Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut dengan meriah selepas negara melepasi era endemik tidak bermaksud masyarakat harus melepaskan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga penjarakan sosial dan kesihatan peribadi.
Ini memandangkan gejala wabak COVID-19 dilihat masih belum berakhir sepenuhnya apabila terdapat lonjakan jumlah jangkitan kebelakangan ini di seluruh dunia.
Ia susulan subvarian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Arcturus di mana ramai pakar gusar sekiranya penularannya di negara-negara seperti India dan terbaru, Singapura akan merebak ke Malaysia tidak lama lagi.
Laporan Berita Harian semalam mendapatkan pandangan Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar yang berkata, asas genetik Arcturus masih berpandukan kepada Omicron.
Kajian makmal pula mendapati Arcturus mempunyai gejala sama seperti beberapa varian sebelum ini seperti demam, sesak nafas dan batuk.
Ads
Begitupun, satu gejala unik yang ada pada Arcturus dan tiada pada varian sebelum ini adalah gejala konjunktivitis iaitu kondisi mata yang menjadi merah. Gejala ini lebih kerap dilihat berlaku pada kanak-kanak, namun golongan dewasa juga tidak terlepas daripadanya.
Sumber Foto: National World
Tambah Prof Dr Sazaly, Malaysia tidak terkecuali untuk terdedah dengan mana-mana varian baharu sama ada secara semulajadi ataupun disebabkan merebak dari negara luar; biarpun tiada kes yang dicatatkan setakat ini berpunca daripada Arcturus.
Ads
Tambah membimbangkan kini adalah disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang hujung minggu ini. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dan terus berhati-hati mencegah jangkitan wabak sewaktu beraya.
Sekiranya korang mempunyai gejala-gejala yang dinamakan di atas tadi, dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, negara Emiriah Arab Bersatu ataupun UAE dikenali sebagai salah satu negara majoriti Islam memperlihatkan pembangunan serba moden dan bangunan tinggi melangit kian dibina. Menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa juga dibina di Dubai.
Burj Khalifa merupakan mercu tanda Dubai yang juga menara tertinggi di dunia dengan bilangan 160 tingkat. Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.
Mengikut laporan, firma arkitektur Znera Space telah menghasilkan satu konsep baru yang diberi nama Downtown Cicrle, satu cincin gergasi yang bakal melengkapi Burj Khalifa.
Berada pada ketinggian 550 meter dengan lilitan berukuruan 3000 meter, ditampung oleh 5 tiang yang akan menyokong 5 aras yang mengandungi perumahan, pusat komersial dan juga ruangan budaya.
Bulatan itu akan dibentuk dengan dua cincin yang dicantumkan. Berada di antara dua cincin tersebut, terdapat satu taman yang diberi nama Skypark. Satu taman hijau yang mengandungi air terjun, tumbuhan tropika dan pelbagai jenis flora.
Downtown Circle Skypark juga bakal menggunakan air hujan, sistem solar, dan juga satu sistem penstoran karbon, untuk menapis segala pencemaran alam dalam usaha menjaga ekosistem urban ini.
Agrikultur dan Pengangkutan
Bukan itu sahaja, ,menerusi konsep ini, Znera Space berharap dengan ruangan yang tersedia dapat membantu industri agrikultur di Dubai. Selain itu, perkhidmatan tram bakal dijadikan pengangkutan utama untuk pengunjung di Downtown Circle dengan kelajuan 100 kilometer sejam.
Hebatkan? Sebelum ini, UAE secara perlahan-lahan mengubah negara mereka untuk menjadi lebih moden dengan membenarkan kaum wanita mendapatkan lesen memandu dan dibenarkan memandu berseorangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu, bulan Ramadan bukan sahaja bulan untuk sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi pada bulan ini jugalah peluang untuk kita sebagai umat Islam mengasah kepekaan sosial serta meningkatkan amalan kebaikan.
As cliche as it is, mesti ramai beranggapan bahawa untuk melakukan amal jariah, seseorang perlu mengeluarkan wang yang banyak. Hakikatnya, kebaikan itu tidak diukur berdasarkan jumlah yang diberi, tetapi keikhlasan disebaliknya.
