Konsert minggu kelima Big Stage malam tadi melabuhkan tirainya tanpa sebarang penyingkiran. Namun itu bukan bermakna persembahan kesemua peserta cukup memuaskan hati juri dan penonton di rumah.
Juri tetap acara pertandingan nyanyian itu, Ajai sendiri mengakui bahawa kualiti persembahan yang dipamerkan oleh peserta kali ini agak mengecewakan.
Komposer tersebut menekankan bahawa nasihat yang telah mereka berikan pada minggu-minggu sebelum ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Ads
“Kesilapan yang telah kita tegur sebelum ini, berulang kembali. COEX sebagai contoh, kita dah cakap sebelum ini ‘sequence’ nyanyian kena sama. Tapi adakah mereka mendengar catatan-catatan yang kita ketengahkan pada mereka minggu sebelum ini?
“Firdaus Rahmat juga ada ditegur sebelum ini agar jangan buat persembahan Big Stage ini umpama konsert sendiri. Kita masih lagi ada protokol penjurian pertandingan yang perlu dilakukan maka kesedapan lagu itu wajib ada,” tekannya lagi.
Ads
Bekas kumpulan Exists itu juga menekankan bahawa kebanyakan peserta lebih tertumpu kepada ‘menghafal’ lagu daripada memahami penjiwaan sesebuah lagu itu sendiri.
“Hafal lagu sahaja tidak cukup, peserta perlu ‘study more’ tentang kehendak lagu tersebut sebelum mereka beralih kepada ‘step’ tarian dan sebagainya.
Ads
Beliau turut menasihati agar peserta tidak bergantung kepada undian peminat kerana juri menilai persembahan mereka dengan lebih telus menerusi kualiti vokal dan kreativiti yang dipamerkan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Al-Quran menjadi panduan kehidupan seorang Muslim. Bukan sekadar dibaca, kita juga perlu memahami isinya agar mampu hidup berlandaskan ajaran yang ditetapkan. Membaca dan memahami pasti biasa kita dengar, namun untuk menghafaz keseluruhan Al-Quran hanya mereka yang benar-benar komited sahaja yang mampu melakukannya.
Baru-baru ini tular kisah Rawan Dweik, seorang gadis sindrom down dari Jordan yang sudah berjaya menghafaz Al-Quran setelah tujuh tahun mendalami kitab suci tersebut. Ini menjadikan dia gadis sindron down pertama di dunia yang menjadi hafizah.
Rawan bersama ibunya.
Menurut ibunya, Awatef Jaber, “Saya merupakan ibu tunggal setelah kematian suami dan saya bangga. Setelah melahirkan dan diberitahu doktor yang Rawan menghidap sindrom down, seperti ibu-ibu yang lain, pastinya saya berasa sedih dan kecewa. Namun saya menyanyanginya sepenuh hati. Saya bersumpah kepada tuhan yang saya akan mengajarnya membaca Al-Quran.”
Gadis istimewa ini memiliki cara yang unik untuk menghafaz Al-Quran. Menurut ibunya lagi, Rawan mula menghafaz dengan cara menulisnya kembali dan menghafaz surah Al-Baqarah dalam masa setahun setengah dan mendapat markah penuh dalam ujian. Ketika keluar dari bilik ujian Rawan melakukan sujud syukur sebagai tanda menghargai pemberian Allah kepadanya.
Tersenyum gembira.
Cantik berhijab, Rawan meneruskan hafazan dengan caranya tersendiri selama tujuh tahun sebelum berjaya menghafaz keseluruhan isi kitab suci tersebut pada Ramadan tahun ini.
***P/S- Bangga dengan pencapaian Rawan. Kita yang sempurna ini bila kali terakhir membuka dan membaca Al-Quran? Mulakan sekarang kerana tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa.
Cinta memang tak mengenal ras, agama, usia, dan siapa kita. Tambahan, rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jadi, perkahwinan campur sudah menjadi perkara biasa dan semakin diterima baik oleh semua orang.
Siapa saja yang tidak mengenali pemilik nama Adam Corrie. Sebilangan besar masyarakat di Malaysia membesar dengan drama-drama lakonan Adam Corrie. Malah, tarikh 13 Julai 2007 merupakan hari dimana lelaki berbangsa Cina ini memeluk agama Islam. Beliau terus hidup bahagia disamping isteri, Fazema Mohd Fuad dan anaknya sehingga ke hari ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook hari ini, Adam Corrie atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah berkata semua yang dikongsi merupakan pandangan dan pengalaman yang dirasai olehnya bersama isteri.
