Selain burger dan ayam goreng yang menjadi tarikan utama di McDonalds, dessert yang disediakan oleh mereka juga tidak terkecuali daripada mendapat tempat di hati peminat restoran fast food ini.
Signature aiskrim vanilla cone dan McFlurry McD boleh dikatakan antara yang paling hot dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Macam-macam variasi perisa telah diperkenalkan oleh McDonalds, antaranya seperti Oreo, KitKat dan Durian.
Dah jadi macam satu kegembiraan buat rata-rata masyarakat di Malaysia apabila ada perisa baru aiskrim atau McFlurry dikeluarkan.
Betul tak?
Ads
Oreo Mint McFlurry
Satu lagi perisa edisi terhad Oreo Mint McFlurry telah pun diperkenalkan oleh McDonalds, tapi malangnya bukan di negara kita. Hiks!
Ads
Menurut satu perkongsian melalui video di YouTube, McDonalds telah pun melancarkan Oreo Mint McFlurry tetapi hanya terhad kepada beberapa cawangan terpilih. Dijual dengan harga $2.69 (RM10.98), sudah tentu ramai yang terliur nak merasakan kesedapan McFlurry perisa Oreo mint ni kan?
Dalam video tersebut juga dijelaskan, rasa mint tersebut tidak berapa kuat dan lebih kepada rasa vanilla serta oreo tersebut. Jadi sesuailah untuk dinikmati oleh semua orang kerana tidak semua individu sukakan perisa pudina.
Ads
Duh, kecur pula air liur bila membayangkan kesegaran rasa Oreo Mint McFlurry ni. Agak-agak korang nanti perisa ni masuk pasaran McD Malaysia tak?
Sama-samalah kita harapkan agar perisa ini juga akan dilancarkan di negara kita kelak.
Ya, perokok mungkin tak nak teruskan rutin harian mereka itu..
Amaran kepada perokok-perokok di seluruh Malaysia. Korang akan mula dikenakan denda jika menghisap rokok di semua premis makanan bermula 1 Januari 2020.
Menurut Astro Awani, perokok yang ingkar akan larangan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.
Merokok dari Jauh
Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.
Berita ini disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan kementeriannya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.
Manakala 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta 3,889 yang lain diberikan notis kerana ingkar larangan merokok.
Untuk info, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Hmm…tapi kalau perokok tegar masih nak merokok juga di tempat awam tahu la penulis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu, sejak kebelakangan ini kes Covid-19 kian meningkat di negara kita. Semalam sahaja kes baru Covid-19 mencatatkan sebanyak 2881 kes dengan Selangor menjuarai tangga teratas sebanyak 759 kes diikuti Sarawak dan Kelantan.
Hal ini sangat merisaukan semua pihak terutamanya yang berada dilembah Klang.
Situasi kritikal #COVID19 di negeri-negeri di Lembah Klang.
1. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi, diikuti KL dan Putrajaya.
2. Kadar insiden kes tertinggi ialah Kuala Lumpur.
Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ada berkongsi keadaan sebenar yang berlaku sekarang di Hospital Sungai Buloh di laman sosialnya.
Menurut beliau, jumlah katil itu akan ditambah mengikut keperluan di wad biasa bersesuaian yang ditukar fungsi kepada katil kritikal.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar penggunaan katil rawatan kritikal dan ICU Covid-19 terkini di Lembah Klang secara purata keseluruhan telah mencapai 90 peratus pada pagi ini.
Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkongsi sebuah video berdurasi 45 saat yang memaparkan pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di ICU Hospital Sungai Buloh.
Menerusi posting berbeza, beliau berkata sebahagian ruang pemerhatian Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh dijadikan sebagai ICU Covid-19.
“Petugas dari jabatan perubatan Hospital Sungai Buloh dilihat sedang membawa alat bantuan pernafasan untuk digunakan di wad biasa.
“Terdapat peningkatan dalam jumlah pesakit Covid-19 yang kritikal tetapi diberi bantuan pernafasan di wad biasa akibat kekosongan katil ICU yang terhad,” kongsinya di laman Facebook rasmi.
Melihat perkongsian Dr Noor Hisham ini, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana berkongsi realiti sebenar yang berlaku di hospital sekarang. Tak kurang juga yang minta dilaksanakan lockdown atau PKP untuk mengelak penularan pandemik ini menjadi semakin serius lagi.
Puas Nabil mencari lembunya yang hilang. Dari hujung kampung ke hujung tetapi tiga ekor lembunya tidak nampak bayang langsung. Lembu peliharaannya sudah besar, sudah boleh dijual dan sudah pun ada pembelinya untuk korban hari raya haji. Tapi sekarang lesap entah ke mana.
“Baik minta tolong Wak Seman, mana tahu dia boleh membantu, monolognya sendirian selepas puas mencari.
Malam itu dia ke rumah Wak Seman, bomoh terkenal di kampungnya. Selepas diberitahu hajatnya, kata Wak Seman esok pergi cari lembunya di rumpun buluh besar di hujung kampung. Insya Allah ada di situ. Selepas membayar pengerasnya dia pulang ke rumah. Pagi itu, dia segera ke lokasi dinyatakan, memang benar tiga ekor lembunya elok tertambat.