Kali ini, bagi korang yang ingin mula melakukan amal kebaikan tetapi mungkin terhad dari segi kewangan, jangan risau! Meh REMAJAcadangkan beberapa cara mudah yang boleh dilakukan untuk membantu orang lain sepanjang Ramadan ini.
SHARING IS CARING!
Kadang-kala, satu pek makanan yang kita beli mungkin cukup untuk dua orang. Apa kata korang ambil peluang ini untuk berkongsi dengan kawan-kawan yang mungkin tidak sempat membeli makanan. Benda ini akan lebih mudah kalau korang tinggal di asrama atau universiti, sebab berkongsi makanan dengan rakan sebilik atau serumah juga boleh menjadi satu amalan yang baik.
Tip: Seeloknya, jika mahu membeli makanan di bazar Ramadan, pilih juadah yang simple untuk diberikan kepada seseorang yang memerlukan.
PRELOVED TO LET GO!
Bagi yang kaki shopping dan suka pakai satu baju itu cuma dua-tiga kali saja, apa kata korang kumpulkan semua baju yang sudah tidak dipakai tetapi masih dalam keadaan baik itu untuk diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Daripada menyimpan pakaian yang tidak lagi digunakan, lebih baik korang diberikan kepada orang yang boleh memanfaatkannya.
Tip: Kumpulkan pakaian lama yang masih elok bersama rakan-rakan dan serahkan kepada pusat kebajikan atau masjid yang mengadakan program agihan pakaian raya.
START FROM HOME!
Ingat! Sedekah bukan hanya dalam bentuk wang atau barangan. Korang juga boleh bantu ibu bapa dalam urusan rumah seperti menyediakan bahan masak, memasak, membersihkan rumah, dan sebagainya juga adalah satu bentuk kebajikan. Ramadan adalah masa yang baik untuk meningkatkan kasih sayang dalam keluarga dan meringankan beban ibu bapa. Paling best, pahala untuk jadi anak yang soleh solehah pun dapat tau!
Tip: Ambil masa dan inisiatif untuk sediakan sahur atau berbuka bagi keluarga tersayang dalam bulan Ramadan ini.
KONGSI KATA-KATA SEMANGAT
Pada masa inilah peluang untuk korang gunakan media sosial dengan perkara lebih baik. Sebagai contoh, sebarkan mesej positif, motivasi, dan inspirasi kepada rakan-rakan. Selain itu, elakkan sebarang bentuk gosip, buli siber atau penyebaran berita palsu.
Tip: Kongsi hadis, doa, atau kisah inspirasi setiap hari di status WhatsApp atau Instagram Story korang sebagai cara sebarkan kebaikan.
Nah! Sekarang mesti dah tahu kan cara yang lebih mudah untuk kita memperbaiki diri dan membantu orang lain pada bulan Ramadan. Tidak kira sama ada dalam bentuk wang, tenaga, atau masa. Kecil atau besar, setiap kebaikan yang dilakukan pasti mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan amalan kebaikan hari ini dan jadikan Ramadan 2025 korang lebih bermakna!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu mengenai komuniti transgender bukanlah masalah yang asing di Malaysia. Komuniti ini telah lama wujud dalam masyarakat ini, bahkan pada tahun 1986 terdapat sebuah organisasi yang diberi nama Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan khas untuk golongan transgender. Diakui oleh pemerintah, organisasi ini mendapat sokongan dari Kementerian Kesejahteraan Komuniti atau yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Azid et al, 2020). Namun, jangka hayat kelab ini tidak lama setelah mendapat penolakan dari Majlis Islam, kerana dianggap menarik dan mempengaruhi individu untuk ikut sama menjadi transgender.
Dalam satu kajian oleh Wei et al (2012) terhadap 100 responden, hanya 31% responden yang berpendapat bahawa anggota komuniti transgender diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat di Malaysia, sementara 69% tidak menerimanya. Ini kerana agama seperti Islam dan Kristian melarang penukaran jantina. Bagaimanapun, ketidakterimaan ini tidak bermaksud mereka menginginkan perkara yang tidak baik terjadi kepada golongan transgender, hanya idea menukar jantina bertentangan dengan kepercayaan mereka.
