Kaum lelaki lazimnya mempunyai payudara yang tidak besar, namun dalam sesetengah kes, ada segelintir lelaki yang mengalami pembesaran tisu payudara. Dalam istilah perubatan, ia dipanggil sebagai gynecomastia.
Gynecomastia bermaksud penambahan tisu payudara pada lelaki dan perempuan. Kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone estrogen dan testosterone. Ia boleh berlaku pada satu payudara sahaja atau kedua-duanya sekali. Kadangkala, pembesaran itu juga tidak seimbang.
Menurut Dr. Iskandar Mirza, gynecomastia ini bukanlah satu masalah besar, ada masanya pesakit akan mengalami kesukaran apabila merasa sakit dibahagian payudara dan kebanyakkannya juga, mereka akan rasa hilang keyakinan diri.
Apa simptom gynecomastia yang perlu korang tau?
• Payudara membesar/membengkak
• Sakit dibahagian payudara
Dan bila waktu yang memerlukan korang berjumpa dengan doktor?
• Jika ia membengkak
• Terasa sakit
• Ada pengeluaran cecair pada puting
• Mendapati buah dada membesar sebelum peringkat akil baligh (sebelum berusia 9 tahun)
• Sudah berusia melebihi 16 tahun tetapi masih mempunyai saiz buah dada yang tidak normal
• Berasa bimbang atau malu
Ia berlaku apabila hormone estrogen melebihi hormon testosterone di dalam badan. Testosterone mengawal ciri-ciri lelaki seperti kepadatan otot dan pertumbuhan bulu di badan, manakala estrogen mengawal ciri-ciri perempuan termasuk pertumbuhan payudara.
Ramai menyangka estrogen hanya dihasilkan oleh wanita, namun ia adalah salah sama sekali kerana estrogen juga dihasilkan oleh lelaki tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, apabila hormone estrogen tinggi pada lelaki, mereka akan mendapat gynecomastia.
Ada juga beberapa penyebab yang lain dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah seperti berikut:
• Anti androgen untuk merawat penyakit prostat seperti Finasteride atau ubat jantung seperti spironolactone
• Anabolic steroid dan androgen: ini banyak digunakan oleh atlet untuk membina otot dan meningkatkan stamina
• Ubat pesakit AIDS seperti efavirenz
• Ubat anti-anxiety seperti diazepam
• Tricyclic antidepressant
• Sesetengah antibiotics
• Sesetengah ubat kanser
• Ubat jantung yang lain seperti digoxin dan calcium channel blockers
• Ubat tahan muntah seperti metoclopramide
• Hypogonadism – kurang penghasilan testosterone
• Proses penuaan – semakin kita tua, hormone testosterone akan berkurangan
• Tumor – tumor dibahagian testis, kelenjar adrenal atau pituitary
• Hyperthyroidism
• Kegagalan buah pinggang
• Kegagalan hati
• Kurang nutrisi
Kebiasaan penyakit ini ia akan hilang dengan sendirinya. Jika tidak, doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pengimejan serta rawatan berdasarkan penyebab gynecomastia.
Oleh yang demikian, cara untuk mengelakkan masalah ini adalah jangan mengambil dadah dan alkohol, serta sentiasalah berkomunikasi dengan doktor sekiranya korang sedar gynecomastia ini berlaku semasa korang mengambil ubat yang baru.
Jika sekali pandang mungkin ramai yang menganggap lelaki ini adalah seorang selebriti. Namun sebenarnya pemuda kacak Korea yang dikenali sebagai Lee Kang Bin ini merupakan seorang barista kopi yang menghasilkan teknik ‘Cream Art’.
Pernah viral sekitar tahun 2017, Lee Kang Bin masih mendapat perhatian warganet kerana hasil tangannya yang kreatif membuat lukisan di atas minuman kopi dengan pelbagai gambar atau corak menarik.
