Susulan video tular memaparkan tiga lelaki dipercayai pencipta kandungan media sosial yang memberi nasi berlauk tulang ayam kepada seorang gelandangan baru-baru-ini kini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas aduan orang ramai yang mempertikaikan etika serta niat di sebalik penerbitan video tersebut.
Menurut MCMC, pihaknya tegas serta memandang serius tindakan menghasilkan serta menyebarkan kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata untuk hiburan murahan dan menjana tontonan di media sosial.
“Penyebaran kandungan yang merendah atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, tambah Suruhanjaya lagi, siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.
Jelas MCMC, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000, dipenjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Ads
Pada masa yang sama, MCMC turut mengingatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan bersifat provokatif yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Terdahulu, tiga individu terbabit telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mendakwa rakaman itu telah mendapat persetujuan lelaki gelandangan tersebut serta menjelaskan bahawa makanan lengkap diberikan selepas rakaman dibuat.
Sementara itu, ketiga individu berkenaan juga berharap agar netizen memaafkan perbuatan itu, namun MCMC menegaskan komitmen pihaknya untuk memastikan ruang siber tidak disalahgunakan dan kekal harmoni di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam, rata-rata warganet menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pelawak, Jocelyn Chia selepas tular video dalam program Comedy Cellar USA.
Dalam video terbabit, Jocelyn menjadikan MH370 sebagai salah satu kandungan lawaknya selain menggunakan bahasa kasar.
Berhubung perkara tersebut, isteri kepada salah seorang kru pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, Intan Maizura Othaman turut tampil menyelar tindakan tidak bermoral pelawak Singapura yang mempersenda tragedi terbabit.
Tegas Intan menerusi hantaran video di Instagram, jenaka seumpama itu tidak lucu ketika mana ramai lagi waris yang masih berduka cita atas kehilangan keluarga mereka.
“Ia masih tak kelakar, tak kisahlah betapa jahatnya kamu tapi jangan sebut fasal MH370 atau buat lawak terhadap tragedi tersebut.
“Anak lelaki saya, Muhammad, dia masih lagi menangis sampai sekarang mengenangkan kehilangan bapanya, manakala kamu ada keberanian untuk buat jenaka terhadap MH370. Dan adakah kamu tahu berapa ramai ibu-ibu yang masih merintih menangis sampai ke hari ini, kamu tidak tahukan?
“Sebab kamu tidak ada empati, tidak ada hati. Atau mungkin kamu tak ada keluarga pun. Kalau ada pun, mereka pasti malu dengan lawak bodoh kamu,” tegasnya.
Tambahnya lagi, jenaka sedemikian tidak sepatutnya dibuat di hadapan khalayak ramai demi meraih perhatian.
“Saya percaya kamu tidak patut pun buat lawak bodoh ini untuk mendapatkan perhatian orang.
“Boleh tak berhenti buat lawak sebegini untuk merain perhatian orang ramai? la teruk, tasteless dan jadilah wanita yang lebih baik,”ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Memasuki hari ketiga selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir masih tidak gagal mengejutkan ramai pihak yang menantikan pembaharuan daripada beliau.
Terbaru, Tun M mengumumkan ‘Council of Elders’ atau senarai Majlis Penasihat kepada Kabinet Malaysia yang akan datang. Khasnya bagi memastikan 100 hari selepas pembentukan kerajaan baru Malaysia berjalan dengan lancar.
Untuk jangka masa panjang pula, pakar negara yang diakui mempunyai kredibiliti luar biasa dalam bidang masing-masing ini juga bertindak sebagai penyedia ‘idea dan solusi’ untuk diserahkan kepada kementerian yang diwakili di dalam Kabinet Malaysia agar senarai Menteri baru yang bakal (atau sudahpun dilantik) dapat berkhidmat pada jalan yang seiring dengan keperluan rakyat dan negara.
5 nama individu yang tersenarai ialah Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan 1984 – 1991 / 1999 – 2001), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara 2000 – 2016), Tan Sri Hassan Marican (CEO & Presiden Petronas 1995 – 2010), Robert Kuok (Individu terkaya Malaysia dengan aset berjumlah RM61 B hasil perniagaan gula) dan Professor Dr Jomo Kwame Sundaram (Ahli Ekonomi terkemuka dengan sijil kedoktoran dari Universiti Harvard).
Sidang pertemuan pertama Council of Elders. Seriously, mereka semua ada career-goals!
Haa, amik kau! Semuanya punya pengalaman yang cukup meluas untuk membantu negara, insyaAllah.
Rakyat dilihat teruja dengan ‘Council of Elders’ ini sehinggakan mereka sempat membuat memes menarik dan kreatif. Cer tengok mana satu favourite korang:
The Council of Elders. Now we must give Tun Daim, Tan Sri Zeti and the others a silk cloak and a staff. By virtue of the Valar, assisted by the Lady of Lorièn, Wan Azizah. pic.twitter.com/XznyzPxaP0
Tahi lalat atau sebenarnya kulat pada pakaian ini muncul disebabkan kelembapan pada kain. Jika tidak mahu pakaian bertahi lalat pastikan helaian kain atau pakaian betul-betul kering terlebih dahulu sebelum dilipat dan disimpan dalam almari.
Kulat ini juga sering terkena pada helaian telekung, telekung yang lembap kemudian terus dilipat atau disimpan akan mengundang tahi lalat. Selalu mengalami tahi lalat adalah di bahagian dagu.
Bagi memastikan tahi lalat ini hilang dan kembali bersih boleh gunakan dua cara berikut;
1. Guna sabun kuning
Sediakan sabun kuning Ganso dari kedai Eco. Kemudian gosok bahagian bertahi lalat dengan sabun tersebut. Sental dengan berus.
Seterusnya bilas, dan jemur. Sekiranya tahi lalat masih ada, boleh boleh ulang cara yang sama. Penggunaan sabun ini juga tak menjejaskan fabrik.
2. Guna cuka dan lemon
Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.
Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.
Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.
Artikel ini diambil diolah dari VK.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.