Uniform rasmi Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan. Mereka dilibatkan dengan aktiviti bersama masyarakat di bawah kementerian. Sumber gambar: The Nut Graph
Ketika kita hidup di era digital yang mana setiap individu dapat mengekspresikan diri melalui platform media sosial, ramai golongan transgender menjadi lebih lantang mengenai isu dan penindasan yang diterima oleh masyarakat mereka. Tidak lagi berselindung mereka meluahkan kekecewaan yang berlaku.
Salah seorang aktivis yang menangani masalah ini dengan lantang adalah Nisha Ayub, yang bersama-sama mengasaskan Seed pada tahun 2007 dan Justice for Sisters pada tahun 2010 (Chin, 2020). Kedua-dua organisasi ini bertindak sebagai tindak balas untuk membantu dan mendidik transgender di seluruh Malaysia yang sering menghadapi keganasan, ketidakadilan dan penindasan. Isu ketidakadilan yang dihadapi oleh transgender di Malaysia telah menarik perhatian antarabangsa. Dalam sebuah laporan oleh Human Rights Watch, ia menyatakan beberapa kes yang mengakibatkan kematian atau cedera parah dari orang transgender yang telah diserang oleh pegawai atau orang awam (Goshal, 2019).
Organisasi antarabangsa menyedari isu ini dan menunjukkan sokongan mereka terhadap komuniti ini. Sebagai contoh, Nisha Ayub menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa di White House di Washington DC (Indramalar, 2016) kemudian pada tahun 2019 dia termasuk di antara BBC 100 Wanita 2019 (Tan, 2019) kerana kerja kerasnya dalam mencari keadilan untuk komuniti transgender di negara ini. Pengiktirafan ini bermaksud bahawa kempen kesedaran yang laungkan berjalan dengan baik sehingga didengari ke platform antarabangsa.
Sebagai negara majoriti Muslim dengan pandangan konservatif mengenai isu gender dan seksualiti secara umum, binari gender dan seksualiti sering dipelihara dan diterapkan tanpa keraguan, mendorong stigmatisasi golongan transgender (Luhur et al, 2020). Ini menarik perhatian antarabangsa dan perspektif negatif mengenai bagaimana pemerintah dan masyarakat kita menangani komuniti ini.
Pada tahun 2018, Dato ‘Dr Mujahid Rawa yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah portfolio Urusan Agama mengeluarkan kenyataan bahawa pertemuannya dengan Nisha Ayub tidak menunjukkan sokongan terhadap budaya LGBT tetapi dia menekankan bahawa gangguan dan segala bentuk diskriminasi terhadap orang yang transgender di Malaysia mesti ditamatkan kerana hak mereka sebagai warganegara Malaysia tidak dapat dinafikan (Pillay, 2018).
Pertemuan Mujahid Rawa dengan Nisha Ayub. Sumber gambar: Berita Harian
Masyarakat di Malaysia dan komuniti transgender mesti bekerjasama untuk mencapai persefahaman. Tanpa kedua-duanya penyertaan, dilema dan penerimaan tidak akan dapat diselesaikan. Transgender dalam masyarakat kita bukan lagi masalah terpencil kerana kita sudah lama saling hidup bersama di dalam fabrik masyarakat yang damai.
Sebenarnya, golongan transgender pernah menjadi pelakon dalam drama, filem dan rancangan komedi yang menghiasi rancangan televisyen kita pada tahun 80-an dan 90-an. Tidak kurang juga watak-watak transgender digambarkan di media arus perdana. Isu ini tidak seharusnya menjadikan Malaysia sebagai negara yang melanggar hak asasi manusia di mata masyarakat global. Sebagai manusia juga, kita haruslah memiliki sikap tidak menjatuhkan hukuman di tangan sendiri.
RUJUKAN
Azid, M. A. A., Subri, N. S. M., & Ahmad, K. (2020). Mak Nyah dan Perkembangannya di Malaysia. RABBANICA-Journal of Revealed Knowledge, 1(1), 19-34.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.