Remaja yang dalam fasa akil baligh akan mengalami perubahan ketara termasuk dari segi suara, emosi dan fizikal. Antara perubahan besar yang perlu dihadapi adalah peluh berlebihan.

Peluh terhasil daripada 2 jenis kelenjar iaitu kelenjar ekrin yang menghasilkan peluh untuk menyejukkan tubuh badan dan satu lagi ialah kelenjar apokrin. Kelenjar apokrin terdapat di bahagian bawah lengan, dan lebih aktif semasa akil.

Apabila peluh bergabung dengan bakteria pada kulit, ia boleh menyebabkan bau badan! Ada sestengah remaja yang tidak menyedari bau badan ini dan menyebabkan orang di sekiling berasa tidak selesa. Antara punca peluh ialah keadaan cuaca, perasaan gemuruh dan aktif bersukan.

Masalah Bau Badan! Siapa Lebih Banyak Berpeluh, Lelaki Vs Perempuan?Masalah Bau Badan! Siapa Lebih Banyak Berpeluh, Lelaki Vs Perempuan?

Ramai remaja tidak menyedari masalah peluh yang berbau kerana beranggapan ianya normal dan masa yang sama remaja perlu dibekalkan dengan pengetahuan tentang penjagaan diri yang baik supaya mereka dapat mengatasi masalah peluh dan bau badan dengan betul.

Jangan tidak tahu fakta ini ya. Wanita dikatakan mempunyai 75 peratus lebih banyak kelenjar peluh manakala lelaki pula berpeluh dua kali lebih banyak.

IKLAN

Bagaimana pun kajian menunjukkan SAIZ terutama badan lebih mempengaruhi jumlah peluh berbanding jantina. Namun jangan bimbang kerana masalah peluh ini dilalui oleh semua orang, tidak kira kanak-kanak, remaja, lelaki mahu pun wanita dewasa.

Demi memastikan badan badan tidak merosakkan suatu perhubungan dengan rakan antara langkah yang perlu dibuat ialah mandi dua kali sehari, tukar pakaian yang kering dan bersih selain gunakanlah deaodoran. Mudah je kan!

Tapi lebih cool kalau korang dapat gunakan dua jenis deadoran ini iaitu  Nivea Pearl & Beauty yang mengandungi ekstrak mutiara untuk kulit bawah lengan lebih licin dan cerah serta mampu tahan 48 jam dan Deadoran Nivea Men Cool Powder yang memberikan senasasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan telah dilancarkan khas untuk mengatasi masalah bau badan.

Masalah Bau Badan! Siapa Lebih Banyak Berpeluh, Lelaki Vs Perempuan?
Mr Ng Hock Guan, Puan Misliah Kulop (pengetua) dan Puan Faridah Yang Razali (Ketua Penolong Pengarah (polisi) KPM yang hadir ke sekolah SMK (P) Sri Aman bagi pelancaran”Langkah Berkeyakinan” bersama Nivea
Masalah Bau Badan! Siapa Lebih Banyak Berpeluh, Lelaki Vs Perempuan?
Pelajar riang dengan aktiviti bersama Nivea

Dalam mendidik remaja memahami keperluan penjagaan diri, Nivea telah melancarkan satu kempen jangka panjang “Penjagaan Diri Terbaek” yang bertujuan mendidik pelajar sekolah menengah di seluruh negara cara-cara untuk memupuk tabiat penjagaan diri yang terbaik.

IKLAN

Kempen yang bersifat jangka panjang ini akan membabitkan satu pasukan khas yang akan melawat sekolah menengah di bandar-bandar seluruh Malaysia. Mereka akan berkongsi ceramah selama 45 minit tentang aspek penjagaan diri termasuk di bahagian bawah lengan dan dandanan diri.

Lebih best lagi, dua artis popular iaitu Khai Bahar dan Nabila Razali dilantik menjadi duta bagi kempen Nivea ini menerusi lagu Langkah Berkeyakinan. Rentak muziknya juga catchy dan videonya juga sangat menarik.

Tapi apa yang lebih besat, pelajar yang ingin memasuki pertandingan muzik video “Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA dan boleh berkongsi video mereka di platform digital seperti facebook dan Instagram.

IKLAN

Syaratnya, hanya perlu muat naik video lagu  “Langkah Beryakinan” Nivea mengikut kreativiti masing-masing atau menggunakan aplikasi kongsian muzik popular seperti MUsical.ly, Tik Tok dan Smule dan kongsikan di akaun media sosial masing-masing menggunakan hashtag #myNIVEA dan #LangkahBerkeyakinan.

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI