
Penyanyi yang berusia 20 tahun, Masya Masyitah telah pun mengharumkan nama neara apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan mencungkil bakat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 malam tadi.

Masya berjaya menundukkan pesaingnya, penyanyi dari Filipina yang dikenali sebagai Phem, sekali gus melayakkan diri memenangi hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).

Pertandingan mencungkil bakat ini sebenarnya telah berlanjutan selama empat bulan dan Masya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu menewaskan lebih daripada 3,000 peserta yang bertanding.
Kefasihan anak muda itu berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.

Menurut laporan Kosmo, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu nyanyian asal Bon Jovi, Living On A Prayer dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog di peringkat akhir.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Masya Masyitah atas kejayaan yang diraih semalam. Semoga kerjaya Masya dalam bidang nyanyian terus sukses dan mendapat tempat di hati peminat.
Sumber: Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Golongan Kayangan’ Bebas Merentas Negeri Kerana Popular & Berkuasa? Ini Jawapan Ismail Sabri

Seperti yang hangat diperkatakan oleh warganet mengenai kes beberapa individu terpilih yang seakan-akan ‘imun’ daripada sekatan rentas negeri, tentunya semua orang tertanya-tanya apakah kumpulan individu ini bebas untuk ke mana-mana saja disebabkan oleh status, kuasa mahupun populariti yang mereka miliki?
Justeru, peluang sidang media khas bersama Datuk Seri Ismail Sabri pada sebelah petang tadi telah diambil oleh media untuk bertanyakan sekiranya ada pengecualian yang diberikan oleh pihak MKN mahupun pihak berkuasa sendiri hingga mengakibatkan stigma ‘double standard’?
Tentunya, kita sendiri enggan mendengar lagi perkhabaran mengenai individu terkenal mahupun individu kenamaan digolongkan sebagai ‘manusia kayangan’ yang bebas merentas negeri tanpa alasan munasabah.
Jelas beliau, kuasa menahan sesiapa yang merentas negeri terlepak kepada pihak polis di sekatan jalan raya.

“Saya percaya tiada pengecualian dari segi soal rentas negeri kecuali beberapa perkara seperti kematian, sakit kritikal nazak dan kerja. Tapi ini juga kena ada kebenaran polis sebelum mereka merentas negeri.
“Yang lain-lain, kuasa tetap pada pihak polis. Isi borang dan mohon kebenaran daripada polis.
“Tapi saya difahamkan, kadang kadang (kerana sukar mempercayai) kesahihan (alasan) itu membuatkan pihak polis tidak membenarkan (merentas negeri).
“Untuk hujung minggu saja, permohonan merentas negeri boleh mencecah hingga 40,000 setiap hari.”
“Kadangkala pihak polis kurang yakin dengan alasan yang diberikan.
“Bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, kuasa kita telah berikan kepada pihak polis sama ada untuk membenarkan atau tidak,” kata beliau.
Terdahulu, berbagai-bagai pihak telahpun ditahan atau dikompaun akibat merentas negeri. Begitupun, warganet berang apabila ada ‘individu kayangan’ yang bebas merentas tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ko Merepek Apa Nie”, Doktor Tegur Drama SERIBU RINDU Yang Dilihat Cuba Merosakkan Profesion Kedoktoran

Drama Seribu Rindu kini sedang trending di kaca tv dalam slot Akasia TV3. Menampilkan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Azira Syafinaz, Fadhlan Hazim, Mona Allen dan ramai lagi pelakon pastinya ditungggu-tunggu oleh peminat drama Melayu tempatan setiap jam 7 malam.
Mula bersiaran 12 November lalu dan bakal berakhir pada 18 Disember ini, drama ini mengisahkan
Percintaan tiga segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Cinta Maisarah dan Airel yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak Datuk Sri Johari rakan perniagannya.

Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia.
Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Tokma dan Irfan. Irfan rakan baiknya sejak kecil merupakan seorang Chef. Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tokma, nenek kepada Maisara. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya.
Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja.
Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital.

Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh.
Dek kerana itulah seorang doktor, Husna Dahari telah menulis di fbnya mengenai merepeknya drama ini yang dilihat cuba merendah-rendahkan profesion kedoktoran.
Walau pun ia sekadar “DRAMA” namun amat jarang kita melihat insiden “terlebih drama” bagi cerita-cerita dari Korea mahupun Barat kecuali filem-filem Bollywood dan Tamil. Akahz.
Mungkin teguran dari doktor ini perlu diambil kira dan pihak penerbit juga perlu study hard sebelum terus “memperbodohkan” orang-orang Melayu dengan drama lelaki kacak, anak orang kaya, bawa kereta besar, ada awek cantik dan lain-lain realiti yang sebenarnya adalah satu fantasi.

Baca teguran dari Doktor Husna ini yang sudah mendapat 1055 perkongsian dari pembaca. Untuk makluman, REMAJA sudah perbetulkan sedikit tatabahasanya bagi pemudah pemahaman pembacaan.
Doktor dalam drama Seribu Rindu ni memang tak ada kerja ke? Duk sibuk fikir bagaimana nak tackle bini orang. Lepas tu asyik duduk dalam bilik yang macam office tu. Jumpa patient pun tak.
Kalau jumpa pun, jumpa seorang patient je yang bernama Irfan. Ko ingat kerja doktor macam tu ke? Nak fikir diri sendiri pun tak sempat, apatah lagi ahli keluarga.
Ini doktor dalam cerita tu, sempat fikir dan cari helah macam-macam time kerja. Rilek la brader. Kami kalau ada masalah peribadi ke, tetap kena pergi kerja. Jumpa pesakit senyum aje, tak boleh nangis. Tak ada emo, tak leh nak layan perasaan sebenar.
Nak makan, nak minum hatta nak terkencing terberak pun mujur sangat kalau sempat. Come on. Jangan rosakkan imej profesion kedoktoran wahai penerbit drama-drama tempatan. Pulak tu, treat patient tak ikhlas.
Patient dah hampir sembuh pun ko resah gelisah sebab peluang ko nak dapatkan wife dia makin tipis. Apa-apa pun dramakan. Nak emo kenapa? Tapi aku emo jugak! Jap nak sambung, sedikit dialog dalam daram tersebut yang maksudnya berbunyi begini..
“Papa nak ajak Airel dengan Damia dinner dengan papa malam ni. Airel datang ya..
“Papa, Airel tak janji lagi ya. Airelkan doktor. Airel kena tengok dulu jadual on call. Takut Airel on call hari ini.
Ko merepek apa syaitonnn. Kalau kau betul doktor, oncall ko bulan depan ko dah hafal siap-siap dah bila. Hari-hari tu sah kalau tak belek jadual. Jangan acah-acah sangat boleh?
Sekian, haha.
Wokay, apa pula pandangan korang pasal drama-drama Melayu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wabak Tidak Mengira Kasta Dan Pangkat, Putera Charles Sah Positif Covid-19

Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.

Terbaru, menurut pejabatnya hari ini, Putera Charles, 71, yang merupakan anak sulung dan pewaris kepada Ratu Elizabeth II sah positif COVID-19.
![]()
Pewaris takhta ini dikatakan telah menunjukkan ‘gejala ringan’ tetapi sebaliknya kekal dalam keadaan baik dan telah mengasingkan diri di Scotland dengan Duches of Cornwall, Camilla yang telah diuji negatif Covid-19.
“Putera Wales telah diuji positif coronavirus dengan menunjukkan gejala ringan tetapi dalam keadaan baik dan bekerja seperti biasa dari rumah sepanjang beberapa hari lalu, lapor AFP.

Charles dan isterinya, Camilla, bersendirian di rumah di Scotland.
“Sukar untuk menentukan bagaimana putera itu dihinggapi virus berkenaan kerana banyak pergerakan yang dilakukannya dalam peranan awamnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” menurut kenyataan itu.
Pasangan itu diuji oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Aberdeenshire di timur laut Scotland, jelas kenyataan tersebut.

Acara umum terakhir Putera Charles adalah majlis makan malam untuk membantu hutan di Australia pada 12 Mac yang berlangsung di Mansion House di London.
Untuk info, Britain mempunyai lebih 8,000 kes disahkan COVID-19, dengan 422 orang setakat ini dilaporkan meninggal dunia.
Sebab tu pentingnya seluruh rakyat Malaysia mendengar arahan kerajaan yang dikeluarkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Sumber : Sky News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

