
Rasanya baru sahaja mengidam nak makan Grilled Chicken Foldover McDonald’s, hari ini restoran makanan segera popular itu sudah pun mengeluarkan promosi baharu yang bakal dilancarkan untuk menu Ramadan nanti.
Kali ini, mereka tampil dengan menu foldover baru yang kelihatannya sangat menyelerakan, versi Crispy Fish. Uish, wajib try ni!

Istimewa juga sempena Ramadan kali ini, McD menyediakan minuman berasaskan kurma seperti Iced Kurma Latte dan Ice Kurma Milk.
Ha, dah terliur kan?
Untuk menu pencuci mulut pula, korang boleh dapatkan dessert terbaru daripada McD iaitu Chocolate Banana Pie yang ranggup di luar, disertakan chocolate filling bersama isi pisang didalamnya.

Nah, Banana Sundae dan Chocolate Banana McFlurry pun ada tau.


Hm, belum puasa pun dah terliur.
Namun begitu, korang tetap perlu mematuhi PKP dan setiap pesanan boleh dibuat secara online atau pun drive-thru. Jangan pula korang bersesak-sesak dekat McD tu sebab nak dapatkan menu ni semua ya. Pesan secara online lebih selamat.
Selamat menjamu selera dan selamat berpuasa!
Sumber: McDonald’s Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Marissa & Aslam Buat Kemunculan Bersama Sebagai Model Baju Raya Undang Reaksi Netizen

Selepas hampir dua bulan mengunci mulut, terbaharu tular sebuah video memaparkan pempengaruh, Marissa Dania Hakim membuat kemunculan sebagai model bersama Aslam.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan kedua-dua mereka sama cantik dan padan berbusana rona hitam bagi memperagakan pakaian sebuah butik tempatan.

Ia merupakan kemunculan pertama kali pasangan itu bersama di media sosial selepas hangat mengenai gosip melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
“Beautiful couple..” tulis ringkas pengguna TikTok dikenali Zufyfikri.

Hantaran tersebut bagaimanapun menerima pelbagai kritikan dalam kalangan warganet.
Ada yang berpendapat anak kepada pelakon Abby Abadi itu seolah-olah berani dan tidak mempunyai perasaan bersalah setelah menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Aslam bersama isteri pertama.
“Tergamak jenama ini ambil Marissa dan Aslam? Tiada hati dan perasaan atau rasa simpati terhadap isteri pertama ke?” komen seorang pengguna.

“Berani ya Marissa buat sesi fotografi dengan Aslam. Hari itu Aslam minta beri ruang tapi muncul dengan Marissa pula,” komen pengguna lain.
Sebelum ini, media melaporkan Marissa telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan ahli keluarga.
Difahamkan, pasangan itu bernikah sewaktu isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah pada hujung tahun lalu.
SUMBER: Tiktok Melodi & Zufyfikri
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senarai 66 Buah Negara Yang Boleh Memasuki Phuket Mulai Isnin Depan

Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel tentang Thailand antara negara Asia terawal bakal menerima pelancong asing dengan pengecualian kuarantin wajib.
BACA: Thailand Bakal Terima Pelancong Yang Sudah Divaksin Tanpa Perlu Kuarantin Wajib
Thailand bercadang untuk mengecualikan kuarantin wajib kepada pelancong asing yang sudah divaksin apabila tiba di pulau peranginan Phuket bermula 1 Julai ini.
Terbaharu, Thailand dilaporkan akan membuka pintu masuk ke Phuket mulai Isnin depan kepada 66 negara yang berisiko rendah dan telah divaksin. Semua pelancong dari negara-negara tersebut perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum memasuki Thailand di bawah skim Phuket Sandbox.

