Mat Salleh Ini Sanggup Habis RM623,000 Untuk Jadi Jimin BTS

Share

Bahaya kalau terlalu obses dengan sesuatu perkara!

Penangan K-Pop ni bukan hanya melanda negara kita, malah mat salleh pun turut sama tergila-gila nak jadi macam bintang Korea.

Percaya atau tidak, seorang lelaki British sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$150,000 (kira-kira RM623,000) untuk transformasi dirinya menjadi seperti ahli kumpulan BTS, Park Ji-Min (Jimin).

Oli London yang dahulunya pernah menetap di Korea pada 2013 telah jatuh cinta dengan boyband tersebut menerusi lagu hit mereka, Fake Love.

London yang kini terkenal dalam kalangan peminat K-pop mendedahkan pembedahan plastik yang dijalaninya sejak 2018 menerusi temu bual di Barcroft TV.

Dia yang memiliki 427,000 pengikut di aplikasi TikTok dan 28,600 pelanggan menerusi saluran YouTubenya, baru melancarkan lagu Christmas in Korea.

London mula dikenali selepas tampil menerusi pelbagai program televisyen termasuk di Amerika Syarikat dan mendedahkan sanggup menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Jimin.

“Saya tidak merancang untuk ‘menukar’ bangsa namun tetap menghormati budaya Korea.

Kredit foto: Marcus Hessenberg/Barcroft Images

Setiap kali lelaki ini ingin melakukan perubahan pada wajahnya, dia akan menunjukkan gambar Jimin dan untuk segala pembedahan yang telah dilakukannya itu, semuanya menelan belanja sebanyak £75,000 iaitu bersamaan hampir $100,000.

Itu belum masuk lagi kos yang dia keluarkan untuk membeli pakaian dan kasut supaya yang bersesuaian dengan gaya Jimin. Semuanya mahal-mahal tau!

Prosedur pembedahan plastik yang dilakukannya setakat ini termasuk hidung, pembedahan tulang rusuk dan juga implant dagu silikon bagi usaha untuk memiliki raut wajah yang menyerupai idolanya, Jimin BTS.

Memang kaya betul mamat ni. Hiks!

Sumber : Harian Metro

IKLAN