Difahamkan, Kang Bin mula mempelajari teknik seni lukisan kopi ini sewaktu berusia 18 tahun. Sebelum ini dia hanya menerima beberapa pesanan kopi setiap hari kerana memerlukan masa yang agak lama untuk menghasilkan teknik cream art yang kreatif ini, namun kini Kang Bin hanya memerlukan masa lam 5 ke 10 minit untuk satu lukisan kopi.
Sektor pelancongan domestik yang sememangnya terukk ‘dibadai’ pandemik COVID-19 sepanjang setahun setengah ini. Setelah ia dibuka untuk seketika waktu pada akhir tahun lalu, penggiat industri pelancongan di Malaysia kembali buntu setelah jumlah kes baharu konsisten meningkat dari hari ke hari.
Benar, jumlah kes tersebut masih berada pada paras membimbangkan dan tidak menunjukkan tanda akan menurun secara drastik dari angka 20,000 kes sehari.
Namun atas dasar tidak mahu membiarkan industri ini tenat; dan melihatkan situasi di negeri Sembilan yang tidaklah seteruk negeri-negeri lain, kerajaan negeri telah membenarkan pembukaan semula pantai Port Dickson bagi pengunjung dalam negeri berstatus Fasa Dua ini.
Beberapa bulan yang sepi bertukar meriah apabila ia mula dibuka semalam. Kehadiran pengunjung yang ingin beriadah pada hujung minggu setelah lama ‘terkurung’ di rumah dan para peniaga yang mula berniaga menunjukkan perkembangan positif di Port Dickson.
Menurut tinjauan media, keadaan di sana selamat dan tidak menampakkan pengunjung berkumpul beramai-ramai. Mereka sedar akan tanggungjawab menjaga penjarakan fizikal antara satu sama lain dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan setelah lebih setahun kita hidup dalam norma baharu.
Dalam pada itu, golongan pengusaha ternakan kupang di Port Dickson juga menyambut baik kelonggaran yang diberikan ini. Apatah lagi sekarang merupakan musim ‘pesta kupang’ di sekitar Pasir Panjang (lokasi resort terkenal, Lexis Hibiscus). Dalam masa seminggu ini, pengusaha kupang berkongsi mereka boleh mendapatkan 40 hingga 50 kilogram kupang dalam masa sehari menggunakan pancang.
Ia juga membantu peniaga restoran di sana untuk memenuhi permintaan dan rasa gian pengunjung yang ingin merasai kupang segar.
REMAJA berpendapat jumlah pengunjung ini akan terus meningkat sempena cuti Hari Kemerdekaan pada hari Selasa ini. Penduduk Negeri Sembilan tentunya akan mengambil kesempatan ini untuk beriadah dengan ahli keluarga mereka. Pastikan korang terus menjaga SOP ya!
Tahukah korang bahawa satu pain darah yang mengandungi kira-kira 450 ml darah boleh menyelamatkan tiga nyawa? Mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta ini dan kerana itu juga pentingnya aktiviti menderma darah bagi mendapatkan bekalan secukupnya.
Menurut Pusat Darah Negara, permintaan darah untuk pesakit adalah berterusan dan bulan Ramadan juga hampir tiba. Stok kumpulan darah O sudah diparas RENDAH. Penderma darah diminta untuk hadir menderma darah dengan KADAR SEGERA.
Setiap hari, ada pesakit yang memerlukan transfusi darah. Pesakit talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan, bayi pra-matang yang menghidap anemia, pesakit yang menjalankan pembedahan major, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, ibu bersalin yang mengalami pendarahan semasa bersalin dan mangsa kemalangan adalah antara pesakit yang memerlukan bantuan transfusi darah.
Jadi pada mereka yang berkelayakan untuk menderma darah, jangan lupa kepada pesakit-pesakit ini, jalankan tanggungjawab sosial korang hari ini. Layari www.pdn.gov.my untuk maklumat lanjut berkaitan dengan lokasi pendermaan darah yang berhampiran.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.