Antara negara-negara yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Albania
2. Andora
3. Antigua and Barbuda
4. Australia
5. Austria
6. Azerbaijan
7. Bahrain
8. Barbados
9. Belgium
10. Bhutan
11. Brunei
12. Bulgaria
13. Cambodia
14. Canada
15. Chile
16. China
17. Croatia
18. Cyprus
19. Czech Republic
20. Denmark
21. Dominica
22. Estonia
23. Finland
24. France
25. Germany
26. Greece
27. Hungary
28. Iceland
29. Ireland
30. Israel
31. Italy
32. Kuwait
33. Laos
34. Latvia
35. Lithuania
36. Luxembourg
37. Malta
38. Mauritius
39. Monaco
40. Morocco
41. Myanmar
42. The Netherlands
43. New Zealand
44. Norway
45. Poland
46. Portugal
47. Qatar
48. Romania
49. Russia
50. San Marino
51. Serbia
52. Singapore
53. Slovakia
54. Slovenia
55. South Korea
56. Spain
57. Sweden
58. Switzerland
59. Turkey
60. United Arab Emirates
61. United Kingdom
62. United States
63. Vietnam
64. Hong Kong
65. Macau
66. Taiwan

Senarai negara-negara yang dibenarkan memasuki Thailand akan dikemaskini setiap dua bulan berdasarkan status COVID-19 di negara tersebut.
Hanya kanak-kanak berumur 6 tahun yang tidak divaksinasi dan bersama dengan ibu bapa yang telah divaksinasi sahaja dibenarkan masuk, tetapi jika kanak-kanak berumur antara 6 tahun hingga 18 tahun yang tidak divaksinasi, mereka perlu melakukan ujian Rapid Antigen semasa tiba di Phuket.
Hm, nampaknya Malaysia tidak tersenarai dalam 66 buah negara tersebut. dengan peningkatan kes positif COVID-19 di negara kita, jangankan nak ke luar negara, nak ke luar daerah pun belum lepas. Hiks!
Bersabarlah wahai rakyat Malaysia. Sama-samalah kita putuskan rantaian COVID-19 ini sebelum boleh menikmati kehidupan pergerakan bebas seperti dahulu.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Presiden MCA Sendiri ‘Kena Palau’, Tidak Tahu-Menahu Pertemuan BN Dan PH Di Hotel Sama

Tatkala beberapa ahli senior dalam parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara terbuka tidak bersetuju dengan prospek gabungan di antara BN dan Pakatan Harapan (PH) termasuklah bekas Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein; ada pemimpin tertinggi dalam BN yang mengakui tidak tahu-menahu mengenai pertemuan di antara beberapa ahli parlimen BN dan PH pada hari ini.
Ini termasuklah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang tidak dimaklumkan tentang perjumpaan yang dihadiri oleh pemimpin seperti Datuk Seri Zahid Hamidi, Dato’ Sri Ismail Sabri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Sabu, Rafizi Ramli, Syed Saddiq dan beberapa lagi ahli parlimen daripada PH dan BN.

Katanya menerusi hantaran di media sosial, beliau telah menerima notis aplikasi WhatsApp daripada Setiausaha Kerja BN pada jam 11.23 malam tadi mengenai perjumpaan hari ini yang mengikut kefahamannya hanya membabitkan Ahli Parlimen BN.

Beliau bagaimanapun tidak tahu-menahu mengenai perjumpaan di antara ahli parlimen BN dan PH ketika beliau berada di sebuah hotel ibu negara dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi.
Zahid Hamidi mengumumkan 26 daripada 30 orang ahli parlimen BN yang memenangi kerusi masing-masing telah menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.
Jelas, 26 individu itu tidak termasuk Wee Ka Siong.
Senang cerita, kepimpinan MCA kena ‘palau’ pada pertemuan hari ini.

Warganet merasakan pengecualian Wee Ka Siong ini mungkin disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon semalam agar Zahid Hamidi melepaskan jawatan Pengerusi BN dengan terhormat dan mengharapkan agar seorang pemimpin baharu dapat mengambil alih pucuk pimpinan BN untuk menentukan hala tuju parti.
Berbalik kepada Wee Ka Siong, bekas Menteri Pengangkutan itu menambah, beliau terkilan apabila mengetahui bahawa pemimpin PH turut terlibat dalam pertemuan hari ini di hotel yang sama sama ada ia diatur lebih awal ataupun sekadar kebetulan.
Cuma beliau mengingatkan, “Apa jua keputusan yang dibuat oleh BN perlu mendapat persetujuan dan mandat daripada Dewan Tertinggi BN.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