Kehebatan Wak Seman dalam ilmu pengubatan memang tiada siapa boleh lawan. Cakaplah kes apa, kena sampuk, barang hilang, bini lari dari rumah, laki ada hubungan dengan orang, semuanya Wak Seman boleh bagi elok. Sebab itulah namanya memang terkenal seantera daerah, orang luar utara pun datang berubat dengannya. Sebab itulah namanya cukup besar dan dikenal ramai sekitar tahun 90-an dahulu.
Namun sebulan kemudian kampung gempar dengan kematiannya yang secara tiba-tiba. Mayatnya ditemui terlangkup di dapur dengan mata terbelalak ke atas, seolah-olah seperti dicekik. Wak Seman memang sudah lama menduda, isterinya meninggal dunia dan anak-anaknya hanya balik sesekala ke kampung kerana sudah bekerja di bandar. Orang temui mayatnya selepas seorang penduduk kampung cuba mencarinya kerana mahu berubat.
Memandangkan mayatnya dijumpai agak lewat, proses menggali kubur agak lewat diadakan. Lagi pun menunggu anak-anak balik, jadi mereka mengambil sepakat jenazahnya akan dikebumikan esok pagi, sekitar jam 10 pagi.
Orang kampung silih berganti ziarah. Ali juga sama kerana dia pernah meminta pertolongan dari Wak Seman dahulu. Dia sempat menghadiahkan bacaan Yassin sebelum melangkah keluar rumah.
Namun di laman, telinganya dapat menangkap suara dehem.
Di perdu pokok pisang itu suara Wak Seman berdehemmmSejak itu hantu raya peliharaan Wak Seman selalu mengganggu penduduk kampung
“Ermmm…ermmm” dari perdu pokok pisang. Saat matanya liar mencari, dia benar-benar terperanjat kerana di perdu itu Wak Seman sedang elok memerhatikannya. Terus dia melolong sambil orang kampung panik kerana dia terus pengsan selepas kejadian itu.
Lama juga dia pengsan. Sebaik sedar dia tergagap-gagap berkata Wak Seman..Wak Seman. Ada di perdu pokok tapi ramai yang tidak percaya kerana mana mungkin kejadian ini.
Esoknya jenazah Wak Seman elok dikebumikan. Tapi orang kampung mula hairan kerana jenazahnya agak berat ketika diusung. Kain kapannya juga tidak muat dan banyak lagi kejadian pelik. Masing-masing sudah bercakap namun ramai yang mahu menjaga aibnya.
Malam selepas pengkebumiannya, kampung gempar lagi. Kalau semalam Ali nampak, kali ini Nabil sendiri terserempak di mana katanya Wak Seman menahan motor dibawanya, suruh hantar ke hujung kampung. Terus Nabil kemalangan kerana terlalu takut.
Ramai kaitkan Wan Seman membela hantu raya. Sebabnya ramai yang berjumpa “Wak Seman” yang hanya berdehem bila ditegur.
Lebih menggerikan, ada anak dara yang pengsan selepas melihat Wak Seman melahap makanan di dapur. Nasi kosong dan ayam dipanggang.
Di lorong gelap inilah hantu raya Wak Seman selalu menunggu untuk mencari tuan barunya
Orang kampung sebelah juga sudah heboh. Baru ini Zali juga kemalangan dan pengsan selepas menumpangkan Wak Seman ke warung. Disebabkan dia baru datang dari bandar dia memang tak pernah bertemu lelaki ini. Sewaktu mula memboncengkan Wak Seman, motornya mula berat sebelum terus terhenti tepat-tepat di tengah kubur.
“Aku mahu tuan baru, aku mahu tuan baru,” kata Wak Seman sambil memegang bahu Zali.
Kecoh kampung itu, walau ramai ustaz-ustaz dipanggil tetapi gangguan dari hantu raya Wak Seman tak surut-surut. Kata Ustaz-Ustaz ini, hantu raya peliharana Wak Seman ini terlalu kuat dan mahu mencari tuan baru. Hantu raya ini jugalah yang “menolong” Wak Seman dalam kerja mengubatnya. Tidak hairanlah sesiapa yang datang berubat, masalah mereka akan selesai. Tetapi selepas tuannya mati, dia mencari tuan baru.
Selama 44 hari itu, kampung sunyi sepi. Ramai yang takut untuk keluar rumah selepas heboh hantu raya Wak Seman mencari tuan baru. Kejadian benar-benar berlaku di utara tanahair ini hanya kembali redha apabila jasad Wak Seman sudah hancur menjadi tulang temulang di dalam tanah.
Kisahnya reda begitu saja tetapi pernah sesekali orang luar akan alami kemalangan kerata apabila melalui kampung ini kerana selepas menumpangkan seorang tua yang tidak berbaju, ketika itulah hantu Wak Seman dengan bersuara garau akan berkata “aku mahu tuan baru, aku mahu tuan baru berulang kali sebelum mangsanya ditemui alami cedera parah. Tidak diketahui siapa pewarisnya tetapi kisah ini tidak pernah habis dibicarakan terutama bagi generasi lama yang tahu kejadian yang benar-benar terjadi ini.
Jangan lupa tonton Suri Ram di Maya Hd dan Astro Prima jam 11 malam ini dalam episod Hantu Raya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!