Dalam perkongsian itu, Adam turut memuat naik gambarnya sewaktu sedang akad nikah pada 2008 dahulu.
“Ini gambar tahun 2008. Saya sedang akad nikah. Lepas akad nikah kena baca taklik nikah dalam tulisan jawi, tapi tok kadi tak pa… sebabkan saya mualaf ikut dia cakap.
“Hari ini saya masih menerima beberapa PM bertanyakan pandangan tentang bagaimana nak ajak BF /GF yang belum Islam memeluk Islam dan berkahwin. Saya sudah kongsikan pandangan ini berkali-kali. Kali ini saya kongsikan sekali lagi atas pemintaan,” katanya.
Gambar: FB Adam Corrie
Tujuh Cara Bina Hubungan Dengan Pasangan Bukan Islam & Ajak Peluk Islam
Dalam perkongsian yang sama, Adam berkongsikan tujuh garis panduan bagaimana membina hubungan dengan bakal pasangan yang bukan Islam, seterusnya cara mengendalikan hubungan ke arah yang lebih baik.
1. Sebagai seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.
2. Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.
3. Sekiranya BF/GF memang ada menunjukkan minat terhadap Islam, berikan buku-buku bacaan mengenai Islam yang mudah difahami isi kandungannya. Bawa mereka ke kelas agama seperti di PERKIM / Majlis Agama Islam Negeri untuk memahami Islam dengan lebih lanjut.
4. Buatlah solat sunat taubat selalu supaya dosa kita diampunkan supaya doa kita mudah diperkenankan. Lagipun kita digalakkan lakukan solat taubat selalu.
Solat istikarah juga perlu untuk mendapat pertunjuk dari Allah adakah si dia jodoh terbaik untuk kita dan buatlah juga solat hajat untuk si dia mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam dengan sepenuh hati.
5. Selebihnya kita serahkan pada Allah menentukan-Nya. Berusaha, beribadat, berdoa , tawakkal Insya’allah segala yang diinginkan dimakbulkan.
6. Buat target masa, jangan bercinta lama-lama. Ia hanya menambahkan dosa yang kita tak sedari. Jika GF/BF kita suka tangguh-tangguh. Berani buat keputusan untuk mengundur diri dan teruskan hidup yang lebih baik.
7. Jika dia bukan jodoh kita, jangan putus asa dan kecewa. Kerana Allah ada rancangan yang terbaik dan ada hikmahNya untuk kita. Insan yang baik tentu Allah jodohkan dengan Insan yang baik juga. Insya’allah.
Mengulas lanjut mengenai panduan yang diamalkan ini, jelas Adam, isterinya juga turut mengamalkan beberapa amalan sama sewaktu dirinya dilamar menjadi isteri.
“Dari pengalaman isteri saya, beliau melakukan nombor 4 dan 5 ketika saya melamarnya dan beliau juga meminta ibu bapanya buat solat istikharah dan hajat untuk dirinya.
“Restu ibu bapa penting bagi memastikan kebahagiaan perkahwinan tersebut di dunia dan akhirat. InsyaAllah,” katanya.
Untuk info, Adam Corrie sebelum ini mengaku yang dia pernah bergekar seorang atheis, iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan sebelum masuk agama Islam. Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam pada semua orang teruja dengan pertunangan pelakon, model dan juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose dengan kekasih ‘highschool sweetheart’ yang juga merupakan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, tak kurang juga yang memuji teknik dandanan rambut dan solekannya.
Sama cantik, sama padan – ramai yang tertarik dengan solekan yang dirias pada wajah pelakon tersebut serta memuji sentuhan jurusolek.
Wajah cantik milik Raysha Rizrose memerlukan solekan natural bagi membangkit seri. Lantas, jurusolek melaksanakannya dengan penuh jaya. Solekannya dihasilkan oleh jurusolek profesional, Fiqqi Abdullah manakala dandanannya disempurnakan oleh Juno Ko.
Menurut Fiqqi Abdullah melalui laman instagramnya, permintaannya Raysha begitu ringkas dan telus;.
Maka, Fiqqi sekali lagi menggalas tanggungjawab menyolek wajah si cantik jelita ini tanpa ada perasaan kekok walau perjumpaan kami adalah buat kali pertama di majlis itu.
Rata-rata memuji sentuhan magis jurusolek ini
Clean dan polos, ia bukan hanya sesuai untuk majlis pertunangan, resepsi dan akad nikah. Malah ia juga sesuai untuk everyday look korang. Penulis suka betul dengan sentuhan ringkas sebegini.
Congrats Raysha dan pasangan atas pertunangan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!