kongsi stesen radio popular tersebut.
Sehingga kini hantaran tersebut menerima lebih 26 ribu tanda suka dan lebih 4 ribu orang meninggalkan komen. Rata-rata memuji tindakan stesen radio itu untuk melamar Tyzo sebagai salah seorang penyampai.
Manakala, dalam satu kisah yang lain pula. Menteri Komunikasi Malaysia, Yang Berhormat Fahmi Fadzil pula memuat naik gambarnya bersama Tyzo Xander di aplikasi X sambil memberikan kata-kata semangat.
“Terserempak dengan Tyzo. Bersabar, saudara. Rezeki tak pernah salah alamat. Insya-Allah,” tulisnya.
Ciapan tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 289 ribu pengguna aplikasi itu dan menerima lebih 2800 tanda suka.
Imbas kembali, Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat penyampai Suria Petang itu secara rasminya berakhir semalam.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin menyifatkan khidmat Tyzo sangat besar sumbangannya dan akan sentiasa menyokong kariernya ke depan.
Keputusan berkenaan adalah antara langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baharu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap ibu bapa pasti akan menyokong keinginan anak asal tidak terlalu berlebihan dan memberi kemudaratan. Didikan yang baik disamping ketegasan antara aspek yang menjadi keutamaan dalam membesarkan anak-anaknya yang dilihat semakin mencabar terutama di zaman media sosial ini.
Pasti ramai yang tahu anak Norman Hakim dan bekas isteri Abby Abadi yang sudah pun memasuki usia remaja dan sering menjadi tumpuan masyarakat kerana mampu menghafaz al-Quran. Anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 16 pada tahun lalu terpilih antara 10 pelajar melanjutkan pengajian hafazan di sebuah institusi pengajian Islam, Mekke Kuran Kursu di Isparta, Turki malah tahun ini pertama kali Danish Hakim menjadi imam solat tarawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP. Didikan hafazan ini turut dititik beratkan kepada anak keduanya Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 12.
Inilah keluarga besar Norman Hakim dan kisah-kisah kejayaan mereka mendidik anak-anak dengan al-Quran sering jadi tumpuan masyarakat.
Dalam satu temubual, pelakon ini memaklumkan, dia tidak kisah jika anak-anaknya ada mengikut minatnya dalam dunia seni namun mereka harus menghabiskan dahulu hafazan al-Quran.
“Saya sentiasa menyokong apa keinginan anak-anak namun semua itu ada batasannya. Kalau ada antara mereka yang mahu terlibat bidang seni, namun saya akan beri guide kerana dunia seni ini bukanlah seindah pandangan ramai,” katanya.
Norman Hakim akui dia tahu dengan siapa anak-anak berkawan malah dia juga turut menjadikan dirinya ‘kawan’ kepada anak-anaknya untuk jadi lebih rapat dengan mereka
Bapa yang sporting?
Ditanya adakah dia bersikap sporting terhadap anak-anak terutama soal cinta, kata Norman Hakim dia bersikap terbuka dalam isu cinta.
“Maksud saya terbuka ini bukanlah bermakna anak-anak bebas keluar dating atau chat sana sini. Maksud saya terbuka ini, saya jadikan anak-anak sebagai kawan agar saya boleh tahu dengan siapa mereka berkawan dan sebagainya.
“Saya kenal dengan kawan lelaki dan perempuan anak-anak saya. Dalam soal mendidik anak, saya harus berperanan sebagai ayah dan juga kawan. Saya mahu anak-anak bercerita mengenai siapa mereka suka dan dengan siapa mereka berkawan sekarang.
“Malah saya juga ada berjumpa mereka untuk kenal lebih rapat. Ada ketika saya berbual dengan mereka seolah-olah saya rakan sebaya mereka di mana dalam hal ini saya lihat anak-anak lebih terbuka untuk bercerita. Bagi saya, ini yang harus ibu bapa lakukan dalam menangani isu anak-ana remaja terutama soal bercinta.
“Untuk berkeras dan menyekat, itu bukan caranya tapi jadikan anak-anak kawan terbaik kita supaya mereka tak rasa kekok untuk berkongsi semuanya,” katanya mengakui mendekatkan diri dengan Allah, jadikan al-Quran sebagai peneman seharian adalah terapi terbaik bagi ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Pernah berpengalaman mengalami situasi pahit perceraian satu ketika dahulu, Norman Hakim akui dia mula kenal dirinya apabila dia mula mendekati al-Quran yang sebelum itu jauh ditinggalkannya.
“Mula-mula memang merangkak. Tapi saya nekad bangun. Terus mencari termasuk berguru dengan orang-orang hebat. Alhamdulillah, Allah sentiasa tolong kita kalau kita sentiasa mengingati Allah,” katanya yang terpilih antara lima pengacara talk show Mingguan Wanita yang mulai bersiaran 8 Julai lalu setiap Isnin hingga Jumaat di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD di saluran 121 jam 11.00 pagi hingga 12 tengahari. Antara rakan selebriti lain yang terlibat ialah pelakon Elizad Sharifuddin, primadona tanahair Erra Fazira, pengacara terkenal Sherry Al Hadad dan juga DJ popular, Radin dari Radio Era untuk membincangkan topik-topik semasa bagi talk show tersebut.
Inilah lima barisan selebriti terkenal tanahair yang akan mengacarakan program talk show Mingguan Wanita yang bersiaran mulai 8 Julai jam 11 pagi dan Astro Prima 105 dan Prima HD di saluran 121.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini Bae Suzy dipuji kerana menggayakan hijab pemberian peminatnya, kini aktres Korea tersebut sekali lagi mendapat pujian netizen apabila dia memuat naik foto berhijab di laman instagramnya.
Khabarnya, Suzy memakai hijab kerana sedang menjalani penggambaran drama Vagabond di Morocco.
Foto yang mendapat lebih daripada 80 ribu komen dan hampir 1.5 juta tanda suka ini jelas menunjukkan bahawa ramai yang memuji kecantikan apabila gadis Korea ini berhijab.